Saturday, May 29, 2010

PERTANDINGAN WAU NAIK TERTUTUP PETI UNDI BUKIT GUNTUNG ANJURAN PEMUDA UMNO DENGAN KERJASAMA JKKK BANGGOL BINJAI.


BERSEDIA…..Para peserta bersedia untuk melepaskan Wau masing-masing

TEPOH 28 Mei, Pertandingan Wau naik tertutup peti undi Bukit Guntung anjuran Pemuda Umno Cawangan dengan kerjasama JKKK Banggol Binjai mendapat sambutan sangat meriah daripada pelbagai golongan usia. Pertandingan ini diadakan selama 2 hari dan disertai lebih 100 orang peserta dengan bilangan Wau hampir 300 biji.

Pertandingan ini diadakan di padang Kampung Banggol Binjai bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Walaupun cuaca begitu panas, para peserta tetap bersemangat untuk menunjukkan kehebatan Wau masing-masing. Setiap peserta diberi masa selama 5 minit untuk menaikkan Wau pada setiap pusingan. Setiap pusingan Wau akan dinaikkan serentak sebanyak 9 biji dan setiap biji Wau akan dijaga oleh pengadil untuk diambil bacaan mata yang tertinggi.


KREATIF....salah seorang peserta pertandingan wau

Hadiah utama yang ditawarkan oleh penganjur juga sangat menarik seperti televisyen, mesin basuh dan banyak lagi barangan elektrik. Selain itu, cabutan nombor bertuah juga disediakan untuk penonton yang hadir bagi memeriahkan lagi pesta Wau tersebut.


DEBARAN.....menunggu nombor cabutan bertuah

Menurut Pengerusi JawatanKuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK),Ibrahim Man berkata, Pertandingan Wau ini akan menjadi salah satu acara tahunan bagi penduduk kampung tersebut. Ini kerana beliau melihat penduduk kampung memberikan kerjasama dan sambutan yang begitu baik daripada semua golongan usia. Dengan adanya Ahli JawatanKuasa Kampung (AJK) dan Pemuda, Segala perjalanan pertandingan tersebut dapat berjalan dengan lancar serta menbantu mejayakan program-program yang akan diadakan pada masa hadapan.


BEREHAT....gelagat peserta menunggu pusingan yang seterusnya

Mohd Firdaus, 23, salah seorang peserta pertandingan Wau, beliau berharap program ini akan diadakan lagi kerana melihat sambutan dan penyertaan daripada penduduk kampung sangat mengalakkan, tambahan pula Wau adalah permainan tradisional masyarakat orang melayu yang harus dipelihara oleh generasi hari ini.

Wednesday, May 26, 2010

Majlis Pemimpin Bersama Penerima-penerima Bantuan JKM





PULAU DUYONG -25 MEI Satu majlis penyampaian bantuan kepada penerima bantuan JKM telah diadakan di Dewan Sivik Pulau Duyong yang bermula pada jam 9 pagi.

Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Ismail bin Nik selaku Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir pengerusi JKKK Peti Undi Pulau-Pulau.

Tuan Haji Ismail bin Nik dalam ucapan menyatakan rakyat harus bersyukur di atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) salah satu jabatan yang memberi kemudahan bantuan untuk rakyat termasuk MAIDAM.

Penerima bantuan perlu ingat bahawa kerajaan Barisan Nasional telah banyak memberi bantuan dan menjaga kebajikan rakyat.

Bantuan disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik dan diiringi oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdul Fatah,Penolong Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Saturday, May 15, 2010

CABARAN MEMANCING UDANG PADA WAKTU MALAM MENDAPAT SAMBUTAN MERIAH


YB Haji Muhammad Ramli Nuh bersama dengan peserta memancing.


TEPOH 14 Mei, Cabaran Memancing Udang yang diadakan pada waktu malam mendapat sambutan meriah daripada penduduk Kampung Banggol Binjai dan kawasan sekitarnya. Bermula jam 9 malam sehingga jam 12 malam,Cabaran ini disertai lebih 80 peserta dan bertempat di jambatan sementara Kampung Jeram Hulu.

Aktiviti ini adalah hasil cetusan idea Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa setempat. Ini kerana ramai penduduk kampung tersebut sering memancing pada waktu malam terutamanya pada malam minggu. Aktiviti seperti ini dilihat sangat berfaedah kerana ia dapat mengeratkan lagi silatulrahim para peserta dengan penduduk setempat. Selain itu, Golongan muda yang mengikuti aktiviti ini dapat dihindari daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya.

YB Haji Muhammad Ramli Nuh yang juga Adun Tepoh turut bersama memeriahkan Cabaran ini dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Beliau turut meninjau di sekitar Cabaran Memancing dan melihat sendiri kemeriahan sambutan daripada penduduk kampung.

Menurut salah seorang peserta Yusof Salleh, 26, berkata Cabaran ini patut diadakan lagi kerana aktiviti ini sangat berfaedah untuk semua golongan terutamanya golongan muda. Beliau berharap aktiviti seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi mengisi masa lapang penduduk kampong tersebut.

Saturday, May 8, 2010

Pantai Tok Jembal Dibaiki



KUALA NERUS HARI INI
Seberang Takir, 8 Mei - Kerja-kerja menambak laut dan membaiki kerosakkan pantai akibat hakisan yang agak teruk telah dimulakan bermula semalam oleh pihak Syarikat Inai Kiara di Pantai Tok jembal.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...