Tuesday, June 21, 2011

Forum Peranan NGO's Dirancang

SEBERANG TAKIR HARI INI

Menyedari bahawa betapa pentingnya pengetahuan bagi menghadapi isu-isu semasa yang ditimbul kebanyakkannya oleh pihak parti pembangkang maka sebuah forum dirangka oleh Biro Pengundi Luar dan NGO's untuk memberi penerangan kepada rakyat khususnya penduduk di Parlimen Kuala Nerus pada 1 Julai 2011 bermula jam 2 petang.

Penganjuran kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) bakal dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

Forum Peranan NGO's ini akan dibarisi oleh panel-panel terkenal dan semuanya adalah bekas pemimpin dan 'Orang Kuat' parti pembangkang di Malaysia. Mereka adalah YB Dato' Zulkifli Nordin, YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor dan YB N.Gobalakrishnan. Manakala perjalanan Forum pula akan dimoderatori oleh Ustaz Kamaruddin Omar iaitu penasihat agama Islam Menteri Besar Terengganu.

Dewan yang berkapasiti besar tersebut diharapkan dapat menarik orang ramai untuk bersama mendapatkan info-info terkini daripada panel jemputan.

Abd Rahman Bakar ( baju hitam ) berbincang sesuatu tentang Forum Peranan NGO's.


No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...