Sunday, October 30, 2011

MAJLIS PENYERAHAN E BOOK 1 MALAYSIA

BUKIT TUNGGAL– 17 OKTOBER - Majlis penyampaian e book telah diadakan bertempat di Dewan Al-Arif Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal pada jam 2.30 petang.

Penyampaian e book telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik.



KUALA NERUS HARI INI

Perkhemahan Membina Sahsiah Diri

BUKIT TUNGGAL - 13 OKTOBER - Satu Majlis Perasmian Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SKBT telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal yang juga merupakan YDP PIBG Sek Keb Bukit Tunggal.

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform yang diadakan di Padanga Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober 2011. Program ini melibatkan anggota Pengkap, Puteri Islam, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Bomba Sekolah (KRS).

Aktiviti perkhemahan yang diadakan adalah merupakan aktiviti tahunan Unit-Unit Beruniform Sek Keb Bukit Tunggal yang disertai oleh murid-murid tahun 6 dan sebahagian murid tahun 5. Perkhemahan ini merupakan satu pendedahan pembentukan sahsiah diri dalam diri murid-murid terutamanhya murid-murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah.

Program perkhemahan ini diharapkan juga dapat memupuk minat serta sifat ingin tahu di kalangan murid-murid terhadap alam sekitar, semangat berdikari, rasa tanggungjawab ke atas keselamatan diri sendiri, rakan, alam sekeliling. Selain itu, dapat menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih, sihat serta dapat meningkatkan motivasi diri di samping bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah swt.


Objektif perkhemahan ini diadakan adalah bagi merangsang murid-murid dengan aktiviti yang boleh membina ketahanan fizikal, mempunyai keyakinan diri, berfikiran kreatif dan inovatif serta berakhlak mulia. Selain itu, dapat melahirkan murid-murid yang dapat berdikari, mampu bersaing dan berdaya maju di samping menyuburkan rohani murid-murid dengan amalan-amalan mulia selaras dengan tuntutan islam.


KUALA NERUS HARI INI

Sejambak Kasih Setulus Budi Buat Wanita

GONG BADAK - 8 OKTOBER-
Majlis Sejambak Kasih Setulus Budi
anjuran Pengerakkan Penyelaras Wanita DUN telah diadakan di Restoren Sri Wangsa Gong Badak pada jam 8.30 malam.

Majlis dihadiri oleh Y. Berbahagia To' Puan Hajah Sabariah binti Dato' Mohd Yusof, Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, Y.Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz.

Cenderahati diberikan kepada wanita-
wanita yang banyak menyumbang masa dan tenaga menjayakan program-program yang telah diadakan.

Kira-kira 150 orang menghadiri majlis ini. Cenderahati telah disampaikan oleh Pengerusi Penyelaras Wanita DUN dan Pegawai Pembangunan DUN.
KUALA NERUS HARI INI

Pemimpin Prihatin Derita Rakyat

BUKIT TUNGGAL - 8 OKTOBER - Program Lawatan Cakna Rakyat telah diadakan kira-kira jam 9.00 pagi di kawasan DUN Bukit Tunggal. Lawatan yang diadakan adalah sekitar Bukit Tumbuh, Gong Kijang, Batu 6, Seberang Tuan Chik dan Bukit Kandis.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi bt Abd Aziz turut sama-sama mengikuti program ini.

Lawatan cakna rakyat tersebut turut tersertai oleh kakitangan-kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal dan sayap-sayap UMNO.

Program lawatan cakna rakyat ini dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat.



KUALA NERUS HARI INI

Saturday, October 22, 2011

Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak

MESRA...Ahmad Razif (baju putih) berbual mesra dengan rakyat.


21 Oktober 2011, Jumaat- Program Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak telah dijalankan oleh ADUN Seberang Takir dengan kerjasama APMT DUN berkenaan bertempat di Rumah Pengerusi JKKK Kubang Badak. YB ADUN, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri turun padang melalui program tersebut bagi mendengar keluhan serta membantu penduduk di Kampung Kubang Badak. Dalam program yang sama, Ahmad Razif turut melawat rakyat yang sakit dan uzur di dalam kampung tersebut.

Mamat Muda, 83, seorang penduduk yang dilawati Ahmad Razif merasa amat gembira bercampur terharu kerana seorang Pemimpin sanggup menziarahi beliau yang tinggal dengan isterinya. Tambahnya, melalui kunjungan sebegini rakyat yang tidak berkeupayaan dapat berjumpa mata lalu menyampaikan harapan terus kepada pemimpin yang disanjungi.

Wakil daripada Jabatan Pengairan dan Tali Air ( Bahagian Pantai ) Terengganu turut dijemput bersama di dalam Program Cakna Rakyat berkenaan. Di kesempatan itu, rakyat mendapat info berkenaan perancangan kerajaan terhadap pembaikan kawasan pantai terutama di Pengkalan Nelayan di Kampung berkenaan.

Turut hadir di Program berkenaan adalah Ketua UMNO Cawangan merangkap Ahli Majlis Bandaraya, Pegawai APMT DUN Seberang Takir, Pengerusi KRT dan juga ajk JKKK kg Kubang Badak.



Tekun ... Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran ( berkemeja hitam ) mendengar penerangan masalah nelayan
daripada Ahmad Razif.


Monday, October 10, 2011

Pembahagian E-Book Peringkat Dun Seberang Takir

6 Oktober 2011 - Majlis Penyampaian E-Book Peringkat Dun Seberang Takir telah disempurnakan oleh YB Ahmad Razif Abd. Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Dalam majlis tersebut YB Ahmad Razif telah menyampaikan E-Book kepada 609 orang pelajar melibatkan 5 buah sekolah dalam Dun Seberang Takir termasuk Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, dan Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.





KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, October 4, 2011

Jamuan Hi-Tea Bakal-bakal Haji




25 September 2011- Bakal-bakal Haji dalam Dun Seberang Takir telah diraikan dalam satu majlis minum petang di Dewan Utama Ar-Rayyan, Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal jam 5.00 petang.
Dalam majlis tersebut, ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif telah memberi ucapan tahniah dan selamat jalan kepada para bakal haji serta mendapat keberkatan dengan haji yang Mabrur.
Ahmad Razif juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua bakal haji di majlis berkenaan.
Turut hadir adalah bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Haji Arifin Embong dan isteri.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...