Saturday, July 31, 2010

Program Pusat Sumber Sekolah Angkat



SEBERANG TAKIR HARI INI


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir telah menjadi Anak Angkat UMT, Perbadanan Perpustakaan Nur Zahirah dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bermula 18 Julai 2010.

Kunjungan Mesra Rakyat

CAKNA...seorang warga emas dari Kampung Gong Kijang merasa gembira dikunjungi oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal
KUALA NERUS HARI INI

PERASMIAN PENUTUP BATMINTON DI PULAU DUYUNG

PULAU DUYUNG: 17 Julai 2010: Pihak Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulau Duyung telah menganjurkan permainan batminton secara tertutup. Majlis tersebut telah diadakan seminggu sebelum ini dan permainan akhir berentap pada malam tersebut. Seramai sepuluh pasukan yang terdiri dari dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B telah mempamirkan permainan mereka masing-masing.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik,Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Di antara lain, beliau menyatakan di dalam ucapannya bahawa pertandingan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan para pemuda yang mempunyai semangat perjuangan. Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diadakan dari masa ke semasa kerana perkara ini akan membentuk jiwa pemuda yang bersemangat. Secara tidak langsung ianya akan dapat membendung budaya yang kurang sihat di samping mengelak para pemuda terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.

Majlis tersebut selesai pada jam 11.30 malam dan di antara mereka yang hadir pada malam tersebut ialah ketua-ketua JKKK dan pengerusi-pengerusi cawangan.
KUALA NERUS HARI INI

REMAJA HARAPAN NEGARA






29 JULAI - Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja bagi DUN Bukit Tunggal dan DUN Tepoh telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak

Majlis dihadiri Y.A.B Dato' Seri Ahmad Said, Menteri Besar, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik dan ADUN Tepoh, Y.B Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh.

Majlis dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar pada jam 4 petang.

Pelbagai acara diadakan sepanjang perjalanan program ini antaranya pertunjukkan silat dan persembahan tarian tradisional.

Majlis Pembahagian Dana Bakti Remaja bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Pegawai APMT DUN Bukit Tunggal turut membantu dalam melicinkan tanggungjawab sebagai petugas di bahagian kaunter pendaftaran para penerima dana.





KUALA NERUS HARI INI

Golongan PPRT menerima Kerusi dan Meja Belajar


SEBERANG TAKIR HARI INI


Pelbagai usaha dilkukan oleh kerajaan bagi memberikan keselesaan kepada rakyatnya. Baru-baru ini YB Haji Ahmad Razif telah mengagihkan sebanyak 50 set kerusi dan meja belajar kepada anak-anak golongan PPRT sebagai persediaan mereka mengulangkaji pelajaran.

Menurut Ahmad Razif, agihan bantuan tersebut adalah salah satu proses bagi merealisasikan moto " Sebuah Rumah Seorang Graduan", beliau yang juga Exco Pelajaran Negeri Terengganu mahukan setiap rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mempunyai sekurang-kurangnya seorang graduan.

YB ADUN raikan Ulang Tahun Kem RAMD 18 ke 34






KUALA NERUS HARI INI

Seberang Takir, 31 Julai - Sempena ulangtahun ke 34 Kem Sri Pantai, RAMD 18, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir bersama isteri telah meraikan anggota tentera dan keluarga mereka di dalam majlis yang agak meriah.

Dengan menaiki kereta kuda, Pegawai Memerintah RAMD 18 membawa YB Razif mengelilingi Kem dan berhenti di Tapak Perasmian. Rombongan YB disambut dengan acara Seni Silat dan paluan Kompang mengiringi ke Pentas Utama. Turut serta di dalam rombongan tersebut adalah pegawai-pegawai APMT DUN Seberang Takir.

Selepas merasmikan Majlis tersebut,YB Ahmad Razif berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada anak-anak anggota yang cacat dan tergolong dalam golongan OKU. Turut disumbangkan YB adalah 2 ekor lembu sebagai lauk untuk keluarga anggota tentera makan tengahari pada hari tersebut.

Friday, July 16, 2010

Bot Penambang Diuji Menyusur Sungai




SEBERANG TAKIR HARI INI


Seberang Takir, 17 Julai - ADUN Seberang Takir, YB Haji Ahmad Razif telah berbesar hati apabila dimaklumkan mengenai Bot Penambang Baru sedia untuk digunakan. Beliau bersama 14 kepimpinan DUN dan 15 pegawai APMT DUN Seberang Takir telah menyusuri Sungai Terengganu dari jeti Kampung Batin menuju ke muka kuala dan singgah di Taman Tamdun Islam, Pulau Wan Man untuk makan tengahari di sana.

Wednesday, July 14, 2010

Penuntut UNISZA dan APMT melakukan Khidmat Masyarakat







KUALA NERUS HARI INI


Penuntut Baru Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) seramai 400 orang telah mengadakan khidmat masyarakat di dalam DUN Seberang Takir pada 8 Julai 2010. Sebanyak 3 Venue telah dibersihkan secara bergotong royong iaitu Tanah Perkuburan Seberang Takir, Tebing Tinggi dan Surau Kampung Baru. Manakala Pagar Pusat Khidmat ADUN Seberang Takir mereka melapisi dengan cat baru.

Ustaz Rosdi Muda, Pensyarah UNISZA telah mengetuai penuntut-penuntutnya menjalankan kerja dan di pihak DUN Seberang Takir pula diwakili oleh pegawai-pegawai APMT. Pihak DUN telah menyediakan makan dan minum sepanjang program tersebut.

Penyerahan e-Book 2010 DUN Seberang Takir



KUALA NERUS HARI INI


Seramai 328 pelajar tahun 5 semua Sekolah Kebangsaan di dalam DUN Seberang Takir telah menerima e-book masing-masing dari Kerajaan Terengganu yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir pada 24 Jun yang lalu.

Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Nasyid DUN Seberang Takir








Pelbagai acara dan program dilakukan bagi memenuhi kehendak dan permintaan rakyat . Baru-baru ini bertempat di Dataran Permata Kg Baru, Seberang Takir telah diadakan Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Kebangsaan Peringkat DUN Seberang Takir yang berakhir pada 25 Jun 2010 anjuran Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir.

Majlis Tilawah Al Quran telah mendapat sambutan penyertaan yang agak ramai iaitu 20 Qari dan 22 Qariah. Keadaan ini telah memaksa jawatakuasa penganjur mengadakan proses saringan selama seminggu untuk memilih 5 Qari dan 5 Qariah bagi dibawa ke peringkat akhir. Manakala Pertandingan Nasyid disertai oleh semua Sekolah Kebangsaan di dalam DUN Seberang Takir

Kategori Qari telah dimenangi oleh Encik Al Paisar Wahab dari JKKK Bukit Tok Beng. Manakala Qariah pula dimenangi oleh Hajjah Maimunah Yaakub dari JKKK Telaga Daing. Masing-masing membawa pulang Wang Tunai RM300, Piala Pusingan dan Piala Iringan sebagai hadiah johan pertandingan.

Johan Nasyid dimenangi oleh pasukan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kedua Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.

Monday, July 12, 2010

PESAKIT ANGIN AHMAR MENERIMA BANTUAN KERUSI RODA BARU

YB Haji Muhamad Ramli bin Nuh bersama dengan Pengerusi JKKK dan AJK kampung di rumah pesakit angin ahmar

TEPOH 7 Jun, Seorang pesakit angin Ahmar Jaafar jusoh, 58, yang juga salah seorang pesara Tentera menghidapi penyakit angin ahmar sejak 7 bulan lalu dikunjungi oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh ke rumahnya di Kampung Alur Damat. Penderitaan beliau mendapat perhatian daripada Adun Tepoh itu dengan menyumbangkan sebuah kerusi roda dan sedikit sumbangan lain.

Selepas bersara daripada tentera, Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tapak pasar malam di kawasan negeri ini untuk menampung hidup sekeluarganya. Turut membantu ialah isteri beliau. Sejak menghadapi penyakit angin ahmar ini, isteri beliaulah yang menyambung menjalankan perniagaan sambil dibantu oleh anak-anak beliau.


Beliau sangat terharu dengan kehadiran dan keprihatinan Adun Tepoh itu dan berharap penyakitnya akan sembuh dengan rawatan yang dijalankan di Hospital Negeri Terengganu. Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) serta beberapa Ahli Jawatan kuasa kampung tersebut turut memainkan peranan dalam mencakna kebajikan penduduk di kampung di Alur Damat.

Semenjak beliau terkena penyakit Angin Ahmar ini, beliau hanya mampu berehat di rumah sahaja. Beliau mempunyai anak seramai 7 orang, yang masih bersekolah dan bekerja.

Ceramah Isra' Mikraj



BUKIT TUNGGAL, 13 JULAI 2010 – Satu majlis sempena menyambut Isra’ dan Mikraj anjuran APMT bersama Kelab Belia 4B Bukit Tunggal telah diadakan di Surau PAKR Bukit Tunggal selepas solat maghrib. Majlis yang turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz mendapat sambutan oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Majlis tersebut telah dianggotai oleh YBhg Ustaz Nazri. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang Isra’ dan Mikraj. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau telah mengingatkan muslimin dan muslimat agar tidak meninggalkan solat lima waktu kerana solat merupakan tiang agama. Tambahan pula, azab bagi mereka yang meninggalkan solat adalah amat pedih.

Selain itu, beliau juga turut menyeru muslimin dan muslimat agar sentiasa mengingatkan akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh-NYA. Beliau juga mengingatkan agar umat islam mengeluarkan zakat yang telah diwajibkan kepada kita sebagaimana yang telah terkandung dalam Rukun Islam. Terdapat beberapa kategori zakat yang telah dituntut oleh Islam iaitu zakat fitrah (Hari Raya ), zakat pendapatan, dan zakat perniagaan.

Untuk mendapat keredhaan dan kemuliaan disisi-NYA, umat islam juga diingatkan agar sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T dan sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah yang telah diamalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bagi mereka yang sentiasa memperbanyak amal soleh, maka golongan tersebut akan mendapat syafaat, keberkatan dan kerahmatan oleh Allah S.W.T.
KUALA NERUS HARI INI

Saturday, July 10, 2010

Karnival Bola Sepak Piala Dunia 2010



KUALA NERUS HARI INI

Sempena Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2010, Penyelaras Pemuda UMNO dengan kerjasama APMT DUN Seberang Takir dan Pusat Khidmat DUN Seberang Takir telah menganjurkan satu karnival sukan malam di Dataran Permata Kg Baru bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir bermula 10 sehingga 11 Julai 2010.

Acara yang dijalankan adalah Pertandingan 'Street Soccer' 3 on 3, Permainan Video Playstation dan Timang Bola. Selain itu, banyak hadiah untuk cabutan nombor bertuah disediakan kepada pengunjung termasuklah hadiah utamanya adalah peti television 29 inci. Layar besar telah dipasangkan untuk penduduk sekitar menonton perlawanan bola sepak piala dunia secara beramai-ramai sejak peringkat awal lagi setiap malam.

Pada malam kemuncak perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia 2010, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir akan turut menyertai karnival tersebut. Pihak penganjur menyediakan masakan istimewa BBQ Daging Kambing dan Ayam selain Mee Goreng serta Pulut Sambal Kelapa. Disitu nanti, para pegawai APMT DUN akan mengambil peluang untuk memberi khidmat memeriksa Daftar Pemilih SPR dan bersedia untuk mendaftarkan pengundi baru.

Tuesday, July 6, 2010

YAB MB menyusuri sungai dengan Bot Penambang Baru





KUALA NERUS HARI INI

YAB Dato Ahmad Bin Said bersama YB Hj Ahmad Razif Abd Rahman telah mencuba Bot Penambang Baru dengan menyusuri sungai Terengganu, bermula dari Seberang Takir mengelilingi Teluk Warisan.
Penyusuran tersebut telah diiringi oleh Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO DUN Seberang Takir.

Thursday, July 1, 2010

PROGRAM MOTIVASI DAN KEM KECEMERLANGAN UPSR 2010


BUKIT TUNGGAL : 1 JULAI 2010 -Majlis perasmian Program Motivasi dan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 2 2010 telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal yang juga selaku Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Program Motivasi dan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 2 yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal itu dihadiri oleh seramai 193 orang murid dan tenaga pengajar atau fasilitator adalah terdiri dari kalangan guru-guru tahun 6.

Menurut Penolong Kanan 1 sekolah tersebut iaitu Puan Hajah Rose Elina Bt Kamaruddin, majlis tersebut adalah merupakan satu program khas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru tahun 6.

Beliau juga telah menyatakan bahawa kem yang akan dijalankan selama 3 hari bermula pada hari ini yang melibatkan pengisian mata pelajaran peperiksaan UPSR diadakan bertujuan untuk memantapkan keyakinan dan pengetahuan para pelajar menjelang peperiksaan UPSR yang akan dihadapi menjelang September ini.

Selain itu, kem ini juga diadakan bertujuan untuk membaiki segala aspek kelemahan pelajar dalam mata pelajaran sekaligus membangkitkan usaha dan semangat mereka kearah Peperiksaan UPSR.

Dalam majlis yang sama juga, Pengerusi PIBG iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik telah menasihati para pelajar agar meningkatkan usaha untuk menghadapi Peperiksaan UPSR. Beliau telah mengingatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana semua guru sekolah tersebut telah melaksanakan program sekolah demi kecemerlangan pelajar mengikut tahap kemampuan pelajar masing-masing. Di samping itu, beliau juga berpesan agar para pelajar membuat perubahan dalam kriteria dan kelakuan diri agar lebih banyak program sekolah dapat diadakan.


KUALA NERUS HARI INI



APMM bersama Komuniti Maritim





Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia, APMM telah mengadakan Program Suai Mesra dengan Komuniti Maritim di Kg Batin pada 25 dan 26 Jun 2010. Banyak aktiviti yang telah dijalankan selama 2 hari tersebut seperti sukaneka, perlawanan Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar Pantai dan gotong royong dan mengecat surau. Pihak APMM juga sempat membina sebuah wakaf baru sebagai tanda peringatan program kemasyarakatan mereka di Kg Batin, Seberang Takir.
Perasmian program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Amdan di Dewan Sivik Seberang Takir pada 26 Jun 2010. Sebelum itu, Dato Amdan dan YB Haji Ahmad Razif diarak oleh 100 buah motorsikal daripada Pasukan Pemuda UMNO Bermotosikal DUN Seberang Takir mengeilingi kawasan komuniti maritim.
Selepas majlis perasmian, pihak APMM telah membuka ruang kepada komuniti untuk bertanyakan soalan-soalan di dalam sesi dialog. Disamping itu, pertandingan mewarna kepada kanak-kanak tadika turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.
KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...