Thursday, June 30, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM PEMUDA DUN BUKIT TUNGGAL BERSAMA PPD DUN BUKIT TUNGGAL



14 Jun - Teluk Ketapang- Majlis Makan Malam bersama Pemuda DUN Bukit Tunggal telah dihadiri oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bersama isteri, Ybhg Tuan Haji Apli bin Jusoh Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus, Jawatankuasa Pengurusan DUN dan Ketua-ketua Pemuda CawangaN.

Seterusnya, ucapan daripada YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Beliau mengharapkan agar Ketua-ketua Pemuda sentiasa bekerjasama antara satu sama lain kerana dengan hubungan yang erat dapat memantapkan lagi kekuatan Parti UMNO .PPD juga berharap Ketua-ketua Pemuda lebih memainkan peranan masing-masing dicawangan mereka,kecaknaan ketua –ketua pemuda pada anak buah hendaklah sentiasa berterusan bagi memastikan kekuatan sokongan pemuda-pemuda pada Pilihanraya yang ke-13 nanti.Beliau juga mengingatkan kerjasama antara Ketua Pemuda dengan Ketua Cawangan,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan Pengerusi JKKK hendaklah sentiasa bersama dalam apa jua aktviti dan program samada dalam Cawangan atau dalam Dun.


Akhir ucapan PPD mengingatkan kepada semua agar sentiasa memainkan peranan di setiap cawangan masing-masing menangkis segala isu-isu,tohmahan dan cerita-cerita yang tidak benar yang disebarkan oleh Parti Pembangkang.Terima kasih sekali lagi pada semua yang hadir.

KUALA NERUS HARI INI

berita penuh