Wednesday, March 24, 2010

Kursus Bakti Remaja 2010 bermula


SEBERANG TAKIR 22 MAC – Seramai 135 remaja berumur 21 tahun ke atas telah menyertai Kursus Bakti Remaja kumpulan pertama tahun 2010 di Agro Resort, Setiu terdiri daripada 22 cawangan di dalam DUN Seberang Takir yang bermula 22 sehingga 24 Mac 2010.

Para peserta yang terpilih menunggu bas di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir untuk dibawa ke Kem kursus. Menyedari kehadiran peserta yang bercampur dari pelbagai kampung, Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN Seberang Takir (PEMUDA) bersama Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat DUN Seberang Takir (APMT) telah meminta semua peserta yang terlibat mendaftarkan diri di meja urusetia supaya ianya nampak lebih tersusun dan dapat mengesan peserta yang tidak hadir.

Penyertaan peserta kursus ini dipilih sebanyak 30 peratus daripada semua permohonan dari seluruh DUN Seberang Takir. Menurut Pengerusi PEMUDA, Encik Ahmad Nidzam, 34, kursus yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam sebegini akan dilakukan sebanyak 5 kumpulan berlainan pada tahun 2010. Kesan yang baik diharapkan dapat dicapai oleh setiap peserta yang menyertai kursus begini, katanya lagi.

Kursus kali ini akan dirasmikan oleh ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu pada 23 Mac 2010 jam 11.00 pagi di Dewan Agro Resort yang diiringi Pengerusi dan Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Dun Seberang Takir.

warga emas dibawa melawat TTI


SEBERANG TAKIR 20 MAC - Seramai 120 warga emas dalam DUN Seberang Takir daripada 22 cawangan telah dibawa melawat ke Taman Tamadun Islam (TTI)di Pulau Wan Man dengan menyusuri sungai menggunakan bot dari Jeti Penambang Seberang Takir.

Program Sepetang bersama warga emas tersebut adalah pertama kali dianjurkan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir. Beliau yang baru pulang dari tugas rasmi Kerajaan Terengganu di Surabaya, Indonesia turut mengiringi peserta bersama pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat DUN Seberang Takir.

Menurut Ahmad Razif, Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan Warga Emas yang sehingga kini tidak berpeluang ke TTI untuk mengunjunginya. Selain itu, program ini memberikan ruang kepada peserta melihat lebih dekat kehebatan yang ada di sini termasuklah bersolat Asar berjemaah diMasjid Kristal.

Seorang peserta, Che Ngah Abd Rahman, 75, merasa amat terharu dan tidak menduga YB Razif akan membawanya ke Taman Tamadun Islam ini. “ Mujur ada pihak yang sudi membawa ke sini. Jika mengharapkan kudrat yang ada, memang tidak sampai Mak Cik ke sini”, tambahnya lagi.

BAKTI REMAJA 2010 BERMULA




KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, March 9, 2010

LANSKAP MENARIK MENANTI KUNJUNGAN MB


TEKUN... Yusof Abdullah ( berbaju biru lengan kuning ) memantau pekerja menyiapkan lanskap di hadapan Cafe Marang Village Resort & Spa.

MARANG 9 Mac - Syarikat Harapan Maju Nurseri Enterprise ( HMNE ) telah membekalkan pokok semusim kepada Marang Village Resort & Spa sempena lawatan Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu bagi merasmikan Kursus Kewartawanan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) siri ke 3 pada 10 Mac 2010.

Penyelia Projek, Yusof Abdullah,45, menyatakan pihaknya membekalkan sebanyak 2000 anak pokok pelbagai jenis warna dengan bantuan sebelas orang pekerja bagi mengindahkan lagi lanskap yang sedia ada.

Berbekalkan pengalaman menyelia lanskap selama tiga tahun telah membantu beliau menyiapkan kerja-kerja yang diarahkan hanya dalam tempoh satu hari.

Pokok semusim dipilih kerana penjagaannya mudah, cantik dan kos yang murah menjadi pilihan pemilik resort.

Selain kerja-kerja lanskap resort, HMNE juga membekalkan pokok hiasan kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta.



KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...