Tuesday, August 31, 2010

APMT bersama UMNO Kuala Nerus menyambut Ambang Merdeka 2010




KUALA NERUS HARI INI


Sempena menyambut Kemerdekaan negara ke 53, APMT dengan kerjasama UMNO Bahagian Kuala Nerus telah mengadakan Program Ambang Merdeka 2010 yang bertempat di perkarangan Bangunan UMNO Kuala Nerus di Pekan Batu Enam pada 30 Ogos yang lalu.

Program yang julung kali diadakan ini dimulakan dengan tayangan video Hati Malaya 1957 yang dipancarkan pada dinding Bangunan UMNO Bahagian. Sementara itu, pasukan Pemuda Bermotorsikal seramai 400 buah motorsikal telah membawa Jalur Gemilang ke seluruh Parlimen oleh pasukan DUN masing-masing sebelum berhenti di depan bangunan UMNO yang disambut oleh pasukan Puteri UMNO Kuala Nerus. Kehadiran konvoi daripada 4 DUN memberi ruang kepada YB Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus memberikan Ucapan Kemerdekaan kepada hadirin.

Turut hadir di majlis itu adalah YB ADUN Seberang Takir bersama isterinya, YB ADUN Tepoh, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Penolong Pengarah APMT dan semua pemimpin pelbagai lapisan di dalam parlimen Kuala Nerus.

Selepas Doa Selamat dibacakan oleh Haji Abd Rahman Salleh, golongan belia terutamanya melahirkan rasa gembira mereka dengan menyanyikan beberapa buah lagu Patriotik secara beramai-ramai.

berita penuh

Monday, August 30, 2010

Gema Laungan Semangat Suara Rakyat Malaysia Raikan Hari Merdeka Ke 53

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri bersama generasi muda pemangkin masa depan negara bersama-sama menyanyikan lagu patriotik.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA...... Laungan pemimpin-pemimpin yang memacu kemakmuran rakyat dalam kawasan Kuala Nerus.


SEPAKAT... Sama-sama meraikan hari bersejarah yang tidak akan luput dari ingatan.
KUALA NERUS -30 Ogos - Program Penghayatan Ramadhan di Ambang Merdeka anjuran APMT bersama Parlimen Kuala Nerus pada kali ini telah diadakan di Bangunan UMNO Kuala Nerus, Batu Enam.
Suasana sambutan kemerdekaan dimeriahkan dengan kehadiran YB. Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan isteri, ADUN Seberang Takir YB, YB. Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan isteri, ADUN Tepoh YB. Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, dan PPD DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.
Turut hadir, AJK UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO, Pemuda, Puteri dan Wanita, Pengerusi dan AJK JKKK, Ketua Cawangan dan anggota APMT dari Parlimen Kuala Nerus, DUN Bukit Tunggal, DUN Seberang Takir, DUN Telok Pasu dan DUN Tepoh.
Penolong Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik APMT, Encik Mohd Fauzi bin Muda juga tidak ketinggalan turut serta menyambut detik bersejarah ini.
Sementara menanti saat kemerdekaan, barisan pemimpin dan hadirin menonton tayangan filem Hati Malaya yang membawa ingatan akan nostalgia pengorbanan datuk nenek kita dahulu dalam usaha mencetuskan kejayaan mencapai kemerdekaan.
Sambutan kemerdekaan ini dihangatkan lagi dengan ketibaan penglibatan seramai 400 konvoi bermotosikal sambil dari 4 DUN, Bukit Tunggal, Telok Pasu, Seberang Takir dan Tepoh sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Seterusnya, ucapan berharga dari Ahli Parlimen Kuala Nerus menyeru generasi muda harus bersatu dalam usaha mengekalkan kemerdekaan demi kemakmuran negara yang dicintai dari dijajah oleh kuasa asing.
Detik 31 Ogos disambut istimewa penuh meriah dengan laungan merdeka berkali-kali semasa bendera dinaikkan oleh pemimpin-pemimpin. Sejurus kemudian, lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda penghormatan rakyat terhadap Negara.
Bacaan doa kesyukuran dipimpin oleh Ustaz Haji Abdul Rahman bin Salleh.

KUALA NERUS HARI INI

berita penuh

Saturday, August 28, 2010

Agihan Dana Raya Berjalan Lancar



SEBERANG TAKIR HARI INI


Kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak pernah mungkir menunaikan janjinya kepada rakyat Negeri Terengganu sejak 2001 dengan mengagihkan Dana Hari Raya pada setiap tahun. Di DUN Seberang Takir sebanyak 3 siri telah dijalankan pengagihan Dana Raya 2010 ang melibatkan lebih 3000 keluarga.

berita penuh

Thursday, August 19, 2010

Perjumpaan Khas YB ADUN dengan Kepimpinan Peringkat Cawangan



SEBERANG TAKIR HARI INI


Sempena kedatangan Ramadhan pada tahun 2010, YB Hj Ahmad Razif, ADUN Seberang Takir telah mengadakan perjumpaan Khas bersama kepimpinan peringkat semua cawangan di dalam DUN Seberang Takir.Tujuan perjumpaan ini hanyalah untuk beliau dan isteri mengucapkan selamat berpuasa kepada pemimpin akar umbi ini.

Sebagai tanda penghargaan, YB Hj Ahmad Razif telah menyampaikan bekalan kurma kepada semua yang hadir di akhir perjumpaan pada hari tersebut. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Setiausaha Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Encik Alang Ali.

berita penuh

Monday, August 16, 2010

MAJLIS IHYA RAMADHAN 1431H


BUKIT TUNGGAL - 15 OGOS -Majlis Ihya' Ramadhan telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal pada jam 10.15 malam.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal menyampaikan sumbangan berbentuk wang daripada Kerajaan Negeri kepada Masjid dan Surau di kawasan DUN Bukit Tunggal.

Sumbangan ini membantu jawatankuasa Masjid dan Surau untuk mengadakan majlis berbuka puasa rakyat dan program kerohanian dalam bulan Ramadhan mulia ini.







KUALA NERUS HARI INI

berita penuh

MAJLIS BERBUKA PUASA



BATU ENAM- 13 OGOS - Tanggal tarikh ini, Jawatankuasa Surau Tanjung telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal untuk sama-sama meraikan majlis pengisian penuh makna dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

KUALA NERUS HARI INI

berita penuh

Sunday, August 15, 2010

Majlis Tadarus Al Quran dan Ceramah Agama


SEBERANG TAKIR HARI INI


Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Kuala Nerus bersama APMT Dun Seberang Takir telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran dan Ceramah Ugama di Masjid Al Abrar Bukit Tok Beng bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Majlis yang diadakan secara tahunan ini dihadiri seramai 208 orang yang majoritinya adalah kaum perempuan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh YB ADUN Seberang Takir telah mewakilkan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Al Abrar disebabkan YB yang merangkap Ahli Mesyuarat kerajaan Terengganu mempunyai urusan penting dan rasmi kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan-bacaan ayat Al Quran yang diketuai oleh Puan Hajjah Salmah Yusoff, Pegawai APMT DUN Seberang Takir merangkap Pengerusi LKPI Kuala Nerus. Selepas itu hadirin diberikan Ceramah Agama oleh Ustazah Azizah yang dijemput khas dari Yayasan Islam Terengganu. Diakhir majlis, semua hadirin diberikan cenderahati yang disampaikan oleh Pengerusi LKPI, Timbalan Pengerusi Masjid dan Ustazah Azizah.

berita penuh

Saturday, August 14, 2010

Ceramah Perdana Siri Ke 2





SEBERANG TAKIR HARI INI


Siri kedua menampilkan 2 Penceramah hebat iaitu YB Mohd Ezam Mohd Nor dan Ustaz Mohd Kamal Bin Saidin.
YB Ezam banyak mendedahkan siapa sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala Ustaz Kamal Saidin mendedahkan kepincangan PAS dan kedegilan serta putar belit Nik Aziz di dalam pentadbiran teutama negeri Kelantan.

berita penuh

Thursday, August 12, 2010

RAKYAT MISKIN MENERIMA WANG ZAKAT



BERSONGKAK… YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh bersama penerima wang zakat

KUALA NERUS, Seramai 653 orang miskin di kawasan Dun Tepoh menerima wang zakat sebanyak RM 350 bagi setiap keluarga. Majlis penyerahan wang zakat ini diadakan bersama YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Tepuh bersama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu.

BERATUR...penerima wang zakat beratur untuk mengambil duit

Kebanyakkan penerima wang zakat ini adalah daripada golongan warga emas, Ibu Tunggal dan orang kurang upaya yang miskin serta uzur. kebanyakkan penerima tidak dapat bekerja kerana uzur dan tidak mempunyai sumber kewangan tetap. Selain itu juga, para penerima wang zakat ini dipilih berdasarkan latar belakang keluarga dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MAIDAM.

Adun Tepoh, dalam ucapannya, beliau berharap rakyat di negeri Terengganu khususnya perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu meringankan beban rakyat dari segi kewangan dan bantuan-bantuan lain. Dalam pada itu, beliau juga amat kecewa dengan sesetengah pihak dan rakyat yang terus menyalahkan kerajaan serta menuduh tanpa membuka mata. Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada penerima bersama dengan pihak MAIDAM.

MENUNGGU...penerima wang zakat menunggu giliran masing-masing

Endut Mamat, 81 salah seorang penerima wang zakat sangat terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan serta MAIDAM kerana terpilih menerima sumbangan ini. Beliau yang telah kematian suami sejak beberapa tahun lalu hidup dalam serba kekurangan dan keadaannya yang uzur.

Sebelum ini penerima wang zakat menerima RM 200 setiap keluarga, Tetapi bermula tahun ini Kerajaan dengan prihatin telah menambah lagi kepada RM 350 bagi setiap keluarga. Oleh itu hanya penerima-penerima yang layak sahaja patut menerima wang kerana ini adalah duit zakat yang dikeluarkan oleh orang islam dan segala syarat-syarat telah disediakan oleh pihak MAIDAM.

berita penuh

e-BOOK UNTUK ANAK TERENGGANU

BERSONGKOK……YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh menyampaikan e-BOOK kepada pelajar- pelajar Sekolah rendah di Dun Tepoh.

KUALA NERUS, Majlis penyerahan e-BOOK kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah di dalam Dun Tepoh telah dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Seramai 1160 orang pelajar sekolah rendah terlibat dengan penyerahan e-book tersebut.

PASANGAN KEMBAR...gembira menerima e-book

Sebanyak 12 buah Sekolah Rendah di Dun Tepoh terlibat dengan penyerahan e-BOOK bagi pelajar tahun 5. Setiap pelajar yang menerima e-BOOK ini akan memulakan pembelajaran melalui sistem yang telah disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Pelajar akan didedahkan bagaimana kaedah menggunakan e-BOOK ini di sekolah dan guru yang terlibat akan membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar berkenaan.

BERATUR...pelajar menungggu untuk menerima e-book

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Ariffin Bin Haji Embong. Beliau berkata, Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak, dengan adanya e-BOOK ini, pelajar harus diberi tunjuk ajar dan harus menggunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Selain itu, beliau amat berbangga dengan kerajaan Negeri Terengganu kerana menyediakan sistem pembelajaran yang canggih.

Zaa’aid Mat Amin, 47 salah seorang bapa kepada pelajar yang menerima e-BOOK ini berkata, Beliau akan memastikan anaknya menggunakan untuk tujuaan yang berfaedah dan untuk belajar, Selain itu, beliau melihat sistem pembelajaran ini akan memberi kesan yang baik kepada pelajar.

berita penuh

PADANG FUTSAL BARU UNTUK PENDUDUK TEMPATAN

Padang Futsal baru dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh

KUALA NERUS, Penduduk kampung di Gong Sekolah, Mengabang Telipot menikmati satu lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan iaitu sebuah Padang Futsal kepada penduduk tempatan. Padang Futsal tersebut dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh di pusat Komuniti Gong Sekolah.

Dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Sebuah padang Futsal disediakan kerana penduduk di sini begitu aktif dengan pergerakan Belia 4B. Padang Futsal ini di bina berhampiran dengan Pusat Komuniti Gong Sekolah bagi memudahkan orang ramai menggunakan kemudahan yang disediakan, Selain itu Pusat Kominiti ini adalah tempat utama bagi penduduk di sini.


YB mencuba membuat tendangan bola ke gawang pintu gol

Dengan adanya Padang Futsal ini, Penduduk boleh bersukan dan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, Ini adalah langkah kerajaan dan Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu untuk menghindari remaja hari ini daripada terjebak dengan perkara yang tidak sihat dan tidak berfaedah seperti merempit dan penyalahgunaan dadah.

Bagi memeriahkan majlis perasmian, Gerakan Belia 4B Cawangan Gong Sekolah dan JKKK Wakaf Tengah menganjurkan Kejohanan Futsal untuk penduduk. Sementara itu, YB Haji Muhammad Ramli Nuh berharap, penduduk tempatan di sini dapat menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-baiknya kerana beliau mahu melihat golongan belia terutamanya tidak terlibat dengan masalah sosial dan aktiviti yang tidak berfaedah.


Sesi bergambar bersama pasukan Gong Sekolah

Azmi Abdullah 29, salah seorang penduduk berkata, dengan adanya padang Futsal ini penduduk boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dan penduduk tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke tempat lain yang agak jauh dari kampung mereka.


berita penuh

Wednesday, August 11, 2010

Program Bakti Remaja 2010


SEBERANG TAKIR HARI INI


Pada tahun ini merupakan kali pertama Penyelaras Pemuda UMNO DUN Seberang Takir melaksanakan Program Bakti Remaja secara serentak dan besar-besaran.

Peserta kali ini adalah seramai 2300 orang. Mereka akan menerima RM200 setiap orang di akhir program.

Sebelum Perasmian yang dilakukan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman, para peserta diberikan ceramah berkenaan isu-isu terkini oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Nor Adam.

berita penuh

Zakat MAIDAM DUN Seberang Takir 2010



KUALA NERUS HARI INI


Seramai 672 orang menerima Zakat dari pihak MAIDAM pada kali ini.

berita penuh

Wednesday, August 4, 2010

LAWATAN MUHIBBAH GURU-GURU AGAMA KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Dalam Kapal Cruise

Barisan urus setia APMT bagi program lawatan ini


CANGGIH...Peserta di beri pendedahan menaiki pengangkutan harian orang-orang awam di Kuala Lumpur yang tidak terdapat di kampung

KHUSYUK ...Ustaz dan Ustazah mendengar penerangan dari Puan Normah, pemandu pelancong



Barisan peserta-peserta lawatan dari DUN Bukit Tunggal dan DUN Seberang Takir bergambar kenangan

KUALA NERUS HARI INI

berita penuh