Wednesday, April 27, 2011

MAJLIS BACA YASIN BERSAMA APMT


PENGKALAN ARANG - 23 APRIL - Program duduk bersila iaitu dengan Majlis Baca Surah Yasin dan Tahlil anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Kampung Pak Katak, Peti Undi Pengkalan Arang pada 23 April 2011 jam 9 pagi.

Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 60 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama mendoakan ke atas arwah Azizah binti Awang yang merupakan Ketua Wanita Cawangan Pak Katak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Dalam ucapan, beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau meluahkan rasa terima kasih dan gembira melihat kehadiran ramai yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada program ini.

Suami arwah, Rashid bin Awang meluahkan rasa terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan mengadakan majlis baca yasin dan tahlil untuk arwah isterinya yang meninggal dunia ketika tidur. Beliau juga menyatakan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan untuk mengadakan majlis ini memandangkan beliau mempunyai pendapatan yang rendah.

Majlis keagamaan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan sangat baik.


KUALA NERUS HARI INI

Monday, April 18, 2011

Perasmian Taman Rekreasi, Tebing Tinggi Seberang takir

18 April 2011- YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman telah merasmikan Taman Rekreasi Di Tebing Tinggi, Seberang Takir. Seramai lebih 200 orang ramai hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Taman Rekreasi Tebing Tinggi dilihat dapat menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya mereka yang berminat dengan alam semulajadi kerana kawasan ini kaya dengan hidupan semulajadi seperti tumbuhan paya bakau, ketam dan spesis ikan paya bakau.







KUALA NERUS HARI INI

Saturday, April 16, 2011

BESCOM TOUR DUN SEBERANG TAKIR

Seberang Takir - Unit Pemprosesan Maklumat Negeri Terengganu telah menganjurkan BesCom Tour Peringkat DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Kg Baru pada 8 April yang lalu. Pelbagai acara berkaitan komputer dipertandingkan seperti Pertandingan Menaip Cepat warga emas, Pertandingan mencipta Slide dan mewarna bagi kanak-kanak.


Program setengah hari tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Seberang Takir yang juga merangkap Ahli Exco Terengganu, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau turut meluangkan masa bersama peserta dan orang ramai yang hadir sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dianjurkan.





KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, April 12, 2011

Program Anak Angkat


Ketibaan YB disambut meriah oleh penduduk Kampung dan wakil daripada UMT.



YB Haji Ahmad Razif beramah mesra dengan salah seorang keluarga penerima anak angkat di Balai raya Kubang Badak.






Seramai 59 pelajar UMT telah diserahkan kepada 29 keluarga angkat dari dua buah kampung; Kampung Tok Jembal dan Kampung Kubang Badak. Majlis penyerahan anak angkat disampaikan oleh YB Haji Razif Abd Rahman. Majlis berlangsung dengan meriah di Balai raya Kubang Badak pada 7 April 2011. Majlis berlangsung jam 4.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Dalam majlis yang sama, YB Haji Ahmad Razif berharap program ini dapat menyuntik semangat kepada anak-anak yang masih dibangku sekolah untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan kakak dan abang angkat sebagai idola untuk melangkah ke menara gading.


KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS BACA YASIN DAN CERAMAH BERSAMA APMT





BUKIT TUNGGAL- 5 April 2011 - Program Duduk Bersila siri ke empat iaitu Majlis Baca Surah Yasin dan Sambutan Hari Lahir anggota Kelas Agama Bina Ihsan anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Surau Seberang Baruh, Bukit Tunggal pada jam 3 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Penceramah jemputan Ustazah Zainab binti Mohd mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak APMT atas sumbangan yang diberikan. Beliau menyeru semua yang hadir mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama dalam mengekalkan kehidupan yang harmoni.

Dalam ucapan Puan Hajah Khatijah pula, beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau juga menyarankan kepada wanita yang hadir sentiasa memberi suntikan semangat dan galakan kepada belia muda remaja menyertai program yang dianjurkan agar masa yang terluang terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka.

Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 80 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama. Anggota APMT turut hadir ke majlis ini.


Majlis keagamaan sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan amat menggalakkan.KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS TEMU MESRA DENGAN PENGARAH APMT




KUALA NERUS HARI INI

LAWATAN ANUGERAH APMT KE LANGKAWI






KUALA NERUS HARI INI

Saturday, April 2, 2011

MB LAWAT MANGSA BANJIR


Ketibaan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

Seramai 80 orang mangsa banjir melibatkan 18 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tok Jembal akibat banjir yang melanda Taman Murni Permai, Tok Jembal kali ke2 pada 28 Mac 2011.



MB melawat kuanter pendaftaran mangsa banjir.



Dato' Seri Haji Ahmad bin Said melihat makanan yang disediakan untuk mangsa banjir di kantin Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.

KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...