Wednesday, September 14, 2011

Calon UPSR dikunjungi Exco Pelajaran Negeri

13 September 2011 - Exco Pelajaran Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd. Rahman telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang ( SKTK ) untuk meninjau para pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ini.

Kunjungan tidak formal itu telah membakar semangat calon-calon UPSR di sekolah berkenaan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan awam tersebut. Ahmad Razif turut mengetuai bacaan doa yang diaminkan oleh semua calon yang terlibat.

Alang Ali, 58, Guru Penolong Kanan di SKTK menyatakan bahawa beliau begitu terharu di atas lawatan Exco tersebut sambil menyifatkan tindakan itu menunjukkan keprihatinan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pendidikan bermula dari awal.




KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...