Wednesday, August 31, 2011

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DI RUMAH TERBUKA PPD DUN BUKIT TUNGGAL MERIAH







KUALA TERENGGANU : 31 Ogos 2011 -Majlis sambutan Aidilfitri di rumah terbuka Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal telah berlangsung baru-baru ini di kediaman beliau iaitu bertempat di Taman Dalya, Jalan Tekukur telah mendapat sambutan meriah daripada segenap lapisan penduduk yang hadir.


Majlis tersebut telah bermula kira-kira jam 10 pagi. Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri iaitu Y.B Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang dan isteri.


Antara juadah hidangan pada hari itu ialah nasi dagang, nasi bukhari, lemang, serunding, laksa, rojak betik, aiskrim, air laici, kuih muih dan pelbagai lagi.

Ketika menerima kunjungan daripada tetamu, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri telah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut hadir bersama keluarga.

Mjalis tersebut telah berakhir kira-kira jam 4 petang.

Lawatan Cakna








KUALA TERENGGANU : 27 Ogos 2011

Majlis penyampaian hamper bersama YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said iaitu Menteri Besar Terengganu dan isteri telah diadakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri YBhg To’ Puan Hajah Ruby Sabariah bt Dato’ Mohd Yusof , YBhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri Hajah Salbi bt Abd Aziz.

Majlis tersebut telah dihadiri Yang Berhormat –Yang Berhormat di setiap Parlimen dan DUN telah bermula jam 4 ptg. Majlis tersebut telah mendapat sambutan daripada Pergerakan Puteri dari setiap DUN dan juga Parlimen.

Majlis penyampaian hamper diagihkan kepada pesakit-pesakit di setiap wad dalam Hospital Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Puteri iaitu Puan Aida bt Azam dan Ketua Penyelaras Puteri DUN Bukit Tunggal iaitu Puan Ummi Kalthum bt Mustapha.

Pengagihan Bubur Lambuk






BATU ENAM : 26 Ogos 2011- Majlis agihan bubur lambuk telah di adakan di Pekan Batu Enam iaitu di laluan yang menghubungkan Pekan Batu Enam ke Manir. Majlis tersebut bermula kira-kira jam 4.00 petang telah dihadiri oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Perhubungan UMNO Bahagian Kuala Nerus, YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu En. Apli bin Yusof dan Puan Aida bt Azam turut serta ke majlis tersebut.

Agihan bubur lambut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dengan kerjasama pergerakan pemuda dan puteri di sepanjang jalan. Di samping memberikan bubur lambuk kepada semua kenderaan yang melalui jalan tersebut, ialah Ketua Perhubungan UMNO Bahagian Kuala Nerus turut meletakkan bendera di setiap kenderaan sempena menyambut bulan kemerdekaan. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 6.00 petang.

Program Kayuhan Sahur






PULAU DUYONG: 25 Ogos 2011
Satu program Kayuhan Sahur anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus telah diadakan di perkarangan Dewan Sivik Pulau Duyong. Majlis tersebut bermula jam 11.00 malam.


Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu YBhg Tuan Haji Ismail bin Nik telah merasmikan program tersebut. Turut hadir ialah Setiausaha Penyelaras DUN iaitu En Hasnuddin bin Hashim.


Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Haji Apli bin Yusof dan Puan Aida bt Azam turut hadir memeriahkan majlis. Program kayuhan sahur telah dianggotai oleh pergerakan Pemuda dan Puteri DUN Bukit Tunggal, Seberang Takir, Tepoh dan Teluk Pasu.

Anggota kayuhan basikal yang melibatkan 200 orang pemuda dan puteri telah memulakan kayuhan yang bermula dari perkarangan Dewan Sivik Pulau Duyong dan berakhir di kediaman rumah Haji Apli bin Yusof. Program kayuhan basikal telah bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 3.00 pagi.

Jom Shopping Bersama Anak Yatim

KUALA TERENGGANU : 25 Ogos 2011-Satu majlis sempena meraikan Aidilfitri iaitu Jom Shoping bersama anak-anak Yatim dan golongan miskin Parlimen Kuala Nerus telah -diadakan bertempat di Pasaraya Giant baru-baru ini. Jom Shoping anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan yang kurang bernasib baik.

Jom Shoping telah bermula kira-kira jam 4.00 petang telah dihadiri oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri iaitu Ahli Parlimen Kuala Nerus. Beliau turut membantu anak-anak yatim dalam memilih pakaian mengikut citarasa dan warna. Golongan anak-anak yatim dan orang miskin turut dihadiri oleh keluarga masing-masing.

Selepas selesai mereka membeli peralatan menyambut hari raya, golongan tersebut telah menghadiri majlis berbuka puasa yang telah diadakan bertempat di Restoran D’ Muara, Kuala Terengganu. Setiap kanak-kanak kelihatan sangat gembira kerana dapat membeli pakaian baru, kasut baru dan sebagainya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.

Lawatan Cakna Rakyat







BUKIT TUNGGAL : 24 Ogos 2011

Majlis kunjungan sempena lawatan Cakna Rakyat telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi. Majlis tersebut telah diadakan di sekitar Kampung Batu Enam, Tebauk, Bukit Kandis, Tuan Mandak, dan Duyong Kecil Wan Su. Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz telah mengunjungi pesakit kronik.

Dalam lawatan itu, turut sama ke majlis tersebut ialah Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO DUN Bukit Tunggal iaitu Encik Amir Amri bin Mohamad dan Puan Umi Kelthom bt Mustapha. Ketika mengunjungi pesakit warga emas di Kampung Batu Enam, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal telah mengunjungi Encik Abd Aziz yang menghidap penyakit jantung. Beliau telah menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada pesakit-pesakit kronik.

Selain itu, beliau juga telah mengunjungi Encik Mohamad bin Ibrahim di Kampung Bukit Kandis yang telah menghidap penyakit saraf. Turut hadir ke lawatan cakna rakyat tersebut ialah kakitangan-kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal.

Majlis Berbuka Puasa






GONG BADAK : 24 Ogos 2011 -Majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Restoren Sri Wangsa Gong Badak. Majlis tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada setiap pergerakan sayap-sayap Pemuda dan Puteri DUN Bukit Tunggal. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz.

Selain itu, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Haji Apli bin Yusof dan Puan Aida bt Azam turut serta ke majlis berbuka puasa.

Sebelum majlis berbuka puasa, Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO DUN Bukit Tunggal iaitu Encik Amir Amri bin Mohamad dan Puan Umi Kelthom bt Mustapha telah menyampaikan cenderahati kepada jawatankuasa-jawatankuasa pergerakan Pemuda dan Puteri yang hadir ke majlis tersebut.

Majlis Berbuka Puasa Parlimen Kuala Nerus








SEBERANG TAKIR : 18 Ogos 2011- Majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Parlimen Kuala Nerus telah diadakan bertempat di perkarangan Pejabat Parlimen Kuala Nerus.Majlis tersebut telah bermula kira-kira jam 5.30 petang iaitu dengan dimulai dengan majlis Khatam Al-Quran.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri YBhg. To’Puan Hajah Ruby Sabariah bt Dato’ Mohd Yusof telah hadir ke majlis tersebut. Turut hadir ialah YBhg Tuan haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri serta kenalan dan sahabat handai.

Dalam majlis tersebut, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan isteri serta anakanda beliau telah menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim ,golongan miskin, Persatuan NGO dalam Kuala Nerus, Pengayuh Beca serta Pentadarus-pentadarus Al-Quran.

Sebelum majlis berbuka puasa, Ahli Parlimen Kuala Nerus telah menyampaikan ucapan dan seterusnya majlis tahlil diadakan. Orang ramai mengunjungi ke majlis berbuka puasa dan mereka telah diberi cenderahati oleh kakitangan-kakitangan pejabat Parlimen Kuala Nerus.

MAJLIS BUKA PUASA MASJID BUKIT TUMBUH


MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID BANGGOL PAUH



Wacana Rakyat bersama Yang Mulia Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud






BUKIT TUNGGAL : 15 Ogos 2011 - Satu majlis Wacana Rakyat Bersama
Yang Mulia Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud telah diadakan baru-baru ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Haji Apli bin Yusof serta jawatankuasa- jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO.

Kunjungan Yang Mulia Tengku Seri Temenggong adalah mengunjungi warga emas yang terlantar sakit. Turut hadir ialah Encik Hasnuddin bin Hashim, Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal dan Ketua Peyelaras Pemuda UMNO DUN Bukit Tunggal iaitu Encik Amir Amri bin Mohamed.


Ketika majlis berbuka puasa di Masjid Banggol Pauh, Yang Mulia Tengku Seri Temenggong telah menyampaikan sumbangan kepada jawatankuasa-jawatankuasa Masjid Banggol Pauh. Turut hadir ialah Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik.

Pengagihan Bantuan Tunai Danaraya






Pulau Duyong : 14 Ogos 2011

Majlis agihan bantuan dana raya DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Dewan Sivik Duyong. Majlis tersebut telah diadakan kira-kira jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh penerima-penerima bantuan dana raya yang melibatkan Peti Undi Pulau-Pulau dan Peti Undi Bukit Tumboh.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail bin Nik serta Pengerusi JKKK dan Ketua Cawangan dari sekitar Duyong dan juga Bukit Tumboh.

Sebelum bantuan dana raya diberikan kepada penerima-penerima, setiap penerima telah mendaftarkan kehadiran mereka di kaunter-kaunter yang telah diuruskan oleh pegawai-pegawai APMT DUN Bukit Tunggal.

Bantuan agihan dana raya ini melibatkan penerima-penerima daripada kategori berpebdapatan rendah/miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ibu tunggal. Seramai 4 orang pegawai APMT DUN Bukit Tunggal telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan agihan bantuan dana raya kepada penerima-penerima. Turut sama membantu menguruskan agihan dana raya ialah Ketua Penyelia APMT DUN Bukit Tunggal iaitu Cik Rahayu bt Che Ayob. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 3.30 petang.

Majlis Pengagihan Baucer Danaraya 2011








BUKIT TUNGGAL : 8 Ogos 2011- Majlis pengagihan baucer dana raya DUN Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Dewan Sivik Bukit Tunggal kira-kira jam 9.30 malam.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBhg Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnuddin bin Hashim serta Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Haji Abd Rahman bin Mohd. Sebelum majlis pengagihan baucer dijalankan, penceramah iaitu YBhg Dato Alwi bin Haji Mohamad telah menyampaikan ceramah tentang politik tanah air.

Selepas selesai ceramah dilakukan, majlis agihan baucer dana raya telah disampaikan oleh YBhg Haji Ismail bin Nik sambil diiringi oleh Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal.

Antara JKKK yang telah menerima bantuan dana raya mengikut peti undi Bukit Tunggal ialah JKKK Bukit Tunggal, Bukit Kandis, Gong Kijang, Serdang, Seberang Tuan Chik, Bukit Tok Ris, Bukit Datu, Perumahan Bukit Datu, dan PAKR Bukit Tunggal.

Program Kunjungan Kebajikan Sempena Ramadhan





Majlis Tadarus Al-Quran








BANGGOL PAUH : 6 Ogos 2011- Satu majlis tadarus Al-Quran telah diadakan di Masjid Banggol Pauh kira-kira jam 9.30 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal, En Hasnuddin bin Hashim.

Sejumlah kira-kira 40 orang peserta tadarus Al- Quran dari Maahad Tahfiz Kubang Bujuk telah hadir ke majis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran secara bergilir-gilir oleh peserta dari Maahad Tahfiz. Selepas selesai majlis tadarus Al-Quran, peserta-peserta tadarus telah dijamukan dengan juadah yang telah disediakan oleh jawatankuasa Majid Banggol Pauh. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 12 malam.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...