Wednesday, September 21, 2011

Kemeriahan Sambutan Hari Raya

17 September 2011 - Sambutan Hari Raya Peringkat Dun Seberang Takir mendapat sambutan yang amat meriah dari penduduk sekitar. Jamuan yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang dihadiri lebih kurang 15 ribu jemputan. Sambutan yang begitu mengejutkan ini membuktikan sokongan rakyat yang begitu hebat terhadap YB ADUN.

Majlis yang dijayakan bersama Terengganu.fm itu turut bersiaran secara langsung melalui stesen radio negeri Terengganu. Celoteh Pok De Raja Lawak dan Long yang mengemudi acara dipentas turut mencuit hati para pengunjung. Turut menghiburkan pengunjung pada hari tersebut adalah artis Sony Music, Anis Suraya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Yahya Katib dan semua Wakil Rakyat di dalam Parlimen Kuala Nerus.







KUALA NERUS HARI INI

Wednesday, September 14, 2011

Calon UPSR dikunjungi Exco Pelajaran Negeri

13 September 2011 - Exco Pelajaran Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd. Rahman telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang ( SKTK ) untuk meninjau para pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ini.

Kunjungan tidak formal itu telah membakar semangat calon-calon UPSR di sekolah berkenaan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan awam tersebut. Ahmad Razif turut mengetuai bacaan doa yang diaminkan oleh semua calon yang terlibat.

Alang Ali, 58, Guru Penolong Kanan di SKTK menyatakan bahawa beliau begitu terharu di atas lawatan Exco tersebut sambil menyifatkan tindakan itu menunjukkan keprihatinan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pendidikan bermula dari awal.




KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...