Monday, May 30, 2011

MAJLIS PEMERIKSAAN KESIHATAN MATA



BUKIT TUNGGAL : 31 Mei 2011-Majlis pemeriksaan mata peringkat DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Balairaya Kampung Tebauk. Majlis tersebut telah bermula jam 8.30 pagi dengan dihadiri seramai kira-kira 200 orang peserta yang terdiri kebanyakannya daripada warga emas.

Majlis ini merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal dan pihak Setiausaha Kerajaan Terengganu serta pihak Arca Imej Optometrist Sdn Bhd. Satu majlis pembahagian cermin mata akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu akan diadakan pada akhir bulan Jun ini sempena lawatan 1 Hari YAB Menteri Besar ke DUN Bukit Tunggal.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail bin Nik, pengerusi-pengerusi JKKK dan penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan mata.

Setiap peserta yang akan menerima bantuan cermin mata ini dikehendaki menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu yang telah dikendalikan oleh kakitangan Arca Imej Optometrist Sdn Bhd bagi memastikan keadaan mata peserta-peserta tersebut. Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU APMT 2011




GONG BADAK: 28 Mei 2011- Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Parlimen Kuala Nerus anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah diadakan bertempat di BB Seafood Garden. Majlis tersebut telah bermula jam 2.00 petang iaitu kehadiran ibu-ibu dan kakitangan APMT. Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri YAB ADUN Seberang Takir iaitu Puan Hajjah Harlina binti Zakaria, isteri YB ADUN Tepoh iaitu Puan Hajjah ZAleha binti Md Ali dan isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Pn Hajah Salbi bt Abd Aziz.

Majlis sambutan hari ibu ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesar anak-anak. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Puan Hajjah Harlina binti Zakariabeliau telah menyatakan bahawa tugas ibu pada hari ini bukan sahaja membesar, membentuk jati diri dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tetapi juga berperanan sebagai pemimpin. Jasa dan pengorbanan ibu kepada anak-anak adalah amat besar dan tidak ternilai. Anak-anak perlu menghargai setiap jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang cemerlang.

Manakala dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Parlimen APMT iaitu En Afillah bin Mohd, beliau telah menyatakan bahawa ibu berperanan dalam membentuk sahsiah anak-anak untuk menjadi insan yang berguna pada masyarakat, agama dan bangsa.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu APMT dan lagu Oh Ibu yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Sebelum majlis berakhir, isteri ADUN Seberang Takir telah menyampaikan cenderahati kepada setiap ibu-ibu yang hadir ke majlis tersebut. Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2010



WAKAF TEMBESU : 26 Mei 2011 -Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2010 telah diadakan bertempat di Dewan Riadah, Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah bermula jam 8.30 pagi iaitu pendaftaran bagi penerima anugerah dan kehadiran ibu bapa.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik tingkahlaku dan sahsiah pelajar. Ibu bapa bukan sahaja berperanan untuk memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya, tetapi juga berperanan untuk membentuk jati diri para pelajar untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Beliau juga memaklumkan bahawa Sekolah Vokasional adalah sekolah yang lebih baik dari sekolah harian biasa memandangkan terdapat pengisian mata pelajaran yang berteraskan kemahiran. Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid, guru dan panitia yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Seramai 18 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 telah mendapat anugerah kecemerlangan. Pelajar terbaik SPM 2010 mengikut aliran Kemahiran telah dimenangi oleh Yusnaini bt Yusof dari Kursus Juruteknik Rendah Elektronik Industri dengan pencapaian 1 (B), 1 (C+), 2(C), 1 (D) dan 1(E). Bagi aliran Teknik dari Kursus Perdagangan pula telah dimenangi oleh Nor Amira Syuhada bt Zukenaidi. Beliau telah memperolehi 2(A+), 3(A), 2(A-) dan 3(B+). Manakala, pelajar dari aliran Vokasional bagi Kursus Pengurusan Perniagaan pula telah dimenangi oleh Ahmad Azziq bin Ahmad Suzuki. Beliau telah memperolehi 1(A+), 2(A), 4(A-) dan 2(B+).

Mata pelajaran bagi kedudukan 10 terbaik dalam ranking Peringkat Kebangsaan SPM 2010 adalah terdiri daripada mata pelajaran Pemesinan Berkomputer, Amalan Bengkel Mesin, Penyamanan Udara, Perakauan Perniagaan, Pengisian Sains, Prinsip Perakaunan, Aplikasi Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Binaan. Majlis telah berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari.

KUALA NERUS HARI INI

Sunday, May 29, 2011

Sambutan Hari Ibu APMT 2011

Sambutan Hari Ibu APMT 2011 Peringkat Parlimen Kuala Nerus telah berlangsung dengan meriahnya di BB Seafood Garden, Gong Badak pada 28 Mei 2011 jam 2.00 petang. Puan Hajjah Harlina Binti Zakaria isteri kepada YB Haji Ahmad Razif Abd. Rahman - ADUN Seberang Takir telah menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Sambutan Hari Ibu APMT Peringkat Kuala Nerus.


Nyanyian lagu APMT dari pasukan koir kanak-kanak


KUALA NERUS HARI INI

Sunday, May 22, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA NERUS KALI KE-23 TAHUN 2011






GONG BADAK : 20 Mei 2011-Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus Kali Ke-23 Tahun 2011 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) jam 2.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri iaitu Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita dalam cawangan- cawangan.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus iaitu YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said, Naib Ketua iaitu YBhg. Haji Hassan bin Ali, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu YBhg Pn Hajjah Khadijah bt Haji Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Haji Apli bin Yusoff, Ketua Pergerakan Puteri UMNO iaitu Pn Aida bt Azam, Setiausaha UMNO iaitu Haji Abdul Rahman bin Mohd, Bendahari UMNO iaitu Haji Ismail bin Nik serta ahli –ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Dalam ucapan yang telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, beliau telah menyatakan bahawa kehadiran perwakilan-perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan pada kali ini adalah yang paling ramai kerana 1 cawangan telah dianggotai oleh 5 orang wakil dari setiap cawangan. Semua sayap di Kuala Nerus pada hari ini dapat bekerjasama antara satu sama lain seiring dengan UMNO. Beliau juga telah menyatakan bahawa peranan Wanita UMNO pada hari ini adalah memujuk dan merayu rakyat untuk memberi sokongan kepada UMNO. Pendekatan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Wanita UMNO telah diterima rakyat berbeza dengan tindakan wanita pembangkang yang lebih bercorak agresif. Justeru, beliau juga berpesan agar Pergerakan Wanita menukar strategi untuk menyakinkan rakyat menyokong UMNO. Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa Pergerakan Puteri UMNO juga amat penting kerana merupakan tulang belakang UMNO dan pembakar semangat kepada sayap-sayap.

Manakala, Pergerakan Pemuda UMNO pula berperanan sebagai benteng harapan negara. Selain itu, beliau juga berharap agar semua sayap dalam UMNO bergerak dalam satu pasukan untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan dan penyatuan rakyat demi memastikan kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke -11. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berpesan agar semua jentera pilihanra dan pergerakan sayap-sayap perlu bekerja lebih kuat untuk parti demi memastikan semua rakyat menentukan kemenangan dalam parti. Mesyuarat perwakilan tersebut telah berakhir hampir jam 7.00 petang.

KUALA NERUS HARI INI

PROGRAM BAKTI REMAJA SIRI 1 DUN BUKIT TUNGGAL TAHUN 2011




BATU RAKIT : 12 Mei 2011 - Kursus Program Bakti Remaja siri 1 bagi tahun 2011 DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Akademik Kepimpinan GPMS, Batu Rakit. Kursus ini melibatkan seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan berumur 21 tahun dan ke atas.

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada tarikh 12 hingga 14 Mei 2011. Selain penglibatan remaja yang berumur 21 tahun dan ke atas, AJK-AJK Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus turut terlibat menjayakan majlis ini. Dalam kursus ini, peserta-peserta telah didedahkan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK) yang memerlukan kerjasama dan komitmen antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Kursus Siri 1 ini melibatkan dua buah peti undi iaitu, Peti Undi Batu Enam dan Peti Undi Pengkalan Arang dalam DUN Bukit Tunggal. Peti Undi Batu Enam melibatkan peserta-peserta daripada JKKK Tuan Mandak, Batu Enam dan Taman Desa Jaya. Manakala, Peti Undi Pengkalan Arang pula melibatkan peserta kursus dari JKKK Pak Katak, Paya Lima Amas, Pengkalan Arang dan juga Tebauk.

KUALA NERUS HARI INI

Saturday, May 21, 2011

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG


SEBERANG TAKIR HARI INI

Pada 13 dan 14 Mei 2011 yang lalu, YB Ahmad Razif telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di SK Duyong, SK Kompleks Seberang Takir dan SMK Kompleks Seberang Takir di
dalam Parlimen Kuala Nerus.








Tuesday, May 17, 2011

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA LAWATAN Y.A.B PERDANA MENTERI KE DUN BUKIT TUNGGAL






GONG BADAK : 10 Mei 2011 - Majlis kesyukuran sempena lawatan Y.A.B Perdana Menteri ke DUN Bukit Tunggal pada 30 April 2011 telah diadakan di Restoren Sri Wangsa, Gong Badak pada jam 9.00 malam. Majlis tersebut anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal dan dihadiri oleh Haji Ismail bin Nik iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri, Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal, Jabatan-jabatan kerajaan, Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, beliau menyatakan bahawa majlis kesyukuran ini diadakan untuk berjumpa dan ramah mesra dengan semua pihak atas kunjungan YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana kejayaan yang dikecapi adalah kejayaan bersama. Selain itu, beliau juga menyampaikan khabar gembira kepada semua yang hadir bahawa YAB Perdana Menteri amat gembira dengan lawatan ke DUN Bukit Tunggal.

Beliau juga berasa terharu dengan kunjungan orang ramai di Pekan Batu Enam untuk menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri. Kelicinan majlis dan kerja kuat yang ditunjukkan oleh setiap orang adalah amat cemerlang. Kehadiran YAB Perdana Menteri ke DUN Bukit Tunggal merupakan satu rahmat kerana pembinaan pasar baru Bukit Tunggal dan jejantas di persimpangan jalan Bukit Tunggal untuk kemudahan pelajar sekolah telah pun diluluskan oleh YAB Perdana Menteri.

Sebelum mengakhiri ucapan, Haji Ismail juga berpesan kepada semua pihak agar membina semangat baru untuk kemenangan DUN Bukit tunggal pada PRU ke -13.


KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS MAKAN MALAM SILATURAHIM BERSAMA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU





GONG BADAK : 8 Mei 2011- Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Hoki Sekolah -Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ke-6 tahun 2011 telah diadakan di Dewan Makan, SM Sains Sultan Mahmud jam 8.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, iaitu Ahli Parlimen Kuala Nerus, ADUN Seberang Takir iaitu YB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, dan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik.

Di samping itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengetua-pengetua SBP, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Tentera Udara Diraja Malaysia, Pengerusi dan Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru dan warga SM Sains Sultan Mahmud serta sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh.

Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said iaitu Menteri Besar Terengganu kira-kira jam 8.30 malam. Kejohanan hoki Sekolah Berasrama Penuh pada kali ini mendapat sambutan yang baik dari sekolah-sekolah berasrama penuh kerana melibatkan Piala Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon dan Piala Datin Hajah Hasiah bt Kadir.

Antara pasukan lelaki yang mengambil bahagian dalam kejohanan hoki Piala Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SMS Raja Tun Azlan Shah, Maktab Tentera Diraja, Sekolah Sultan Alam Shah, SMS Johor, SBP integrasi Selandar, SMS Tengku Muhammad Faris Petra, SMS Machang, dan SMS Kuching.

Manakala pasukan perempuan yang mengambil bahagian dalam kejohanan hoki Piala Datin Hajah Hasiah bt Kadir pula melibatkan SMS Raja Tun Azlan Shah, SMS Teluk Intan, Sekolah Seri Puteri, SMS Selangor, Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah, SMS Machang, SMS Tengku Muhammad Faris Petra, dan SMS Sabah.

Johan Zon Utara SBP pasukan lelaki telah dimenangi oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman manakala Johan Zon Utara SBP pasukan perempuan pula telah dimenangi oleh SMS Raja Tun Azlan Shah. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 10.45 malam



KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, May 10, 2011

Penambang Percuma ke Majlis Perasmian Pangsapuri Pulau Duyung










30 April 2011- Sempena Perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyung oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak, penambang percuma telah diberikan kepada penduduk di Dun Seberang Takir. Dua jeti yang terlibat iaitu Jeti Kampung Batin dan Jeti Seberang Takir. Program berlangsung di Padang Rekreasi Kawasan Pulau Duyung, Kuala Terengganu.


KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...