Monday, September 27, 2010

Sambutan Aidilfitri Seberang Takir Meriah


Rai sama ... walaupun YB Dato Nasir mengadakan program hari raya dalam masa yang sama, beliau turut mencelah waktu untuk menghadiri majlis aidilfitri di Seberang Takir.


Anak Angkat... Ahmad Razif (berkaca mata) menyerahkan pelajar kepada keluarga angkat.

Seberang Takir, 25 September - Kemeriahan hari raya diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Peringkat DUN Seberang Takir, yang diadakan di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir. Majlis berlangsung bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Seramai lebih kurang 10 ribu tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut.

Selain hidangan makanan yang banyak disediakan, pada masa yang sama seramai 638 pelajar UMT dan UNISZA diserahkan kepada keluarga yang masih belum mempunyai graduan di dalam isi rumahnya. Melalui moto, " Sebuah Rumah Seorang Graduan ", ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman berharap penyerahan pelajar-pelajar tersebut akan menjadi perangsang kepada adik-adik angkat mereka supaya maju jaya di dalam pelajaran.

Konsep Anak Angkat Selama-lamanya akan menjayakan University Social Responsibility ( USR ) iaitu Tanggungjawab Sosial Universiti oleh pelajar-pelajarnya kepada masyarakat sekitar. Pelajar yang menjadi Kakak serta Abang Angkat ini akan sentiasa menjengok adik-adik angkat mereka dan sekaligus memberikan motivasi yang baik kepada psikologi agar sukakan ilmu pelajaran. Selain itu, anak-anak angkat berkenaan akan menyedarkan adik-adik mereka berkenaan bahaya dan kesan buruk gejala penyalahgunaan dadah.

Para tetamu juga dihiburkan oleh celoteh DJ Long dari stesen radio TFM yang pandai mengusik hadirin. Selain Cabutan Bertuah, acara karaoke kanak-kanak juga dapat menghidupkan suasana kegembiraan dan keharmonian umat Islam di bumi bertuah Malaysia amnya dan Terengganu khususnya.


Tetamu menyerbu gerai minuman


Bertuah... Hadiah Cabutan Keluarga Bertuah disampaikan oleh Isteri YB Hj Ahmad Razif


Berlainan Agama ... YB Toh Chin Yaw, ADUN Bandar turut hadir ke Majlis Aidilfitri.





















.

berita penuh

Wednesday, September 22, 2010

Jet Rasmi Pemimpin Malaysia Terbabas


KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu 2 juruterbang TUDM berserta 3 anak kapal terbabas ke dalam kawasan lapang, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sewaktu mendarat ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang dihubungi mengesahkan pesawat terbabit sering digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara. Bagaimanapun semasa kejadian berlaku, jet tersebut di dalam tempoh latihan juruterbang dari Subang ke Kuala Terengganu dan bukannya sedang membawa VIP.


2 juruterbang dan 3 anak kapal jet berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Pengarah Urusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar dan ianya berjaya ditarik keluar pada jam 12.55 tengahari dengan mengunakan enjin pesawat itu sendiri, selepas usaha menarik mengunakan jentera kren gagal.

Dalam pada itu, lapangan terbang yang terpaksa ditutup operasinya selama lebih 2 jam disambung kembali seperti biasa pada jam 1 petang.

berita penuh

Persiapan Majlis Raya Giat Dijalankan


SEBERANG TAKIR HARI INI

Pada 25 September 2010 akan dilaksanakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1431 peringkat DUN Seberang Takir. Untuk memastikan perjalan program berjalan lancar, persiapan awal telah dilakukan oleh pegawai-pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir.

Antara persiapan awal yang telah dilakukan adalah penyediaan minuman dan kanopi. Bagi memastikan air yang dihidangkan nanti bersih, jawatan kuasa minuman yang ditugaskan telah merebus dan menyimpan terlebih dahulu. Kanopi juga telah dipasangkan supaya kerja-kerja pendawaian elektrik, sumber kuasa bagi kipas angin dapat dilakukan dengan sempurna.

Majlis yang akan berlangsung nanti juga menjemput semua rakyat yang berdekatan dan jabatan-jabatan yang berkaitan. Para jemputan akan , dihidangkan dengan pelbagai menu makanan seperti Nasi Minyak, Laksa, Ketupat, Rojak, Sate dan lain-lain lagi.




berita penuh

Tuesday, September 14, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERMATA 2010


Kenangan..YB Hj Ahmad Razif (berbaju Melayu Biru) serta isteri bergambar dengan sebahagian Mahasiswa.

SEBERANG TAKIR HARI INI



Pada Hari Raya ke 3 yang lalu pihak Persatuan Mahasiswa Terengganu, PERMATA telah mengadakan majlis Sambutan Aidilfitri di kediaman Exco Pelajaran Terengganu, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Kg Baru, Seberang Takir. Majlis tersebut adalah anjuran dari PERMATA UniSZA dan Sekretariat Permata dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir. Majlis berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 3 petang. Seramai lebih kurang 2000 tetamu termasuk ibubapa para pelajar hadir memeriahkan majis tersebut.


Para jemputan menjamu selera



Mesra.. Ahmad Razif dan isteri melayani tetamu yang hadir.

berita penuh

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SEBERANG TAKIR HARI INI


Sempena kedatangan Syawal 1431, kami di DUN Seberang Takir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dijemput ke Majlis Rumah Terbuka pd :

12 September 2010 - Ahad - Khas kepada Mahasiswa dan Perantau...bertempat di Rumah YB Hj Ahmad Razif Abd Rahman.

25 September 2010 - Terbuka kepada semua yang beragama Islam..bertempat di Dataran Permata, Kg Baru ( Hadapan Rumah YB Razif ).

Sekian, selamat menyambut aidilfitri.

berita penuh

Sunday, September 5, 2010

APMT Cakna Rakyat Bersama YB ADUN


Merisik Khabar...YB Razif ( berkemeja putih ) bertanya khabar kepada rakyatnya.

Lawat..Isteri YB ADUN ( bertudung merah jambu )Melawat Rakyat yang Uzur.


Bungkus... Pegawai APMT menyiapkan barangan keperluan untuk agihan.

SEBERANG TAKIR HARI INI

Sebagai Wakil Rakyat yang perihatin, setiap kali ada ruangan masa mereka tidak melepaskan peluang untuk meninjau masalah rakyat. Di Seberang Takir, memiliki Wakil Rakyat seperti YB Hj Ahmad Razif adalah suatu keuntungan kepada rakyat. Ini disebabkan YB Ahmad Razif tidak pernah jemu melawati rakyatnya terutama yang mengalami masalah kesihatan dan musibah lain.

Terkini, YB Razif bersama pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT) DUN Seberang Takir dibawah Program Cakna Rakyat telah melawat 40 orang rakyatnya di Peti Undi Seberang Takir Pantai dan Peti Undi Kg Baru. Berbagai barangan keperluan dapur dibawa dan dihadiahkan kepada tuan rumah yang dikunjung.

YB Razif berazam, beliau akan cuba menjejakkan kaki ke setiap rumah di dalam DUN Seberang Takir selama beliau menjadi Wakil Rakyat. Selepas ini beliau dan APMT akan melawat Peti Undi Bukit Tok Beng, Teluk Ketapang, Kg Batin dan Tok Jembal.

berita penuh

Saturday, September 4, 2010

Program Cakna Rakyat "Bubuk Lambuk 1 Malaysia"




BUKIT TUNGGAL - 04 Sept 2010 - Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) dengan kerjasama Parlimen Kuala Nerus dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN telah mengadakan Program Cakna Rakyat "Bubur Lambuk 1 Malaysia" di Pekan Batu Enam.
Aktiviti gotong-royong menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk bermula jam 9 pagi. Program ini membabitkan cawangan-cawangan yang berada di dalam peti undi Batu Enam dan Pengkalan Arang.

Tepat jam 2.35 petang, pengagihan bubur lambuk kepada rakyat istimewa dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan isteri dan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.

Program ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dan akan dijadikan aktiviti dalam setiap bulan Ramadhan akan datang. Rata-rata masyarakat di sekitar ini meminati bubur lambuk.


KUALA NERUS HARI INI

berita penuh

Thursday, September 2, 2010

250 ANAK YATIM DIRAIKAN





SEBERANG TAKIR HARI INI

31 Ogos, Seberang Takir - Seramai 250 orang anak yatim yang berada di dalam DUN Seberang Takir telah diraikan oleh YB Hj Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir dan YB Dato' Hj Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus di dalam satu majlis berbuka puasa peringkat DUN Seberang Takir.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi Abd Rahman yang kini Pengerusi Tre-Found Educare telah bermurah hati menyumbangkan wang tunai kepada setiap anak yatim yang dirai. Manakala YB Hj Ahmad Razif pula menyediakan hadiah berbentuk hamper.

Seramai lebih 1500 orang hadir pad majlis bernuka tersebut. Sebahagian yang hadir tidak dapat tempat duduk dan terpaksa bersila di atas kaki lima pejabat DUN. Biarpun begitu, mereka semua berpuashati dapat berbuka puasa dengan 2 pemimpin mereka.




berita penuh

Wednesday, September 1, 2010

BUBUR LAMBUK MERDEKA DIAGIH



SEBERANG TAKIR HARI INI


Setiap kali hadirnya bulan Ramadhan, Bubur Lambuk tiba-tiba dicari untuk santapan. Bagi ADUN Seberang Takir, YB Hj Ahmad Razif Abd Rahman, setiap tahun beliau akan mengagihkan bubur lambuk kepada rakyat dihadapan rumahnya.

Pada 31 Ogos 2010 yang lalu, Hj Ahmad Razif dan isterinya dengan kerjasama APMT telah mengagihkan kira-kira 2000 bekas Bubur Lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan raya di hadapan rumahnya di Kg Baru, Seberang Takir. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penolong Pengarah APMT, Encik Fauzi Muda.

berita penuh