Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS JAMUAN RAKYAT ERATKAN SILATURRAHIM









25 Jun - Pengkalan Arang- Majlis Jamuan Rakyat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal telah di adakan di Masjid Pengkalan Arang selepas solat Jumaat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.B Haji Mohd Nasir bin tan Sri Ibrahim Fikri, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pengerusi JKKK, anggota APMT dan penduduk berdekatan.

Jamuan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan di antara pemimpin dengan rakyat.





KUALA NERUS HARI INI

Friday, June 25, 2010

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PUSINGAN TO' PUAN HAJAH SABARIAH BINTI DATO' HAJI MUHAMMAD YUSOF KALI KE 4




BUKIT TUNGGAL - 25 JUN - Parlimen Kuala Nerus berjaya menganjurkan Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Piala Pusingan To'Puan Hajah Sabariah Binti Dato' Haji Muhammad Yusof Kali ke 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal pada jam 4.00 petang.


Majlis ini lebih meriah dengan kehadiran Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Kuala Nerus dan isteri To' Puan Hajah Sabariah, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri, Y.B Ustaz Haji Ramli bin Nuh ADUN Tepoh dan isteri, Tuan Haji Apli bin Yusof merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Kuala Nerus, Puan Khatijah binti Awang merangkap Ketua Pergerakkan Wanita Kuala Nerus, Pengerusi JKKK, kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, kakitangan anggota APMT dan penduduk setempat.


Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan bola jaring ini. Keputusan rasmi pertandingan bola jaring ini adalah mengikut 3 peringkat utama iaitu peringkat sekolah rendah, remaja dan terbuka. Sebanyak 4 kategori hadiah dipertandingan iaitu johan, naib johan, tempat ke tiga dan ke empat. Selain itu penghargaan turut diberikan kepada pasukan terbaik, pengurus pasukan terbaik dan pemain terbaik.


Johan bagi peringkat sekolah rendah dengan hadiahnya wang tunai sebanyak RM500, piala dan trofi setiap seorang menjadi milik Sekolah Kebangsaan Gong Badak menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Padang Air dengan menduduki tempat kedua dengan hadiahnya wang tunai sebanyak RM400, berserta piala dan trofi. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh dengan membawa pulang wang RM3oo, trofi berserta piala. Tempat ke empat pula menjadi milik Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah dengan hadiahnya wang sebanyak RM200, trofi dan piala.


Bagi peringkat remaja pula, pasukan Gemuruh NC menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan bola jaring sehingga berjaya menduduki tempat johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM600, piala dan trofi. Pasukan V Club memperolehi kedudukan naib johan dengan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM500, piala dan trofi. Pasukan Star NC mendapat tempat ketiga dan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal mendapat tempat ke empat dengan masing-masing membawa pulang wang RM400 dan RM300 berserta piala dan trofi.


Johan peringkat terbuka petandingan kali ini menjadi milik G Team dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak Rm1000, trofi dan piala. Pasukan Gemuroh akur pada kekalahan perlawanan sengit dengan pasukan G Team dalam merebut kejuaraan berjaya menduduki tempat naib johan dengan mendapat hadiah RM800, trofi dan piala. Pasukan Lady Jazz dan PERKED mendapat tempat ketiga dan keempat dengan membawa pulang hadiah wang RM 600 dan RM400 berserta trofi dan piala.


Hadiah cabutan bertuah turut diberikan kepada 50 nama yang hadir.

Piala Pusingan Bola Jaring To' Puan Sabariah diserahkan kepada DUN Seberang Takir sebagai tuan rumah untuk mengadakan pertandingan kejohanan bola jaring pada masa akan datang memandangkan ianya telah diadakan di DUN Tepoh pada tahun lepas dan DUN Bukit Tunggal pada tarikh ini.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin Untuk Keselamatan Saudara di Gaza









GONG KIJANG -24 JUN - Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah menganjurkan Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Surah Yasin di Surau Haji Noh yang letaknya berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.
Bacaan surah Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohammad bin Embong.
Majlis dihadiri oleh Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal, Encik Hasnuddin bin Hashim, Pengerusi JKKK Gong Kijang merangkap Pengerusi Penerangan DUN Bukit Tunggal, Ustaz Abdul Rahman bin Salleh, anggota APMT dan 50 orang penduduk kampung.

Objektif program ini adalah sebagai usaha membawa penduduk setempat turut sama memberi sokongan padu akan keselamatan dan kepedulian rakyat Islam di Gaza. Program ini turut menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, June 22, 2010

PROGRAM DUDUK BERSILA - MAJLIS TAHLIL


Batu Enam 21 Jun - Sekali lagi program duduk bersila anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) iaitu Majlis Tahlil diadakan di Kampung Batu Enam selepas solat Isyak.


Pihak APMT memberi sedikit sumbangan kewangan bagi membantu keluarga arwah Raja Ahmad untuk melaksanakan Majlis Tahlil ke atas arwah yang meninggal pada 11 Jun 2010.


Turut hadir Pengerusi JKKK Batu Enam, Encik Abdul Aziz bin Haji Ali, Pegawai Parlimen APMT Kuala Nerus, En Afillah Mohd, anggota APMT dan penduduk sekitar kawasan yang mengenali keluarga arwah.


Keluarga arwah melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan dan sumbangan APMT yang dapat membantu mereka dalam membuat majlis tersebut.



KUALA NERUS HARI INI

Saturday, June 19, 2010

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK) KINI DI FELDA BELARA

Add Image
Perasmian....Y.B. Haji Mohammad Ramli Nuh semasa perasmian

KUALA NERUS 19 JUN, Majlis perasmian penutup hari terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan karnival sukan Felda Belara dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli bin Nuh, Adun Tepoh. Majlis yang diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Belara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) dan pegawai daripada Felda Pantai Timur. Bermula jam 9 pagi pelbagai acara karnival sukan diadakan untuk penduduk dan berakhir pada sebelah petang dengan majlis penyampaian hadiah.


Baru...Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang baru dibuka untuk penduduk


Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan projek Kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Prkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.


Ucapan yang disampaikan oleh Y.B. Haji Mohammad Ramli Nuh

Melalui PJK, penduduk tempatan berpeluang mendapatkan latihan ICT secara percuma terutamanya latihan mengenai penggunaan internet termasuk aplikasi e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang yang telah disediakan. Selain itu, penduduk berpeluang mengunakan perkhidmatan lain seperti internet, computer, mencetak, fotokopi, dan laminate dengan harga berpatutan.

Adun Tepoh, YB Muhammad Ramli bin Nuh berharap, penduduk di Felda Belara dan kawasan sekitar Felda dapat menggunakan perkhidmatan ini sebaik-baiknya kerana pelbagai ilmu bermanfaat akan diperolehi. Selain itu, Beliau menyeru kepada semua golongan agar belajar mengunakan kemudahan yang disediakan supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi terkini. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai karnival sukan tersebut.


Antara acara sukaneka yang berlangsung

Pelbagai acara Karnival Sukan diadakan pada sebelah petang seperti mewarna menggunakan komputer bagi kanak-kanak, Sepak Takraw, Bola Tampar, pertandingan Wau, dan lain-lain. Menariknya, Semua golongan peringkat umur terlibat dalam karnival ini bagi memeriahkan majlis tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, Shadam Lokman, 20 berkata, Dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti ini (PJK), penduduk berpeluang belajar mengunakan perkhidmatan dan latihan yang disediakan. Dengan kemudahan internet, pelbagai urusan boleh dilakukan seperti penbayaran bil-bil, urusniaga, dan belajar mencari maklumat penting.

Tuesday, June 15, 2010

Kelas Komputer Sempena Cuti Sekolah




Sempena cuti persekolahan penggal kedua 2010, Bestari.com telah menganjurkan kelas komputer kepada pelajar-pelajar sekolah menengah setiap petang di Pusat Bestari.com Seberang Takir.

Program yang mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan dengan Pusat Bestari.com telah mendorong kelas diadakan beberapa siri.

Salahudin Noh, Guru Kelas Komputer, memaklumkan bahawa setiap sesi dihadkan kepada 10 orang pelajar sahaja kerana mengikut bilangan komputer. Ini akan memberikan keselesaan kepada para pelajar untuk mengendalikan komputer berkenaan. Proses pengajaran kelas tersebut dibantu oleh Pegawai Teknikalnya, Yusmadi Jusoh.

Pelajar yang menghadiri kursus selama 9 jam setiap siri akan dianugerahkan sijil penyertaan oleh pihak Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu ( UPMN ). Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Microsoft Office - Words, Excell, Power Point dan Front Page.

Pihak Bestari.com juga turut menganjurkan Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer, Pelayaran Internet dan Blog kepada Warga Emas, Dewasa, Lepasan SPM dan Pelajar Menengah serta Rendah.

KUALA NERUS HARI INI


Sunday, June 13, 2010

Ceramah Perdana UMNO DUN Seberang Takir






KUALA NERUS HARI INI

Satu Ceramah Perdana telah diadakan di Taman Permint Perdana, DUN Seberang Takir pada 9 Jun 2010 yang lalu. Ceramah yang dirancang adalah bagi menjawab isu-isu yang disebarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutama PAS dianjurkan oleh Penerangan UMNO DUN Seberang Takir.

Barisan penceramah pada malam itu adalah YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman - ADUN Seberang Takir merangkap ahli EXCO Terengganu, Datuk Alwi Che Ahmad - ADUN Kok Lanas merangkap Ketua Pembangkang DUN Kelantan dan Encik Muhd Zahid Md Arip - Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Kehadiran melebihi 500 orang pada malam itu menambahkan semangat kepada penceramah untuk berucap.

Pertandingan Wau Peringkat DUN Seberang Takir



KUALA NERUS HARI INI
Pelbagai gaya dan kreativiti yang ditunjukkan oleh peserta Pertandingan Wau Peringkat DUN Seberang Takir. Suasana yang meriah diserikan lagi oleh kehadiran YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir merangkap Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang sebagai perasmi dan penyampai hadiah kepada pemenang.

Pameran Wau Sobek dan Demontrasi Helikopter Kawalan Jauh turut menarik perhatian orang ramai ke tapak pertandingan.

Saturday, June 12, 2010

Pertandingan Wau Meriah



Gong Kijang - 12 Jun - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Wau Terbuka Anjuran Kelab Wau Gong Kijang telah berlangsung di Padang Sekolah Menengah Bukit Tunggal pada jam 6.30 petang.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik bagi menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang menang dlm pertandingan ini.
Seramai 1080 orang peserta yang menyertai pertandingan yang berlangsung pada 4, 5,6, 11 dan 12 Jun 2o1o.

Tempat johan menjadi milik En Awi bin Idris dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM600. Manakala naik johan berupa wang tunai Rm400 dan telah dimenangi oleh En Azman bin Mohd. Tempat ketiga berupa wang tunai sebanyak Rm250 telah menjadi milik En Nawi bin Ngah. Hadiah tempat keempat bernilai RM150, tempat kelima RM100 dan 50 hamper turut disediakan kepada peserta yang hadir sebagai tanda ingatan atas penyertaan dalam pertandingan ini.
KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS PENYERAHAN WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN ( WPP ) PTPTN



12 JUN - Majlis Penyerahan Wang Pengdahuluan Pembiayaan anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah diadakan di Pejabat Parlimen Kuala Nerus.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk menerima wang pendahuluan. Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada ibubapa yang meluangkan sedikit masa untuk menghadiri bersama anak-anak mereka.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibubapa berkenaan kos pembelajaran ke institusi pengajian tinggi anak-anak mereka. Kehidupan pada hari ini sangat mudah kerana adanya bantuan kerajaan iaitu Biasiswa Terengganu, Biasiswa MARA dan Biasiswa 1 Malaysia khususnya untuk pelajar yang cemerlang.




KUALA NERUS HARI INI








Majlis Kejohanan Bola Jaring




BUKIT TUNGGAL - 11 Jun - Parlimen Kuala Nerus menganjurkan program Kejohanan Bola Jaring Piala Pusingan To' Puan Hajah Sabariah binti Dato' Haji Muhammad Yusof Kali ke 4 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.
Kompang dibunyikan menandakan ketibaan dif-dif jemputan.
Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh To' Puan Hajah Sabariah binti Dato' Haji Muhammad Yusof.
Seterusnya ucapan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.

Majlis dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus tepat jam 8.30 pagi.

KUALA NERUS HARI INI

Isteri ADUN turut serta Program ' Duduk Bersila ' APMT


SEBERANG TAKIR 10 Jun - Program ' Duduk Bersila ' yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) kawasan DUN Seberang Takir turut disertai oleh Isteri ADUN Seberang Takir, Puan Hajjah Harlina Zakaria di Taman Perumahan Telaga Daing. Program tersebut telah mengumpulkan seramai 56 orang golongan wanita untuk membaca Surah Yaasin dan menghadiahkan bacaan tersebut kepada keluarga Yusof Che Mat yang ditimpa kemalangan jalan raya.

Program anjuran APMT DUN yang sekurang-kurangnya sekali sebulan ini dijalankan tidak terbatas kepada majlis bacaan Yaasin semata-mata. Ianya juga termasuklah membantu di majlis-majlis perkahwinan. Melalui Program ' Duduk Bersila ', pegawai-pegawai APMT DUN akan dapat mendekati penduduk sekitar dan mencatatkan segala permasalahan untuk diajukan kepada ADUN.

Ketua Penyelia APMT DUN biasanya akan berucap dan menerangkan perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri Terengganu. Sambil itu, pegawai-pegawai APMT Pembantu Penyelia akan mengagihkan akhbar Teganukita kepada semua hadirin.


KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...