Sunday, March 27, 2011

KEJOHANAN FUTSAL VETERAN PIALA MUHIBAH DUN TEPOH


TEPOH, Sebanyak 8 Pasukan Veteran menunjukkan kebolehan bermain futsal di Kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah yang diadakan di Futsal Bukit Jong, Tepoh. Turut serta dalam kejohanan ini ialah YB Ustaz Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh mewakili pasukan kampung kelahirannya, iaitu Kampung Pagar Ubi.

Kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan silatulrahim golongan veteran sesama sendiri kerana kejohananan Piala Muhibah ini telah lama diadakan. Bagi meraikan Golongan veteran ini satu Kejohanan diadakan bermula jam 9 malam hingga jam 12 malam.

Setiap peserta pasukan mestilah berumur 40 tahun ke atas dan seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK).

Juara pada malam itu, Pasukan Veteran Tok Jiring mengalah Pagar Ubi, 3 berbalas 1. Juara membawa pulang sebuah Piala Pusingan Muhibah, Medal serta wang tunai dan diikuti tempat ke ketiga dan keempat.

Hadiah di sampaikan oleh YB Ustaz Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, dan beliau berharap Kejohanan seperti ini akan diadakan lagi kerana dapat mengeratkan lagi hubungan golongan veteran sesama veteran.

MESYUARAT AGUNG UMNO CAWANGAN TANJUNG JAAFAR





26 Mac 2011- YB Haji Ahmad Razif telah merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan Tanjung Jaafar bertempat di Balairaya Tanjung Jaafar. Majlis bermula jam 9.00 malam dan dihadiri seramai 52 orang ahli mesyuarat. Dalam majlis yang sama, berlangsung penyerahan restroom, laptop, dan printer dari YB Ahmad Razif kepada ketua cawangan Tanjung Jaafar.


KUALA NERUS HARI INI

Monday, March 21, 2011

PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN


BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan, Per.Wanita, Pemuda dan Puteri dalam DUN Bukit Tunggal telah diadakan di Dewan Al- Arif Sekolah Menengah Bukit Tunggal tepat jam 3 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bersama isteri, Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof Pengerusi Penyelaras wanita Umno DUn Bukit Tunggal,Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus,Ketua-Ketua Cawangan dan AJK,Ketua-ketua Wanita dan AJK, Ketua-ketua Pemuda dan AJK, Ketua-ketua Puteri dan AJK, Pengerusi-pengerusi JKKK dan AJK. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Majlis bermakna ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof mewakili sayap UMNO ( Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri DUN ). Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kehadiran wanita yang ramai pada hari tersebut. Banyak program-program yang telah berjaya dilaksanakan dalam DUN Bukit Tunggal. Antara program wanita yang dianjurkan iaitu Majlis Bacaan Surah Yasin, Majlis Tadarus dan mengadakan lawatan ke rumah rakyat setempat yang uzur. Manakala Pemuda dan puteri telah berjaya menganjurkan program seperti ekspedisi ,pertandingan futsal, bola jaring dan lain-lain. Pengerusi Penyelaras Wanita meluahkan rasa gembira dan terharu akan penglibatan wanita yang sangat menggalakkan dalam setiap program yang diajurkan oleh DUN.

Majlis seterusnya disusuli oleh ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN. Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa perasmian hari ini sebagai titik permulaan Mesyuarat Agong disetiap cawangan dan tiga cawangan penaja baru sudah boleh bermesyuarat iaitu Cawangan Duyung Wan Su, Cawangan Dusun / Banggol Limau dan Cawangan Perumahan Bukit Datu. DUN Bukit Tunggal sudah mempunyai 26 cawangan dan yang masih menunggu 2 cawangan lagi untuk menjadi penaja iaitu Cawangan Bukit Kandis dan Cawangan Taman Semarak. Beliau memaklumkan mesyuarat agong yang akan di adakan di cawangan pada kali ini adalah merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum menjelang Pilihan raya yang ke 13.

Beliau juga menasihatkan pada hadirin supaya menjauhi sikap memecahbelahkan antara satu sama lain. Hal ini kerana terdapat sikap manusia yang hipokrit hanya baik dihadapan tetapi dibelakang kita bersumpah seranah pula. Walaubagaimanapun, beliau mengakui keakuran bahawa tiada seorang manusia pun didunia ini yang sempurna melainkan Allah Taala.

Beliau menyeru semua yang hadir tingkatkan keazaman yang tinggi dan bekerja dengan semangat yang lebih kuat lagi demi mencapai matlamat merampas kembali kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan parti pembangkang. Beliau berkata soal calon tidak usah difikirkan kerana itu ditentukan oleh yang atasan yang diberi kuasa memilihnya. Beliau mengingatkan pokok utama kerja yang dibuat adalah untuk memastikan kemenangan besar di DUN Bukit Tunggal nanti walaupun hari ini ramai yang ingin menjadi calon dan beliau berharap semua yang hadir tidak mempersoalkan lagi siapa yang layak menjadi calon sebab sesiapa pun yang menjadi calon nanti perlu disokong sepenuhnya. "Marilah kita semua tingkatkan Azam Bulatkan Semangat semoga PRU 13 UMNO mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang di Parlimen Kuala Nerus nanti IsyaAllah." Inilah kata-kata semangat yang dilaungkan di akhir ucapan Pegawai Pembangunan DUN.

Dalam ucapan perasmian yang di sampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, beliau mengingatkan semua jentera pilihan raya agar sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan dengan semangat yang kuat dan kukuh ia tidak akan merubah apa-apa walaupun sehebat mana badai yang melanda.

“ Membujur lalu..melintang patah… bersatu kita teguh..bercerai kita roboh maka marilah kita sama-sama tanamkan keazaman untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi merampas balik kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan PAS.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Yong bin Abdullah *Pn. Raja Timah bt Raja Abdullah

*En. Ngah bin Awang *Pn. Izam bin Led

*Tuan Haji Mohd bin Mohd Amin *Pn. Aminah bt Ali

*En. A Rahman bin Mohamad *Pn. Zabedah bt Long

*En. Ismail bin Mahamud *Pn. Lijah @ Puteh bt Ali

* Tuan Haji Salleh bin Omar * Pn. Sarifah bt Zainal

* Tuan Haji Lambak bin Ismail * Pn. Khatijah bt Hassan

* En. Abd. Rashid bin Sembok * Pn. Wook bt Said

* En. Mohamad bin Ismail * Pn. Kalsom bt Jusoh

* En. Jusoh bin Mohamed * Pn. Ngah bt Embong

* En. Abu Bakar bin Salleh * Pn. Kelsom bt Abd Aziz

* En. A Rahman bin Mohd * Pn. Fatimah bt Abdullah

* En. Anuar @ Mohd Aziz bin Mustafa * Pn. Hajah Mariam bt Yusof

* Tuan Haji Abdullah bin Salleh * Zainab @ Mariam bt Muda

* Tuan Haji Mohamad bin Abu Bakar * Pn. Hajah Fatimah @ Senanis bt Ngah

* En. Mat bin Daud * Pn. Embat bt Salleh

* En. Mansor @ Adam bin Ali * Pn. Hajah Satinah bt Ismail

* En. Embong bin Jusoh * Pn. Rafiah bt Talib

* En. Muhamad bin Mat Laner * Pn. Pisah bt Mohd Zain

* En. Wan Manan bin Wan Embong * Pn. Zainun bt Chik

* En. Che Wan Rashid bin Abu Bakar * Pn. Ganti bt Yusof

* En. Ali bin Ismail * Pn. Sunah bt Yusof

* Tuan Haji Ngah bin Abdullah * Pn. Hajah Maznah bt Yusoaf

MAJLIS RAMAH MESRA KRT DAN SRS BERSAMA MASYARAKAT




BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Ramah mesra Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) dan Peronda Skim Rondaan Sukerela ( SRS ) bersama masyarakat yang diadakan di Balairaya Taman Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Tunggal pada jam 10 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Ketua Balai Polis Gong Badak iaitu ASP Hazifal, Pegawai AADK iaitu Puan Julia bt Jusoh

Dalam ucapan PPD, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi KRT kerana menjemput beliau untuk menghadiri program tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa setiap anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu memainkan peranan menjaga kawasan dengan sebaik-baiknya demi maruah dan keselamatan kampung. Beliau juga berharap agar KRT PAKR Bukit Tunggal sentiasa bersemangat untuk membuat rondaan-rondaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak berhenti begitu sahaja dan segala aktivi yang akan dilaksanakan dan perlulah sentiasa berterusan.

Di samping itu, dalam ucapan beliau juga menasihatkan semangat perpaduan antara jiran-jiran harus dipupuk kerana ia dapat mengekalkan keharmonian kampung dan juga kerjasama di antara JKKK dan orang kampung amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Didikan Ibubapa amat penting dalam membentuk peribadi mulia kepada anak-anak kerana banyak masalah sosial dan jenayah berlaku bermula dari didikan dan asuhan dari rumah.


KUALA NERUS HARI INI

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Keci





BATU ENAM - 18 Mac 2011- Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Kuala Nerus kali ke-4 2011 telah diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Nerus pada jam 9 malam .

Majlis dihadiri YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus,YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri

Dalam ucapananya beliau berkata dalam urusan jual beli kita sebagai peniaga kena sentiasa bersikap jujur dan ikhlas. Tawar menawar dalam perniagaan memang menjadi lumrah dan perkara biasa pada setiap hari.Setiap peniaga hendaklah setiasa melayan pelanggan dengan sebaik mungkin contohnya dengan senyuman yang manis dan kata-kata yang baik semasa berurusan dengan pelanggan.

KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS JASA MU DIKENANG






BUKIT TUMBUH - 18 Mac 2011- Majlis Jasa Mu Di Kenang telah diadakan di Balairaya Kampung Bukit Tumbuh pada jam 3 petang dan di hadiri oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, serta isteri Puan Hajah Salbi binti Abd Aziz, Encik Hasnudin bin Hashim Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tungggal,Ketua dan ahli jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan JKKK.

Majlis dimulakan dengan ucapan YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Dalam ucapan, beliau mengucapkan taniah kepada UMNO Cawangan Bukit Tumbuh kerana dapat mengadakan majlis bagi menyenang jasa-jasa Veteran UMNO (orang lama yang menaikan orang UMNO pada masa dulu). Dalam ucapan beliau, kalau tidak ada orang lama, tidak adalah orang baru. Beliau mengingati kepada semua supaya cakna dan ambil berat akan golongan warga Veteran dan bekerja keras untuk mendapat kemenangan dan dapat merampas kembali DUN Bukit Tunggal.

Program-program seperti ini haruslah diteruskan bagi kita memperkasakan parti UMNO dan mengenang jasa-jasa beliau seperti menziarahi orang sakit atau orang tua dan sebagai masyarakat pula seharusnya ambil tahu apa yang sedang berlaku dalam Cawangan mahupun DUN.

"Apakah YB Pas telah buat sekarang? Kita sebagai orang UMNO perlulah berubah sikap ke arah memperkasakan UMNO.dan juga kita harus berpesan kepada pengundi-pengundi luar supaya mereka tidak mendengar tuduhan, hasutan orang PAS yang telah dilemparkan kepada orang UMNO. Negara-negara islam sekarang ini telah di porak perandakan oleh orang-orang bukan islam oleh sebab itu kita kena lah memuhasabah diri dan cakna kepada parti kita ini sekarang dan sebagai seorang pemimpin juga haruslah peka kepada rakyatnya." Secebis ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Dalam ucapan Ahli Parlimen Dato', beliau mengucapkan tahniah kepada cawangan di atas kejayaan majlis ini sehingga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beliau juga mengingatkan bahawa semangat semasa pilihanraya tahun terdahulu kita dahulu perlu disemarakkan lagi. Beliau juga menyatakan banyak kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada orang ramai dan sebagai membalas budi haruslah menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional dan berjuang habis-habisan demi anak bangsa kita. Hal ini kerana rakyat Negeri Terengganu paling bertuah kerana banyak kemudahan yang diberikan dan seharusnya bersyukur. Kekuatan melayu harus digembleng dan mengambil ikhtibar dalam pilihanraya lalu.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Embong bin Yusof *Pn. Rabiah bt Daud

* En. Majid bin Embong *Hajah Nik bt Jusoh

*Tuan Haji Man bin Haji Mat *Hajah Rahmah bt Abdul Hamid

*Tuan Haji Said Harun bin Abdullah *Hajah Khatijah bt Awang

*En. Awang bin Abd Rahman *Hajah Esah bt Abd Rahman


KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, March 15, 2011

SEMINAR KEIBUBAPAAN SMKBT


BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Seminar Keibubapaan yang diadakan bertempat di Sekolah Menengah Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata ramai ibubapa sekarang membuat kesilapan dalam mendidik anak dengan hanya menekankan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

Pendidikan di sekolah hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik sahaja tetapi untuk mendidik memerlukan penjagaan dan komitmen daripada ibubapa.Pastikan setiap asuhan dan didikan yang diberikan kepada anak adalah betul. Peranan Ibubapa dalam membina modal insan cemerlang dengan meletakkan pendidikan sebagai teras penting. Ibubapa sebagai pewarna masa depan negara dengan mempersiapkan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.

Beliau juga turut mengesakan agar ibubapa memantau pengaulan anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang meruncingkan sekarang ini.Menginsafkan peserta akan tanggungjawab mereka dalam mencipta kecemerlangan ilmu ke arah membina sebuah keluarga cemerlang di masa depan.Ibubapa juga harus memantau aktiviti anak kerana ibubapa adalah orang yang paling rapat dengan mereka.Kecaknaan yang kuat dari ibubapa memberi kecemerlangan yang baik pada keluarga,seperti slogan kata anak-anak adalah permata hidup kita semua.


KUALA NERUS HARI INI

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT





BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Program Kempen Cara Hidup Sihat yang diadakan bertempat di Dewan Sivik Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada pihak Klinik kesihatan Bukit Tunggal kerana dapat mengadakan program tersebut dan sanggup turun padang bagi menjayakan program itu dan juga memprmosikan amalan hidup sihat kepada masyarakat. Dalam ucapannya juga beliau juga berpesan kepada masyarakat setempat agar menjaga kesihatan bagi menjamin kesejahteraan hidup.dengan pemakanan yang baik mewujudkan kesihatan yang sempurna didalam keluarga.hari ini .

Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk kecermelangan anak-anak terutamanya selalu peka pada kesihatan,pemakanan dan kebersihan selalu. Cara hidup sihat amatlah penting pada kita semua.kita kena sentiasa peka dalam soal pemakanan,dan kesihatan agar anak-anak sentiasa didalam kecermerlangan yang terbaik.Kesihatan yang baik memberi kehidupan yang sempurna.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :-

*Senamrobik

* Derma darah

*Pemeriksaan Kesihatan

*Pemeriksaan gigi utk warga emas dn dewasa

*Rawatan fluorida utk gigi kanak-kanak

*Pemeriksaan pap smear

*Pemeriksaan payudara

*Pameran ubatan-ubatan

*Pameran Kesihatan

*Pameran makanan selamat

*Maskot germ buster

*Kuiz kesihatan

*Cabutan bertuah

*Ceramah kesihatan

*Ceramah pergigian


*Saringan minda sihat

KUALA NERUS HARI INI

Wednesday, March 9, 2011

Keluarga Yatim Piatu Dibantu


SEBERANG TAKIR HARI INI

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini bersesuaian kepada 10 adik beradik sebuah keluarga di Kg Gong Kuin di dalam JKKK Pak Tijah yang kehilangan tempat bergantung setelah kematian ibu dan bapa mereka. Semasa bapa masih ada, kehidupan mereka hanya bergantung kepada pendapatan si bapa yang menjual besi buruk semata-mata sehinggakan pelajaran anak-anak tidak dititikberatkan. 7 daripada adik beradik ini hanya berjaya menamatkan persekolahan mereka di tahun 6 sahaja.

Tindakan pantas telah diambil oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN kawasan Seberang Takir bersama JKKK dan pihak Yayasan Terengganu. YB Razif telah memberikan sumbangan bekalan makanan. 3 beradik yang berumur 10-16 tahun YB Razif pastikan mereka kembali ke sekolah. Biasiswa daripada Yayasan Terengganu akan diberikan sebulan selepas mereka menghadiri sessi persekolahan. Melengkapkan sumbangan YB ADUN, 2 basikal, wang tunai dan bekalan makanan turut diberikan.




5 ahli keluarga yang kini yatim piatu


YB Razif ( berkaca mata ) menyerahkan sumbangan kepada saudara paling tua.


YB Razif ( 3 dari kanan ) menyatakan sesuatu kepada ahli keluarga yatim piatu.


Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh hamba Allah yang menggelarkan dirinya Ibni Gharib di dalam Blog Zakaria Dagang, Pengerusi MTD PAS Seberang Takir, pada 16 Februari 2011 antara lain bermaksud “Kekomangan” kerajaan yang memerintah Terengganu sekarang ini. Penulis kenyataan itu juga merasakan bahawa Standard ucapan YAB Datok Seri Ahmad Bin Said yang mentadbir negeri Terengganu terlalu rendah sehinggakan membandingkan dengan pelajar sekolah.

Beliau juga merendah-rendahkan kewibawaan YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Kalau diimbau sejarah, tidak hairanlah kenapa Zakaria Dagang, Pengerusi MTD Seberang Takir melahirkan ketidaksenangan hatinya dan nampaknya agak melenting apabila Ahmad Razif mengatakan bahawa PAS…Mementingkan Diri Sendiri di dalam Akbar Sinar Harian pada 15 Februari yang lalu.

Semenjak Dato’ Abdul Rashid Ngah menjadi Wakil Rakyat di Seberang Takir, Zakaria telah beberapa kali berlawan di dalam Pilihan Raya Umum di atas tiket PAS. Tidak pernah sekalipun lagi Zakaria memenangi pilihan raya di Seberang Takir. Begitu juga pada PRU 11, apabila UMNO/BN meletakkan Haji Shapian Ali sebagai calon. Zakaria turut kecundang. Oleh kerana selalu sangat kalah di dalam pilihan raya, pada PRU 12, PAS memberi laluan kepada PKR untuk bertanding melawan UMNO/BN di DUN Seberang Takir yang merekodkan majoriti 2430 undi berpihak kepada Hj Ahmad Razif Abd Rahman.

PAS sebenarnya tidak mahu mengakui bahawa kepimpinan UMNO/BN adalah jauh lebih baik dari mereka. Apa saja yang wakil-wakil rakyat UMNO/BN dan kerajaan lakukan, bagi mereka adalah tidak betul. Memesatkan pembangunan mereka kata membazir. Membanyakkan masjid dan surau mereka kata duit haram. Memberikan bantuan kepada rakyat mereka kata Rasuah. Pendekkata, segala usaha yang dilaksanakan kerajaan UMNO/BN adalah salah pada mereka. Sehinggakan merobohkan bangunan haram pun mereka kata merobohkan masjid. Logikkah akal kita yang waras ini mempercayai dakwaan PAS bahawa kerajaan yang membina Masjid meruntuhkan Masjid? Percayakah kita kerajaan yang membina beribu-ribu rumah PPRT, Perumahan Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat dituduh merobohkan rumah rakyat? Anggukkah kepala kita apabila kerajaan yang meluluskan bertimbun-timbun permohonan tanah rakyat difitnahnya merampas tanah rakyat?

Apa yang tidak kena pada pemikiran pemimpin-pemimpin PAS, saya pun tidak tahu. Sepatutnya, akal manusia yang mendakwa mereka lebih Islam dari UMNO ini lebih rasional. Sepatutnya juga, hidayah Allah lebih jelas kepada mereka ini kerana mereka mendakwa lebih dekat dengan Allah. Apa yang nyata, mereka nampaknya lebih terpesong akidah, tindakan dan pemikiran daripada orang-orang yang mereka kata Toghut.

Ingatkah kita pada PRU 12 yang lalu? Apa yang mereka lakukan kepada pengundi-pengundi luar yang balik mengundi ? Siapakah yang merampas Kad Pengenalan para pengundi luar ini? Siapakah yang membaling dan memecahkan cermin bas yang dinaiki para pengundi luar? Apa bezanya kaum yahudi di Israel dan Palestin dengan mereka ini?

Semasa PAS memerintah sepenggal ( 1999 -2004 ), mereka menghapuskan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud. Maka beraraklah pakcik-pakcik bermotorsikal dan basikal seluruh kampung dan kawasan menyebarkan bahawa PAS telah hapuskan tol. Sedarkah mereka ini bahawa laluan motorsikal dan basikal di atas Jambatan tersebut tidak dikenakan tol? Tahukah mereka bahawa kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit setahun akibat tiada pendapatan daripada tol?

Mereka bersorak kononnya PAS telah menghapuskan kezaliman kepada rakyat tinggalan kerajaan BN yang memerintah sebelum itu. Walhal, selain memberi kerugian kepada pendapatan negeri ianya juga memberikan kemewahan dan kekayaan kepada tauke-tauke kenderaan pengangkutan yang dimonopolikan oleh kaum lain yang bukan beragama Islam. Ribuan ringgit yang sebelum ini telah diperuntukkan untuk membayar tol dapat diselamatkan. Jadi, apakah itu menguntungkan rakyat PAS?

Tidak habis di situ, rakyat ditipu bahawa PAS telah menghapuskan cukai pintu di Terengganu. Tahukah manusia-manusia yang fanatik kepada PAS ini ke mana duit cukai pintu dibelanjakan? Penyelenggaraan sampah, bayaran lebih masa pekerja majlis perbandaran dan pelbagai lagi dapat dibiayai apabila cukai pintu dikutip. Setelah ianya tidak dikutip, rakyat Terengganu boleh membandingkan tahap kebersihan terutamanya kawasan bandar. Sehingga artikel ini ditulis, masih tidak terekod dimahkamah dan penjara bahawa terdapat dakwaan kesalahan tidak membayar cukai pintu. Cukai ini tidak diwajibkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah ataupun miskin. Jadi, apa masalahnya?

Hari ini, segala fakta yang benar dikatakan menyeleweng oleh pemimpin pembangkang. Segala yang benar dikatanya palsu. Hinggakan parti mereka yang dikeluarkan dalam BN kerana pemimpin-pemimpin mereka salah guna kuasa, mereka katakan fakta tersebut juga palsu. Lagi menghairankan, hingga kini fail yang mereka kata ingin bongkarkan tentang penyelewengan royalti minyak dan perbelanjaan kerajaan BN semasa mula-mula memerintah Terengganu era 1999 masih belum dibongkarkan. Adakah ini juga palsu?

Rakyat Terengganu bukan macam dulu. Rakyat boleh ditipu sekali tetapi tidak akan ditipu berulangkali kecuali mereka yang tidak dapat memandang, mendengar dan merasakan apa yang telah dan akan BN laksanakan.

PAS mendakwa bahawa mereka lebih Islam daripada UMNO/BN tetapi semasa memerintah Terengganu dulu, berapa buahkah Masjid dan surau yang mereka bina? Berapa buah rumah orang misin yang mereka bina? Berapa buah kilang yang mereka bangunkan? Berapa banyak pelabur asing yang melabur di Terengganu? Berapa ribu peluang pekerjaan yang mereka wujudkan? Berapa batang jalan raya yang mereka bina? Bahkan, berapa helai sejadah mereka bekalkan ke setiap masjid?

Kalaulah tiada apa yang mereka lakukan untuk rakyat, tiada apa Syiar Islam yang mereka kembangkan, parti mana sebenarnya yang lebih Islamik? Parti mana yang lebih menjaga kebajikan rakyat? Parti mana yang terbaik buat rakyat? Sudah pastilah UMNO dan Barisan Nasional.

Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKBT

BUKIT TUNGGAL - 02 Mac 2011- Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh kali ke-18 2011 yang diadakan bertempat di padang sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad, iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus yang mewakili pihak YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal yang tidak dapat hadir. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu, dimulai dengan perbarisan kontinjen pasukan-pasukan rumah sukan dan juga unit-unit beruniform sekolah.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada Guru Besar kerana dapat mengadakan Kejohanan Olahraga dan merupakan satu kejayaaan yang perlu di banggakan.Untuk menjadi juara bukanlah mudah.Kita hanya tahu berlari tapi tidak ramai orang yang tahu cara untuk berlari dengan betul.Jadi kita hendaklah belajar.

Antara acara-acara sukan yang telah dipertandingkan adalah 4x 100M Akhir lelaki dan perempuan tahun 6, 4X100 M Akhir Lelaki dan Perempuan tahun 4,5 dan 6 serta 4x200 M Akhir lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6. Bagi acara sukaneka tahap I lelaki dan perempuan pula, acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti tiup belon, isi air dalam botol, lari dalam guni.Bagi acara untuk Ibubapa pula dipertandikan Belon Ku Sayang.Acara bagi Guru juga dipertandingkan iaitu Junjung buku ( Cikgu Wanita ) dan Larian Terompah Gergasi ( Gikgu Lekaki ).

Majlis kejohanan sukan tersebut telah berakhir kira-kira jam 7.00 petang. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori perbarisan rumah sukan, perbarisan unit beruniform dan hiasan rumah sukan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad dan diiringi oleh Guru Besar iaitu YM Puan Hajah Syarifah Kasmani bt Syed Akil.


KUALA NERUS HARI INI

Monday, March 7, 2011

Persidangan Agung UMNO 2011 Bermula

5 Mac 2011 - Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda & Puteri dalam Dun Seberang Takir telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin Bin Dato' Mohd Said, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, YB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abd. Rahman dan Haji Ahmad Zubir Azahari selaku Timbalan Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir turut hadir di majlis yang bermula jam 9.45 malam itu.

Seramai 356 orang yang terdiri daripada ahli jawatan kuasa cawangan - cawangan di dalam DUN Seberang Takir hadir di majlis berkenaan.

Sebagai tuan rumah YB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.


Jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa Umno Cawangan di dalam Dun Seberang Takir mengesahankan kehadiran sebelum mengambil tempat duduk.

Ketibaan YB Datuk Haji Abdul Rahin disambut paluan kompang dan selawat nabi SAW.



Solat Hajat, Majlis Pecah Tanah & Ceramah Isu-isu Semasa








KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...