BUKIT TUNGGAL, 26 November 2011- Simulasi Pilihanraya DUN Bukit Tunggal yang melibatkan lima peti undi iaitu Bukit Tunggal, Pengkalan Arang, Batu Enam, Bukit Tumboh dan Pulau-pulau telah diadakan pada 26 November 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Simulasi tersebut melibatkan lima buah pusat pengundian yang telah dipilih iaitu Sek Keb Bukit Tunggal, Sek Men Keb Bukit Tunggal, Sek Keb Bukit Tumbuh, Sek Keb Duyong dan Sek Men Teknik Vokasional.
Setiap peti undi diminta untuk mengeluarkan dua ratus orang sampel yang terdiri daripada enam puluh peratus pengundi muda iaitu pemuda dan puteri dan selebihnya ialah pengundi veteran atau dewasa.
Sebelum simulasi tersebut berlangsung, setiap portfolio jentera pilihanraya telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk melengkapkan jentera parti. Setiap jawatankuasa telah diberi tanggungjawab untuk membantu parti dalam memastikan simulasi pilihanraya tersebut berjalan lancar. Simulasi ini diadakan bertujuan untuk melatih para pengundi untuk keluar mengundi dan juga sebagai persediaan jentera pilihanraya peringkat cawangan untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke-13.
KUALA NERUS HARI INI
No comments:
Post a Comment