Tuesday, October 26, 2010

Forum Perdana Keluarga Cemerlang


Pada 23 Oktober 2010 telah berlangsung Forum Perdana Keluarga Cemerlang Dun Seberang Takir yang bertempat di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Forum Perdana yang bertajuk " Ibubapa Cakna Membentuk Keluarga Cemerlang" telah dipengerusikan oleh Y BHG Ustaz Wan Akashah Bin wan Abd Hamid. Jemputan ahli panel terdiri penceramah yang tidak asing lagi iaitu Y BHG Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamood dan Y BHG Ustaz Kamaruddin Omar.


Matlamat utama program adalah untuk memberi kefahaman tentang tanggungjawab ibubapa dalam membentuk anak-anak menuju kesejahteraan dan kecemerlangan institusi kekeluargaan. Selain itu, intipati lain forum ini adalah untuk membentuk keperibadian anak-anak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. Dari maklumbalas yang diterima, sambutan terhadap forum ini amat menggalakkan. Para jemputan berharap forum sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.


Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman.

Ahli panel: Y. BHG Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamod dan Y. BHG Ustaz Kamalrudin Bin Omar
























































KUALA NERUS HARI INI







































Monday, October 18, 2010

JAMUAN MERAIKAN PETUGAS HARI RAYA



Ikan tilapia bakar yang siap untuk dimakan


Satu jamuan makan telah diadakan di perkarangan rumah YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Jamuan ini dibuat bagi meraikan petugas-petugas yang bertungkus-lumus semasa Sambutan Hari Raya Peringkat Dun Seberang Takir yang lalu. Majlis berlangsung pada 7 Oktober 2010 jam 9.00 malam. Dalam majlis tersebut YB Haji Ahmad Razif telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semua yang terlibat dijamu dengan pelbagai juadah seperti Ikan Bakar, Kambing Panggang, Ayam Bakar dan berbagai lagi. YB Razif turut memberikan cenderahati kepada semua petugas yang terlibat.

Sebelum itu, hadirin diberikan input tentang survival bumiputera masa kini dan ancamannya oleh penceramah yang di jemput khas oleh YB Razif.


Dalam majlis yang sama, YB Haji Ahmad Razif telah menyampaikan cenderamata kepada semua petugas yang terlibat.







































KUALA NERUS HARI INI

SUKANEKA KONVENSYEN UMNO TERENGGANU


























KUALA NERUS HARI INI

Monday, October 11, 2010

MAJLIS BBQ JAMUAN HARI RAYA CAWANGAN BUKIT TOK RIS BERSAMA APMT













BUKIT TOK RIS, 8 Oktober – Majlis sambutan Hari Raya Cawangan JKKK Bukit Tok Ris anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Tok Ris telah diadakan bertempat di perkarangan Balairaya Bukit Tok Ris. Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.45 malam.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz.


Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk Kampung Bukit Tok Ris. Pelbagai menu telah dihidangkan pada malam tersebut. Antaranya seperti BBQ ayam, sotong dan ikan, mee hun goreng, nasi goreng, keropok, puding, dan kuih-muih. Pada malam tersebut, Setiausaha Cawangan Bukit Tok Ris iaitu Cik Rozita Binti Abd Rashid mengelola pertandingan kuiz.

Hadiah kuiz disampaikan oleh YB Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri beliau To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof, Pegawai Pembangunan DUN Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi bin Haji Abdul Aziz menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Semua tetamu yang hadir berasa sangat gembira dengan majlis sambutan hari raya kali ini.


KUALA NERUS HARI INI

Wednesday, October 6, 2010

102 Bakal Haji Diraikan


Tekun... Para Bakal Haji mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Ahmad Razif.





Murah Hati... Ahmad Razif (kanan) dan isteri (tengah) menyampaikan bekal kewangan kepada bakal jemaah haji 2010.



SEBERANG TAKIR, 6 OKTOBER -
Seramai 102 orang bakal haji dalam Dewan Undangan Negeri, Kawasan Seberang Takir diraikan oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu di Pusat Khidmat Masyarakat di Kampung Baru, Seberang Takir.

Ahmad Razif mengucapkan tahniah kepasa semua jemaah kerana terpilih melaksanakan Rukun Islam ke 5 itu pada tahun ini. Beliau turut berpesan supaya Jemaah menjaga kesihatan keselamatan diri sepanjang tempoh berada di sana.

Di dalam perjumpaan yang sederhana tersebut, Ahmad Razif bersama isteri bermurah hati menyumbangkan bekal kewangan sebanyak 100 Riyal setiap jemaah. Diakhir majlis para jemaah dijamukan dengan juadah makanan tradisional Terengganu.

Sunday, October 3, 2010

Perasmian Balai Polis Gong Badak


Ketua Polis Negeri Terengganu ( dua dari kiri barisan depan ) mewakili Ketua Polis Negara merasmikan Balai Polis Gong Badak.


Langkah laksamana... rombongan Ketua Polis Terengganu disambut oleh
Pesilat Spelet Gunung Jati.


SEBERANG TAKIR HARI INI

Kawasan sekitar Gong Badak telah berjaya memiliki sebuah Balai Polis yang telah dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu secara sederhana pada 25 September yang lalu.
Di sebelah balai tersebut turut didirikan sederet perumahan khas untuk kediaman anggota polis Balai Polis Gong Badak. Dengan kekuatan seramai 46 anggota yang diketuai oleh pegawai berpangkat inspektor, Polis di Balai Gong Badak berusaha menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sekitar supaya kerjasama mencegah jenayah dapat dijayakan.

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN, CERAMAH DAN JAMUAN HARI RAYA





GONG KIJANG, 3 Oktober – Satu Majlis Bacaan Surah Yaasin, Ceramah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran APMT bersama JKKK Gong Kijang telah diadakan bertempat di Balai Khairat Kampung Gong Kijang bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal yang juga merupakan isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik iaitu YBhg. Puan Hajah Salbi Binti Abd Aziz, penceramah jemputan Ustaz Haji Sulong bin Salleh, Pengerusi JKKK Kampung Gong Kijang merangkap Ketua Penerangan DUN, Ustaz Haji Abd Rahman Bin Salleh, Ketua Penyelia APMT DUN Bukit Tunggal, Cik Rahayu Bt Che Ayob dan juga kakitangan-kakitangan APMT DUN Bukit Tunggal.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abd
Rahman Bin Salleh, beliau telah menyatakan bahawa
pada hari ini, ramai golongan alim ulama telah
meninggal dunia. Justeru, beliau menyarankan
agar masyarakat pada hari ini rajin meluangkan masa
menuntut ilmu agama demi mencapai kejayaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Beliau juga
mengingatkan agar setiap lapisan masyarakat
kerap menghadiri kelas-kelas ilmu seperti program
bacaan Surah Yasin dan kelas pengajian Al-Quran
yang dianjurkan oleh setiap kampung.


Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar bertanyakan anak-anak dan saudara mara samaada sudah membuat pendaftaran pemilih baru bagi mereka yang masih belum mendaftarkan diri. Hal ini memandangkan masih ramai lagi masyarakat Melayu yang masih belum mendaftar. Pada masa yang sama, beliau juga berpesan agar masyarakat kita pada hari ini memberi sokongan kepada pemimpin demi mencapai kesejahteraan rakyat.


Dalam majlis yang sama, Y.Bhg Ustaz Haji Sulong bin Salleh turut menyampaikan ucapan. Beliau menyeru agar masyarakat memberi sokongan kepada pemimpin yang telah memberi pertolongan kepada rakyat. Beliau juga mengingatkan orang ramai agar menjaga hubungan baik dengan jiran dan juga saudara yang sama-sama beriman. Di samping itu, beliau juga berpesan agar masyarakat tidak sesekali berhasad dengki di antara satu sama lain kerana sifat tersebut amat dilarang di sisi agama. Tambahan pula, beliau juga menyeru orang ramai agar menuntut Ilmu Munafaat seperti ilmu tauhid, Al- Quran dan hadis serta tidak mengamalkan ilmu yang mudarat seperti ilmu sihir.












KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...