Wednesday, December 29, 2010

KRT Menganjur Pertandingan Mengail


Tahniah... Pemenang ( tengah ) menerima hadiah daripada Pengerusi JKKK (berkopiah) sambil diperhatikan oleh Pengerusi KRT Kubang Badak.



Asyik.. Para peserta tekun mengail.
SEBERANG TAKIR HARI INI

Sempena cuti sekolah di akhir tahun 2010, KRT Kubang Badak telah menganjurkan Pertandingan Mengail Ikan Air Tawar di tali air Kampung Kubang Badak. Pertandingan yang pertama kali diadakan itu telah disertai oleh seramai 68 orang penduduk Kampung tersebut.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Haji Abdullah Abd Rahman, Pengerusi JKKK Kampung Kubang Badak di Surau Kampung Kubang Badak.

Sunday, December 26, 2010

SUKAN RAKYAT DUN BUKIT TUNGGAL 2010









Bukit Tunggal,24 Dis 2010 - Pihak Penyelaras DUN Bukit Tunggal bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu menganjurkan program Sukan Rakyat DUN 2010 bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal pada tarikh ini.

Pendaftaran peserta bermula jam 7.30 pagi. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kira-kira lebih 1000 orang menghadiri program ini. Setiap acara pertandingan adalah mengikut peti undi iaitu Batu Enam, Pengkalan Arang, Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal A, Bukit Tunggal B, Pulau-pulau A dan Pulau-pulau B.

Sebanyak 34 acara dipertandingkan adalah mengikut beberapa kategori iaitu veteran, pemuda, wanita, puteri, berpasangan, kanak-kanak dan tadika. Acara untuk kategori iaitu susun tin, golek buah nyor, lari dalam guni dan lastik tin. Untuk wanita, acara kukur kelapa, teropoh gergasi, emak cari anak, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Bagi kategori puteri, ada 6 acara iaitu kukur kelapa, teropoh gergasi, belon air, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Empat acara kategori pemuda iaitu teropoh gergasi, lastik tin, kaki hantu dan belon air. Acara untuk kanak-kanak turut diadakan seperti berebut kerusi,tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, makan biskut dan isi air dalam botol. Acara mewarna, berebut kerusi dan isi air dalam botol untuk tadika. Bagi acara berpasangan iaitu sambut belon air dan koyok dan kukur nyor. Terdapat 3 acara bagi kategori terbuka iaitu tarik tali, bola beracun dan futsal kain.

Pada sebelah pagi, Pegawai Pembangunan DUN dan isteri hadir melihat aksi-aksi semangat rakyat yang menyertai acara sukan rakyat.

Permainan sukan rakyat disambung pada jam 2.30 petang bagi memberi laluan peserta menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam mengerjakan solat jumaat dan solat zohor.

Tepat jam 5 petang, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat APMT, Encik A. Latif bin Awang tiba menyaksikan perlawanan acara sukan rakyat yang sedang berlangsung.

Acara terakhir tarik tali kategori terbuka lelaki dan wanita menutup tirai sukan rakyat DUN pada jam 6 petang.

Pada jam 6 petang, majlis ucapan sukan rakyat dimulakan dan dipengerusikan oleh Pegawai Penyelia Parlimen APMT iaitu En Afillah bin Mohd.

Ucapan kata alu-aluan dimulakan oleh Penolong Pengarah APMT, En Latif bin Awang mewakili Pengarah APMT, Y.Bhg Tuan Haji Roshali bin Taha. Dalam ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan mengadakan program sukan rakyat yang cukup meriah. Beliau rasa teruja dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan antara penyelaras DUN, sayap-sayap UMNO dengan APMT.

Majlis sukan rakyat selamat dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik pada jam 6.45 petang. Dalam ucapan perasmian, beliau merasa sungguh bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta dari semua peti undi. Beliau mengatakan tidak mustahil jika Bukit Tunggal akan dapat dimiliki semula berdasarkan sikap kesatuan jiwa dalam kesukanan pada hari itu. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APMT atas peruntukkan yang diberikan dan mengumumkan acara sukan rakyat akan dijadikan program tahunan.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut acara dimulakan sebaik sahaja perasmian selesai.

Tuesday, December 21, 2010

Kecemerlangan UPSR Dihargai


YB Razif ( Berdiri) menyampaikan ucapan tahniah dan pesanan kepada para pelajar yang cemerlang didalam UPSR 2010.

Beraloi.. YB Razif menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang
UPSR 2010

SEBERANG TAKIR HARI INI

21 Disember - Kecemerlangan UPSR yang diraih oleh para pelajar di dalam DUN Seberang Takir telah diraikan oleh ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Exco Pelajaran Negeri di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir.

Semua Pelajar diberikan Wang Tunai RM100 dan Sijil Penghargaan daripada YB Razif. Turut hadir, semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan di dalam DUN Seberang Takir.

Himpunan Remaja Disambut Baik


Sedia... Peserta Himpunan Remaja bersedia untuk berlepas.




Faedah... Setiap peserta diberikan elaun dan Topi Keledar oleh pihak penganjur.

SEBERANG TAKIR HARI INI

Sempena Pelancaran Kelab Motorsikal Terengganu, satu Himpunan Remaja di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah melibatkan kira-kira 1000 peserta belia daripada DUN Seberang Takir pada 18 Disember 2010 yang lalu.

Peserta berkumpul di Dataran Permata, Kg Baru bermula jam 10.00 pagi dengan mendaftarkan diri kepada Penghulu Mukim. Belia bermotorsikal yang berdaftar dilepaskan ke Lapangan Terbang oleh Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Seberang Takir untuk menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia. Konvoi diiringi oleh Polis Trafik Cawangan Kuala Terengganu yang diketuai oleh Inspektor Zainon.

Sebaik rombongan Perdana Menteri meninggalkan Lapangan Terbang, kumpulan Belia Bermotorsikal Seberang Takir yang berkumpul tadi mengekori sehingga ke Stadium Tertutup dan meletakkan motorsikal masing-masing ditempat yang telah disediakan.

Sebagai imbuhan, setiap peserta yang menyertai konvoi dihadiahkan sebuah topi keledar 1Malaysia dan sedikit elaun wang tunai.

Monday, December 20, 2010

PROGRAM KHATAN DUN SEBERANG TAKIR


Lega... seorang peserta dipimpin bapanya selepas selesai berkhatan.

Ubat... pegawai APMT membekalkan ubatan kepada peserta khatan.

SEBERANG TAKIR HARI INI


Thursday, December 16, 2010

KEGEMILANGAN MALAM ANUGERAH APMT 2010

PENGHARGAAN...Ucapan alu-aluan mesra dari Pengarah APMT
LANCAR...Detik Logo dan Lagu APMT Dirasmikan
BERSALAMAN...PPD turut hadir serikan majlis
MANTAP...Pasukan Koir APMT
MERAKAM MEMORI....Antara peneraju utama APMT dengan pemenang anugerah APMT
Pemenang Anugerah Inovatif APMT
Anugerah DUN kategori Laporan Data Aktiviti dan Isu



Tanggal 14 Disember 2010, satu majlis penuh gilang-gemilang iaitu MALAM ANUGERAH APMT yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu buat pertama kali telah diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.



KUALA NERUS HARI INI

Monday, December 13, 2010

Bakti Siswa UMS di Teluk Ketapang




SEBERANG TAKIR HARI INI

Program Lambaian De’Desa Universiti Malaysia Sabah merupakan program yang dirancang bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan homestay disamping menjalankan program khidmat masyarakat. Selain itu para pelajar didedahkan dengan kaedah pembuatan keropok dan budaya pemakanan masyarakat Terengganu.

Program anjuran UMS dengan kerjasama Homestay Teluk Ketapang ini bermula pada 8 hingga 12 Disember 2010 yang melibatkan 35 pelajar universiti tersebut. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Hj Ahmad Razif Bin Hj Abd Rahman, ADUN Kawasan Seberang Takir, merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Lawatan Cakna Rakyat



12 Disember 2010 – YB. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, ADUN Seberang Takir serta isteri meluangkan masa menziarahi Cikgu Ghazali bin Chik dan isteri yang menghidap penyakit Stroke di Kg Telaga Daing.

YB. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman menyumbangkan sebuah katil boleh laras bagi kemudahan Cikgu Ghazali yang kini dijaga oleh cucu beliau.

Turut menyertai lawatan tersebut adalah Jawatan kuasa JKKK Telaga Daing dan Pegawai Pusat Khidmat DUN Seberang Takir.

Saturday, December 11, 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI



KUALA NERUS HARI INI

BUKIT TUNGGAL, 10 DIS 2010 - Pada tarikh ini, satu Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Dewan Sivik Bukit Tunggal bermula jam 8 pagi. Program ini dianjurkan oleh Penyelaras DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat pada hari tersebut iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri bersama isteri Y. Bhg To' Puan Hajah Sabariah bt Datuk Haji Mohd Yusof, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Y.Bhg Tuan Haji Shamsuddin bin Sulong.

Turut hadir, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, Pemuda, Wanita, Puteri, staf APMT dan ibu bapa kepada 50 peserta serta penduduk yang tinggal berhampiran.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah APMT kerana sudi hadir dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana di atas sambutan penyertaan yang menggalakkan. Beliau juga memaklumkan majlis ini akan selalu diadakan setiap tahun dan ia akan dijadikan acara tahunan di DUN Bukit Tunggal.

Timbalan Pengarah APMT menyarankan perbanyakkan program untuk menyemarakkan semangat kerjasama antara semua pihak demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Dalam ucapan beliau lagi, rakyat harus sedar bahawa kerajaan negeri sangat cakna dan prihatin terhadap masalah rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dari bermula kelahiran hingga berakhir kehidupan.

Majlis seterusnya dirasmikan oleh Ahli Parlimen pada jam 11.00 pagi. Dalam ucapan, beliau meminta semua ketua-ketua cawangan,pengerusi-pengerusi JKKK, ketua-ketua wanita, ketua-ketua puteri dan ketua-ketua pemuda sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program yang dianjurkan oleh DUN dan Parlimen. Sikap kerjasama amat perlu dititikberatkan kerana dengan adanya sikap ini dapat mengukuhkan lagi parti UMNO dikalangan pemimpin-pemimpin setempat.

Di penghujung ucapan, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap program-program seperti ini diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat memupuk semangat kerjasama antara pemimpin dan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program majlis berkhatan.

Selesai majlis perasmian, pemimpin diberi penghargaan menyuap pulut kuning kepada semua peserta-peserta. Peserta-peserta dibawa berarak ke balairaya Tebauk dengan diiringi 2 pasukan Marhaban wanita dari Kg. Bukit Kandis dan Kg. Tebauk.

Majlis bersurai dengan jamuan makan tengahari kepada semua yang hadir. Sambutan majlis berkhatan pada kali ini sangat meriah.


Friday, December 10, 2010

MAJLIS BERKHATAN & BERTINDIK PERDANA 2010


Kanak-kanak yang akan berkhatan disembur dengan air sebagai gimik pada majlis berkenaan

YB Haji Ahmad Razif menepung tawar kanak-kanak yang akan berkhatan

Pertunjukan silat oleh peserta silat dibawah KRT Kampung Baru, Seberang Takir

Perarakan peserta berkhatan dan bertindik diiringi oleh iringan bunga manggar dan paluan kompang
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































KUALA NERUS HARI INI

































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































\
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































SILAT SENI WARISAN BANGSA





BATU ENAM- 7 DIS 2010 - Majlis Perasmian Gelanggang Silat anjuran Persatuan Seni Silat Gerak Keramat ( PSSGK ) telah diadakan bertempat di Kampung Batu Enam berdekatan pasar Pekan Batu Enam baru-baru ini.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik selamat tiba di lokasi pada jam 11 pagi. Turut hadir Datuk Seri Paduka Ayahanda Jaafar ( Presiden Pewaris Malaysia merangkap Presiden PSSGK Malaysia ), Datuk Paduka Ayahanda Ariffin bin Abu Bakar ( Presiden Epanco Malaysia ), En Arman ( Ketua Wira Perkasa), Ayahanda Ibrahim ( Pewaris Kawasan Kuala Nerus ), Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua cawangan dan APMT.

Pegawai Pembangunan DUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan PEWARIS kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan gelanggang silat. Beliau juga mengingatkan orang melayu perlu bangkit bagi mempertahankan hak org melayu dan bersatu dalam menangkis dakwah pihak zionis dan individu-individu yg cuba memecahbelahkan orang melayu dan memganggu hak keistimewaan org melayu.

Beliau juga mengingatkan pertubuhan-pertubuhan NGO perlu memainkan peranan penting agar memberi sokongan yang jitu kepada kerajaan yang memerintah dalam usaha mempertahankan hak keistimewaan orang melayu daripada diganggugugat oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.Tuan Haji Ismail juga mengalu-alukan segala bentuk sokongan, pendapat dan bantuan dari NGO-NGO. Tuan Haji Ismail juga meluluskan bantuan pengurus kepada persatuan ini sebanyak RM1000.00.

KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, December 7, 2010

KECAKNAAN ALAM SEKITAR PERLU DIUTAMAKAN




BATU ENAM, 3 DISEMBER - Program Rakan Alam Sekitar dan Demonstrasi Pembuatan Baja Compos anjuran Parlimen Kuala Nerus bersama Jabatan Alam Sekitar diadakan di Pekan Batu Enam.

Turut hadir Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal Tuan Haji Apli bin Yusof Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Ahli Jawatankuasa UMNO BahagianKuala Nerus, Pengerusi- pengerusi JKKK, Ketua Cawangan, Pemuda, Puteri dan Wanita dan penduduk setempat seramai 200 orang. Sebanyak 100 bungkusan cenderahati diberikan kepada 100 orang tetamu yang terawal datang ke program ini.

Sementara menunggu ketibaan Ahli parlimen, tetamu yang hadir diberi pendedahan cara pembuatan baja kompos.

Majlis perasmian selamat disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Neru

s, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri pada jam 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terbabit dalam menjayakan program ini .Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mengambil maafaat dan ilmu yang didedahkan oleh pakar pembuatan baja dan mengaplikasikan ilmu tersebut di rumah masing-masing. Program kitar semula ini banyak memberi maafaat kepada masyarakat sekeliling.

Beliau juga mengingatkan pertubuhan-pertubuhan NGO juga perlu memainkan peranan penting agar memberi sokongan yg jitu kepada kerajaan yg memerintah dalam usaha kerajaan memjaga alam sekitar daripada tercemar.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan tetamu yang hadir menikmati jamuan bersama pemimpin.


KUALA NERUS HARI INI

KARNIVAL JIRAN WANITA DIADAKAN DALAM HUJAN


Penghargaan... Puan Hajjah Harlina (kiri )menerima cenderahati
daripada Pengarah Perpadua Daerah Kuala Terengganu


Tahniah... Puan Harlina menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Puan Hajjah Harlina merasmikan Majlis Penutup Karnival Jiran Wanita

SEBERANG TAKIR HARI INI

Jabatan Perpaduan Dan Intergriti Nasional Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan Karnival Jiran Wanita KRT Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Pantai Kubang Badak pada 4 Disember 2010 yang lalu dalam keadaan cuaca hujan lebat.

KRT Kubang Badak telah dipilih sebagai tuan rumah dan penganjur bersama karnival berkenaan telah mengendalikan dengan baik semua acara yang berlangsung. Biarpun hujan yang turun lebat pada hari berkenaan tetapi program yang dirancang tetap berjalan tanpa mengendahkan keadaan cuaca.

Puan Hajjah Harlina Zakaria, isteri ADUN Seberang Takir turut merasa bangga terhadap Jiran Wanita yang berjaya melaksanakan program tersebut dan beliau melahirkannya di dalam Ucapan Majlis Penutup. Sebelum itu, beliau menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang acara sukaneka yang dipertandingkan pada hari berkenaan.

Sementara itu, Puan Hajjah Norma Mohd Nor, Pengarah Perpaduan Daerah Kuala Terengganu juga turut hadir di majlis tersebut. Selain Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi JKKK Kubang Badak juga dapat meluangkan masa bersama Jiran Wanita menyertai acara sukaneka.



Monday, December 6, 2010

SURAU BARU TAHUN 2010



KG BUKIT TUNGGAL,04 DIS - Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Yang Berbahagia Tn.Haji Ismail bin Nik hadir meluangkan masa untuk merasmikan surau Wan Yusof ( Surau baru ) tepat jam 11.40 pagi hasil kerjasama antara jawatan kuasa surau, JKKK,ketua cawangan dan jawatan kuasa wanita cawangan.

Dalam ucapan PPD, beliau mengucapkan setinggi penghargaan atas kehadiran penduduk setempat walaupun cuaca hujan ketika itu sangat lebat untuk sama-sama meraikan majlis ini. Beliau juga amat gembira dengan pembinaan surau dan mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga tuan tanah kerana memberi kebenaran mendirikan surau tersebut diatas tanah mereka. Budi mereka hanya Allah jua yang membalasnya. Beliau juga berharap banyak program kemasyarakatan diadakan di kawasan ini.

Beliau mencadangkan pada pihak kontraktor agar berjumpa dengan Do Pejabat Tanah untuk memohon kebenaran tanah bagi pembesaran surau tersebut. Dengan adanya surau ini ianya member kemudahan dan keselesaan penduduk sekitar Bukit Tunggal.

Majlis bersurai pukul 12.30 tengahari dan disediakan makan tengahari untuk semua tetamu yang hadir.

KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...