BUKIT TUNGGAL - 8 OKTOBER - Program Lawatan Cakna Rakyat telah diadakan kira-kira jam 9.00 pagi di kawasan DUN Bukit Tunggal. Lawatan yang diadakan adalah sekitar Bukit Tumbuh, Gong Kijang, Batu 6, Seberang Tuan Chik dan Bukit Kandis.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi bt Abd Aziz turut sama-sama mengikuti program ini.
Lawatan cakna rakyat tersebut turut tersertai oleh kakitangan-kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal dan sayap-sayap UMNO.
Program lawatan cakna rakyat ini dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment