Sunday, March 16, 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa

KUALA NERUS HARI INI

Pada 16 Mac 2014 yang lalu, telah diadakan Ceramah isu-isu semasa yang disampaikan oleh Yb Dato Haji Ahmad Razif bin Haji Abd Rahman dan penceramah jemputan iaitu Ustaz Kamalrudin bin Omar, pegawai khas agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu bertempat di perkarangan halaman rumah Yb Dato Haji Ahmad Razif bin Haji Abd Rahman. Disamping itu turut diagihkan sumbangan kepada orang-orang miskin dalam Kg. Baru Seberang Takir.







Thursday, March 13, 2014

KUALA NERUS HARI INI

Karnival Mega Pendidikan & Kerjaya SMKBT 2014 


















Pada 13 Mac 2014 telah berlangsungnya Karnival Mega Pendidikan & Kerjaya Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal 2014. Majlis perasmian dan penutup telah disempurnkan oleh YB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman.

Thursday, March 6, 2014

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kumpulan Pertama Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Taman Batin Perdana Seberang Takir, Kuala Terengganu

KUALA NERUS HARI INI

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kumpulan Pertama Rumah Pangsa Mampi Milik (RPMM)











Pada 6 Mac 2014 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kumpulan Pertama Rumah Pangsa Mampu Milik Kampung Batin, Seberang Takir bertempat di Dewan Taman Batin Perdana. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said.

Dibina di kawasan seluas 17 hektar, Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Kg. batin merupakan salah satu projek terbesar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Terengganu. Perumahan ini dibina khas untuk golongan berpendapatan rendah (RM3,000.00 dan ke bawah). Setelah diberi subsidi oleh Kerajaan Negeri sebanyak 45 %, harga seunit ditawarkan serendah RM 77,000.00. 

Sunday, March 2, 2014

Majlis Penyerahan Baucer BR1M bagi DUN Tepoh dan Bukit Tunggal bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak

KUALA NERUS HARI INI

Majlis Penyerahan Baucer BR1M bagi parlimen Kuala Nerus bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak 














Pada 2 Mac 2014 yang lalu telah diadakan Majlis Penyerahan Baucer BRIM 3.0 Peringkat Parlimen Kuala Nerus bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan ADUN Seberang Takir.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...