Thursday, January 20, 2011

MAJLIS MESRA PEMIMPIN BERSAMA VETERAN








20 JAN 2011-Majlis Pemimpin Bersama Veteran telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.

Jumlah keseluruhan peserta veteran dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus ialah 436 orang yang terdiri daripada 33 cawangan DUN Tepoh, 23 cawangan DUN Bukit Tunggal, 31 cawangan DUN Teluk Pasu dan 22 cawangan DUN Seberang Takir.

Seramai 20 veteran dari 4 DUN menerima anugerah Jasamu Dikenang dan penganugerahan mereka disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Penerima anugerah menerima hadiah berupa wang ,barangan dan bunga beserta sijil. Manakala penerima bantuan khas kerusi roda adalah seramai 8 orang dari 4 DUN.

Kehadiran Y.B Dato' Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit TunggalY.B Ahmad Razif bin Abdul Rahman ADUN Seberang Takir , Y.B Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, ADUN Tepoh dan ADUN Telok Pasu, Y.B Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato' Mohd Said, Pengerusi Veteran UMNO Kuala Nerus, YM Haji Syed Muhammad bin Syed Idrus, Pengerusi Veteran UMNO Perhubungan Negeri Terengganu iaitu Dato’ Haji Yahya bin Hashim dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Tuan Haji Roshali bin Taha telah memeriahkan lagi majlis yang berprestij ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Veteran Kuala Nerus iaitu YM Haji Syed Muhammad bin Syed Idrus. Dalam ucapan, beliau memohon pihak APMT negeri seorang anggota APMT yang mahir dalam ICT untuk membantu dalam program veteran akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana memberi bantuan khas kerusi roda kepada 8 orang veteran dalam Parlimen Kuala Nerus. Semangat kecintaan UMNO, Dato’ Nasir menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus bermula tahun 1989. Tanpa sokongan APMT dan kerjasama sayap-sayap parti, program ini tidak mungkin akan dilaksanakan dengan jayanya. Turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Naib Censelor UMT kerana memberi peluang kepada penganjur bagi menjalankan program ini. Veteran UMNO adalah kelompak yang tidak pernah diabaikan oleh UMNO Kuala Nerus kerana tanpa mereka siapalah kita yang sekarang ini. Adalah wajar veteran UMNO mendekati parti kerana terlalu banyak pengalaman mereka dalam perjuangan UMNO. Dato’ Nasir merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur APMT Negeri karana berjaya meletakan acara ini sebagai sesuatu yang penting dalam lipatan sejarah parti dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan APMT kerana dapat menganjurkan program pemimpin bersama veteran dapat dijalankan. Terima kasih di atas sokongan ini kerana dapat mengembalikan nostalgia perjuangan UMNO. Tujuan program ini adalah satu majlis keraian dan pengiktirafan kepada warga veteran yang banyak memberi jasa kepada parti UMNO. Warga veteran UMNO tidak mudah dilupakan dan pihak kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjaga kebajikan warga veteran di Negeri Terengganu sebaik mungkin kerana tanpa mereka siapa kami. Harapan saya kepada generasi muda, hormatilah dan kenangilah jasa-jasa mereka. YAB Menteri Besar mengucapkan ucapakan terima kasih kepada APMT Negeri, Majlis Veteran Negeri Terengganu dan Majlis Veteran UMNO Kuala Nerus serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, YB-YB ADUN, PPDUN Bukit Tunggal dan juga sayap-sayap parti dalam menjayakan program ini.

Majlis berakhir pada jam 12.30 dan anggaran kehadiran hampir 1000 orang.




KUALA NERUS HARI INI

Saturday, January 15, 2011

PROGRAM BBQ PEMUDA & PUTERI BERSAMA PEMIMPIN

GONG SENTOL - 12 Jan 2011- Program ini telah diadakan di Pondok KRT Gong Sentol bermula jam 9 malam bersempena meraikan pemuda puteri yang telah lama tidak berjumpa secara dekat dengan pucuk pimpinan. Kaedah program ini adalah dengan mengadakan tayangan video dari pihak Biro Tatanegara sambil menjamu selera bersama pemimpin teratas. Kehadiran amat memuaskan dengan anggaran lebih dari 200 orang termasuk semua peringkat dalam cawangan Dusun, Banggol Limau dan Gong Sentol.

Pucuk pimpinan yang datang pada program tersebut adalah YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Tuan Haji Apli bin Yusof Ketua Pemuda Kuala Nerus, Puan Aida binti Azam Ketua Puteri Kuala Nerus dan Tuan Haji Ismail bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Juga turut hadir To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhammad Yusof isteri Ketua Bahagian merangkap Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal dan Hajah Salbi bin Abdul Aziz, isteri PPD.

Dato’ Ketua Bahagian memberi ucapan yang amat menaikkan semangat pemuda pemudi dan antara ucapan beliau…cara beginilah kita dapat menguatkan lagi semangat perjuangan kita…dan bukan mudah untuk menyatukan pejuang-pejuang UMNO melainkan mengadakan program seperti ini. Beliau berharap kekuatan parti kita akan bertambah gah dan berjaya tawan kembali DUN Bukit Tunggal, Insya-Allah…

Program ini telah berakhir pada jam 12.00 malam .


KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS GEMPUR NKRA - PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH

Gelagat penerima bantuan pakaian sekolah

Ucaptama oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus

PESANAN...PPD ketika berucap


SOKONGAN...Barisan Pengerusi JKKK yang meluangkan masa menghadiri majlis


BUKIT TUNGGAL-14 JAN - Majlis Gempur NKRA PenyampaianBantuan Sekolah diadakan di Dewan SivikBukit Tunggal pada jam 2.30 petang. Jumlah keseluruhan penerima bantuan pakaian sekolah adalah seramai 119 orang iaitu 80 pelajar sekolah menengah dan 39 pelajar sekolah rendah yang mana terdiri daripada 3 buah sekolah dalam DUN Bukit Tunggal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh.

Pegawai yang turut hadir dalam program ini ialah Hajah Faizah binti Ali, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

Ucapan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik mengatakan penerima bantuan ini adalah bukan terdiri daripada ahli UMNO sahaja malah separuh dari penerima merupakan orang pas. Pelbagai bantuan barisan nasional telah menyalurkan kepada warga miskin yang betul-betul layak. Kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan barisan nasional di atas keprihatinan terhadap rakyat.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Beliau mengatakan program ini merupakan salah satu program barisan nasional yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program seperti ini tidak mengira parti kerana kerajaan dan pemimpin bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada rakyat yang layak menerima. Pemimpin setempat merupakan peranan penting dalam menilai yang mana layak dan tidak layak menerima bantuan.

Semasa pemerintahan kerajaan PAS, bermacam-macam janji telah ditaburkan kepada rakyat contohnya jika sekiranya parti itu dapat menguasai pemerintahan, setiap rakyat yang layak akan diberikan bantuan sebuah motosikal dan menjamin memberi seorang isteri kepada rakyat yang hendak berumahtangga.

YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri menyarankan agar kita sebagai rakyat perlu membuka minda untuk menilai masa kini dan pada masa akan datang. Semenjak tahun 2008, wakil rakyat tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat contohnya dalam membaiki rumah. Akan tetapi Pegawai Pembangunan DUN telah banyak memberi bantuan kepada rakyat dan kita perlu sedar bahawa kerajaan barisan nasional tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

KUALA NERUS HARI INI

Sunday, January 9, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR AS-SYURA 1432H/2011


8 Januari 2011, bertempat di Dataran Permata Kampung Baru telah berlangsung Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Dun Seberang Takir anjuran Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir bersama APMT. Seramai 22 UMNO cawangan termasuk PERTIS, PERKEP, KEMAS, BAKAT, PDRM dan KAWAT. Dalam majlis yang sama YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan bantuan persekolahan melalui Program Akhiri Zaman Miskin (AZAM) peringkat Dun Seberang Takir.

Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Penolong Pengarah APMT, Encik Latif Awang dan Penghulu Mukim, Encik Abdul Manan.

Johan Pertandingan Assyura dimenangi oleh UMNO Cawangan Kg Baru. Naib Johan dimenangi oleh Taman Murni Permai dan tempat ketiga pula oleh Kg Seberang Takir. Manakala Kampung Kubang Badak dan Taman Perumahan Telaga Daing hanya mendapat hadiah saguhati. Sementara itu, semua penyertaan diberikan sebuah cenderahati.




Penolong Pengarah APMT, Encik Abdul Latif Awang menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut


Para tetamu menjamu selera di Perkarangan Pusat Khidmat Dun, Seberang Takir




YB Haji Ahmad Razif turut bersama-sama mengacau bubur Syura












Seberang Takir HARI INI

Friday, January 7, 2011

PROGRAM 1000 MAWAR SEMANGAT MERAH JAMBU

Majlis Perasmian

SEMANGAT...Ketika Lagu Negaraku dinyanyikan

Tetamu istimewa turut hadir memberi sokongan padu majlis bermakna ini.

Sambutan luar jangkaan

Barisan peserta Ratu Kebaya.

PULAU DUYONG - 07 JAN 2011- Program Semarak 1000 Mawar telah diadakan di Dewan Sivik Pulau Duyong pada jam 2.30 petang bersempena menyahut cabaran bahawa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus masih mampu berdikari. Jumlah keahlian baru dalam Kuala Nerus adalah seramai 640 orang yang mana setiap cawangan mencari 5 orang ahli baru. Setiap ahli yang hadir menerima sekuntum bunga mawar bagi menyemarakan lagi semangat gelombang pink. Anggaran kehadiran ahli puteri yang hadir pada majlis tersebut adalah 1000 orang.

Kehadiran 3 wakil rakyat dan seorang PPD menyemarakan lagi majlis ini….YB Ustaz Haji Ramli bin Mohd Noh ADUN Tepoh, YB Datuk Abdul Rahin bin Mohd Said ADUN Teluk Pasu, YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman ADUN Seberang Takir dan Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri, Ketua Penerangan Puteri Malaysia, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Ketua Pemuda dan Wanita Bahagian Kuala Nerus.

Kemeriahan majlis ini telah menggamit keriuhan dengan mengadakan pertandingan ratu kebaya yang terdiri daripada puteri-puteri di setiap DUN. Dan pembahagian kuntuman mawar merah jambu kepada ahli baru dan jemputan yang hadir.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus, Puan Aida binti Azam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Puteri Malaysia kerana sudi meluangkan masa dengan ahli-ahli baru dalam Kuala Nerus. Kempen keahlian telah di jalan di peringkat cawangan-cawangan sempena persediaan pilihanraya ke-13 akan datang. Bagi menyempurnakan program ini….kempen keahlian selama 2 minggu telah berjaya mengutip 640 orang ahli dalam Kuala Nerus. Walau apa pun cabaran dan tohmahan yang akan dialami tetapi puteri kental mengharunginya demi memenagi pilihanraya ke 13 nanti. Laungan “HIDUP UMNO, HIDUP PUTERI” telah membangkitkan lagi semagat puteri Kuala Nerus.

YB Dato’ Ketua dengan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya mengadakan program yang sebegitu gah dan luar jangkaan. Rasa bersyukur dan bertuah kerana Ketua Puteri Malaysia sudi datang ke Kuala Nerus. Puteri Kuala Nerus benyak mengadakan program di peringkat DUN, Peti Undi dan Cawangan sekali pun. Puteri perlu terus kehadapan..melangkah demi melangkah bagi perjuangan ini…dengan harapan adanya pengundi-pengundi baru seramai 3800 orang menyebelahi pihak kita. Mereka inilah menentukan kepimpinan akan datang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kemungkinan tidak dipimpin dengan betul. Tahniah sekali lagi di atas kejayaan ini.

Ketua Puteri Malaysia mengatakan gelombang pink pada hari ini mampu menguatkan parti… Senario politik kini berbeza dengan yang lepas, kini banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa mengharunginya…dengan pertubuhan parti-parti lain.

Keahlian baru adalah nadi kepada kekuatan dan kemantapan puteri…puteri bersedia mambantu parti dengan membawa sekuntum mawar yang memberi maksud melahirkan puteri yang berkualiti dan unggul dalam parti. Pucuk pimpinan meletakkan harapan yang tinggi kepada puteri mahupun pemuda kerana mereka adalah glongan muda yang akan mengfalsafahkan perjuangan ini.

Ahli puteri perlu menjaga tingkah laku, peradaban bagi menunjukkan puteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan mampu melakukan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahniah kepada Puteri Kuala Nerus kerana mendapat tempat ke-2 dalam Negeri Terengganu iaitu mencatat 5600 ahli baru. Saranan YB Datuk Rosnah, kita perlu memastikan ahli-ahli baru ini agar memangkah Barisan Nasional, Insya-Allah. Diakhir kata YB Datuk Rosnah melaungkan slogan “PUTERI PEJUANG WANITA MUDA”.

Majlis ini berakhir dengan lancaran sejambak bunga mawar dengan diiringi oleh YB Dato’ Mohd Nasir, Ketua Pergerakan Puteri Negeri dan Ketua Pergerakan Puteri Kuala Nerus.



KUALA NERUS HARI INI

Sunday, January 2, 2011

PENYERAHAN 'SITE OFFICE' INAI KIARA & PENYAMPAIAN BANTUAN NELAYAN

31 Disember 2010,telah berlangsung Majlis Penyerahan 'Site Office" Inai Kiara Tok Jembal di Pantai Tok Jembal dan penyampaian bantuan nelayan dalam Dun Seberang Takir. Dalam majlis tersebut, YB Haji Ahmad Razif menyampaikan bantuan berupa barangan dapur dan wang sebanyak RM100 kepada 300 nelayan tulen. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban nelayan di musim tengkujuh ini. YB Ahmad Razif menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan dan berharap para nelayan dalam Dun Seberang Takir berusaha gigih untuk meningkatkan pendapatan dalam keluarga. Turut hadir isteri YB Ahmad Razif, Hajah Halina Zakaria.





YB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman menyampaikan bantuan barang untuk musim tengkujuh kepada seorang nelayan dalam Dun Seberang Takir








KUALA NERUS HARI INI

Saturday, January 1, 2011

SAMBUTAN TAHUN BARU 2011 BERSAMA MENTERI BESAR

KETELUSAN...Dato' Seri ketika menyampaikan amanat berharga buat warga Terengganu.

SUNTIKAN KATA...Haji Shamsuddin Sulong selaku pengerusi majlis lantang
bersuara mengeluarkan kata-kata semangat kepada hadirin.

TAHNIAH... Banner penghargaan atas perlantikan MB selaku
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu

1 JAN 2011 - Pada tarikh ini, ketibaan Menteri Besar, Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said bersama isteri Y.Bhg Toh Puan Norliza binti Mahmud pulang dari London di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira jam 10.15 pagi disambut dengan gembira oleh rakyat untuk meraikan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang diumumkan pada 27 Disember tahun lalu.

Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan yang dicipta oleh enam wira anak Terengganu yang membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat Malaysia 4 berkesudahan Indonesia 2 pada 29 Disember tahun lalu. Beliau melahirkan rasa bangga pasukan negara sudah membuktikan Malaysia mampu bersaing di persada antarabangsa.

Dalam ucapan, beliau mengumumkan setiap pemain bola sepak Terengganu akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000 dan sebidang tanah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan negeri di atas kesungguhan anak-anak kelahiran Terengganu mengharumkan nama Malaysia. Beliau berharap imbuhan ini dapat menyuntik semangat kesukanan di kalangan bakat muda negeri ini untuk memberi persembahan terbaik sekaligus mewakili negara pada masa akan datang.

Mereka yang menerima penghargaan itu adalah pemain Terengganu Mohamad Ashari Shamsuddin dan Mohd Sarvinee Allawee Ramli, Norshahrul Idlan Talaha ( Kelantan ) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.

Beliau juga meluahkan rasa terharu dan bangga di atas kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

Bersempena itu, beliau mengumumkan warga rakyat Terengganu diberikan cuti pada hari Ahad. Beliau juga mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan berharap tahun 2011 akan lebih baik dari tahun 2010.

KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...