Seberang Takir, 15 Ogos - Seramai 913 peserta dari sekitar Peti Undi Seberang Takir Pantai menerima Dana Hari Raya 2011 di Dewan Sekolan Kebangsaan Seberang Takir di sini petang semalam yang melibatkan 2 JKKK.
Program tahunan tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau yang juga merupakan Ahli Exco Kerajaan Terengganu telah meluangkan masa sepetang di tempat pengagihan dana bagi memberi peluang rakyat mendekati dan bermesra dengannya.
Seramai 2 anggota PDRM dari Pondok Polis Seberang Takir bertugas menjaga keselamatan kelangsungan majlis yang dibantu oleh seramai 17 Pegawai APMT DUN Seberang takir. Turut hadir adalah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK Seberang Takir dan Pengerusi JKKK Seberang Takir Pantai.
Majlis berakhir pada jam 5.15 petang.
Ahmad razif ( bersongkok ) memerhati pegawainya mengagihkan dana.
Ahmad Razif (berkaca mata ) menyalami peserta dana.
Penerima tekun mendengar ucapan Yb ADUN
Penerima perlu menurunkan cap jari sebagai tanda pengesahan
No comments:
Post a Comment