Tuesday, November 30, 2010

SEMINAR ASNB DISAMBUT BAIK


Minat...Peserta diberikan penerangan berkenaan ASNB
di Pusat Khidmat DUN Seberang Takir.


Serbu... Peserta mendaftarkan nama untuk membuka pelaburan bersama ASNB

SEBERANG TAKIR HARI INI

KAMPUNG BAHARU, 30 NOVEMBER- Seramai 104 peserta hadir ke Seminar Penerangan Pelaburan ASNB di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir. Seminar ini adalah kerjasama antara pihak ASNB dan Penyelaras DUN Seberang Takir.

Disebabkan sambutan yang baik dari peserta, pihak ASNB akan mengadakan sekali lagi program yang sama di dalam masa terdekat ini di DUN Seberang Takir.

MASJID AL ABRAR DINILAI


Panel penilai sedag bermesyuarat


Tinjauan Panel Penilai di dalam Masjid Al Abrar


SEBERANG TAKIR HARI INI

BUKIT TOK BENG, 30 NOVEMBER -
Satu jawatan kuasa Panel Penilai Pertandingan Masjid telah melawat di dalam dan luar Masjid Al Abrar sempena Pertandingan Masjid Peringkat Negeri Terengganu 2010.

Kehadiran para Panel yang dijadualkan jam 2 petang telah tertangguh ke jam 6 petang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Setiausaha Masjid Al Abrar, Salleh Long, ini merupakan kali pertama masjid Al Abrar dipilih untuk menyertai Pertandingan Masjid Peringkat Negeri Terengganu.






Saturday, November 27, 2010

Kursus Pemantapan JKKK DUN Seberang Takir





KUALA NERUS HARI INI

Pada 11 November yang lalu telah berlangsung Kursus Pemantapan JKKK DUN Seberang Takir anjuran Penyelaras DUN Seberang Takir bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, APMT, di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seluruh jawatankuasa JKKK di dalam DUN Seberang Takir. Seramai 210 peserta daripada 14 JKKK di dalam DUN Seberang Takir terlibat. Tuan Haji Roshali Tahar selaku Pengarah APMT turut berucap sebelum Perasmian Kursus dilakukan oleh YB Haji Ahmad Razif ( ADUN Seberang Takir ). Manakala Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu merasmikan Penutupan kursus tersebut.

Wednesday, November 24, 2010

PROGRAM GERAK SEPADU CAKNA KOMUNITI





BUKIT TUNGGAL, 20 NOVEMBER 2010 – Program Gerak Sepadu Cakna Komuniti telah diadakan bertempat di Balairaya Kampung Bukit Tok Ris dianjurkan oleh JKKK Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal, Bukit Kandis, Bukit Datu, Taman Perumahan Bukit Tunggal dan Taman Perumahan Bukit Datu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Program ini dihadiri tetamu khas iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan 300 orang penduduk kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, masyarakat yang hadir dapat membuat pemeriksaan secara percuma dan melihat pameran berkenaan dadah sebagai menambah pengetahun dan pendedahan tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah.

Ceramah dimulakan oleh Ashaari bin Khatib Ali iaitu. Beliau banyak menyentuh isu gegala sosial yang kerap berlaku sekarang seperti dadah, buang anak dan rempit. Dan juga berkongsi pengalaman kaedah dalam memberi didikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin Nik. Dalam ucapan, beliau menasihati ibubapa memberi didikan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak sejak kecil lagi agar dapat menangani masalah gejala sosial yang kian berleluasa bak kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Program bermakna ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pihak APMT turut memberi sumbangan dan menyampaikan cenderahati berupa gula dan susu kepada setiap peserta yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir gembira dengan program yang diadakan.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat dan mewujudkan amalan ramah mesra diantara satu sama lain.


KUALA NERUS HARI INI

Monday, November 22, 2010

MAJLIS KORBAN PERDANA 2010

Pada 18 November 2010,satu Majlis Korban Perdana telah diadakan di Perkarangan Al-Abrar, Bukit Tok Beng. Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan di Dun Seberang Takir. Sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut dan diagihkan kepada 22 cawangan dalam Dun Seberang Takir.














































KUALA NERUS HARI INI






























Saturday, November 20, 2010

MAJLIS GRADUASI KANAK-KANAK TADIKA DUN SEB TAKIR

15 November 2010,YB Haji Ahmad Razif Haji Abd Rahman telah merasmikan Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tadika Dun Seberang Takir yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Majlis berlangsung jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh para ibubapa kanak-kanak,dan guru-guru.

Kanak-kanak Tadika menyambut kedatangan YB Haji Ahmad Razif Haji Abd Rahman

Ucapan perasmian dan amanat kepada para graduasi dan jemputan

YB Haji Ahmad Razif menyampaikan sijil kepada graduasi Tadika

YB Haji Ahmad Razif Haji Abd Rahman menyampaikan cenderahati kepada guru yang terlibat dalam program tersebut.


KUALA NERUS HARI INI

Sunday, November 14, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan


11 November 2010-Bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, satu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 telah berlangsung dengan meriah. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh ibubapa dan para guru. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YG Dipertua PIGB Sk. Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu YB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abd Rahman (ADUN Seberang Takir) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.


Hari yang sama,YB Haji Ahmad Razif Bin Haji Abdul Rahman juga telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang 2010. Dalam majlis yang sama, YB Haji Ahmad Razif turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar yang cemerlang dan cenderamata kepada para guru.

YB Haji Ahmad Razif Haji Abd Rahman menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir

Penyampaian cenderamata kepada guru oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.



Para tetamu yang terdiri dari ibubapa hadir memeriahkan majlis

Ucapan Perasmian oleh YB Haji Ahmad Razif Haji Abd Rahman di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang

Penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang

Turut kelihatan dalam gambar, isteri YB Haji Ahmad Razif Puan Hajah Halina Zakaria yang turut hadir di majlis tersebut




























KUALA NERUS HARI INI

Majlis Solat Hajat Perdana SPM & STPM 2010

Pada 4 November 2010,satu Solat Hajat Perdana sempena Peperiksaan SPM dan STPM 2010 Peringkat DUN Seberang Takir telah diadakan di Masjid Al Abrar Bukit Tok Beng. Majlis bermula dengan solat Magrib berjemaah seterusnya solat hajat dan bacaan Yaasin.

Majlis Solat Hajat ini dihadiri oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Hajah Halina Zakaria. Majlis turut dihadiri oleh ibubapa para pelajar,guru-guru,penduduk setempat dan anggota APMT.

Bacaan Yaasin secara berjemaah selepas Solat Hajat






























KUALA NERUS HARI INI














Saturday, November 13, 2010

MAJLIS ANUGERAH KELUARGA MITHALI


PULAU DUYONG, 13 NOVEMBER - Majlis Anugerah Keluarga Mithali “ 1 Keluarga, 1 Kegemilangan” telah diadakan bertempat di Dewan Cindai Riyaz Heritage Bay, Pulau Duyong yang dianjurkan oleh Parlimen Kuala Nerus dan YPK.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan Y.B Ustaz Haji Ramli bin Mohamad Noh ADUN Tepoh.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.30 malam dimulakan dengan acara makan malam sambil dihidangkan persembahan marhaban.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Y.B Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Beliau menegaskan ibu bapa memainkan peranan penting memberi sokongan padu dalam proses mendidik anak mereka agar dapat mewujudkan generasi yang baik dan berkualiti. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan negeri Terengganu dapat mengekalkan rekod kedudukan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Saranan YB Dato’kepada kerajaan adalah memperkasakan bahasa jawi sebagai subjek efektif agar subjek ini dapat diikuti generasi muda dan tidak dilupakan oleh dek perarusan zaman.

Program ini melibatkan 3 buah DUN iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh. Anugerah yang diraih oleh peserta dari DUN Bukit Tunggal iaitu 3 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Manakala DUN Teluk Pasu memenangi 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. DUN Tepoh terdiri dari 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Kategori cemerlang mendapat sijil bersama wang tunai RM 300.00, keluarga gemilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 500.00 dan keluarga terbilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 1000.00.

Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Bukit Tunggal turut tidak ketinggalan menghargai atas kemenangan peserta dengan menghadiahkan 7 hamper kepada keluarga yang terpilih yang datangnya dari kawasan DUN Bukit Tunggal.

Bagi kategori keluarga terbilang DUN Bukit Tunggal dimenangi oleh Tuan Haji Harun bin Abd Ghani yang mempunyai anak seramai 14 orang, DUN Teluk Pasu dimenangi oleh Encik Mohamad bin Omar mempunyai 4 orang anak berkelulusan master di luar Negara dan DUN Tepoh dimenangi oleh Encik Yusof bin Ali dengan bilangan anak seramai 10 orang.


KUALA NERUS HARI INI

Wednesday, November 3, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN TERTUTUP BADMINTON PULAU DUYONG

PULAU DUYONG -31 OKTOBER - Pihak Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulau Duyung telah menganjurkan permainan batminton secara tertutup bertempat di Dewan Sivik Pulau Duyung.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik,Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan para pemuda yang mempunyai semangat perjuangan dan juga dapat membendung budaya yang kurang sihat di samping mengelak para pemuda terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini
KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...