Friday, April 23, 2010

Jentera Seberang Takir membantu Hulu Selangor


KUALA NERUS HARI INI

22 April - Seramai 84 orang Jentera Pilihan Raya dari DUN Seberang Takir telah membantu berkempen dari rumah ke rumah bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Jentera yang diketuai oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman itu telah datang ke Felda Sueharto, Kuala Selangor dengan menggunakan 3 buah kereta dan 2 buah bas.

Sebelum ini iaitu bermula 16 April 2010 sehingga tarikh membuang undi, DUN Seberang Takir telah menghantar 4 orang pegawai APMT bagi membantu Jentera Pilihan Raya di kawasan tersebut.

Sokongan yang diberikan dari Seberang Takir diharapkan dapat membantu melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan supaya lancar dan berkesan.

Saturday, April 17, 2010



Bot Penambang Seberang Takir akan datang, 30% lagi akan siap.

KUALA NERUS HARI INI

Monday, April 12, 2010

Qari dan Qariah Muda Dinobatkan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu


GEMBIRA...Qari dan Qariah muda berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM2000


PENYERTAAN...Bersama kumpulan nasyid Ar-Raudhah dari DUN Bukit Tunggal yang membuat persembahan


BERGAMBAR KENANGAN..Haji Ismail dan isteri bersama peserta-peserta yang berjaya dari kawasan DUN Bukit Tunggal


KUALA NERUS HARI INI



11 April – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu 1431H/2010 M yang bertemakan “ Wahdah Pemangkin Khaira Ummah” telah berlangsung di perkarangan masjid Wakaf Tembesu, Mukim Kuala Nerus. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Y.Bhg Tuan Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi binti Abdul Aziz.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 4 orang qari dan 4 orang qariah telah bertanding dalam majlis tersebut.
Johan Qari telah dimenangi oleh Encik Ahmad Tarmizi Bin Abd Rahman, peserta dari Kampung Gong Kijang dengan jumlah markah adalah 80.0 %. Manakala Johan Qariah pula dimenangi oleh Cik Nor Jannah Bt Abd Rahman peserta dari Kampung Teluk Ketapang iaitu dengan jumlah markah sebanyak 71.0%. Masing-masing membawa pulang piala beserta wang tunai berjumlah RM 2,000.00.

Naib johan bagi kategori Qari telah dimenangi oleh Mohd Kamaruzaman Bin Daud peserta dari Bandaraya Kuala Terengganu dengan jumlah markah 77.0%. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Manakala, tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Rifin Bin Sulong peserta dari Kampung Gelugor Kedai. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 73.5% dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM800.00. Peserta dari Kampung Pasir, Tepoh iaitu Encik Adnan Bin Yunuh pula memenangi tempat keempat dengan membawa wang tunai berjumlah RM400.00.

Bagi kategori Qariah pula, tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Fatimah Bt Embong, peserta dari Kampung Paya Terung, Tebauk. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 70.5% dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Mankala, peserta tempat ketiga telah dimenangi oleh Puan Rogayah Bt Mohamad dari Kampung Tualang, Manir. Beliau memperolehi markah berjumlah 69.5% dan wang tunai sebanyak RM800.00. Manakala, Puan Hajah Zaiton Bt Haji Mohd Zin iaitu peserta dari Kampung Pasir Panjang pula memenangi tempat keempat. Beliau membawa wang tunai berjumlah RM400.00.

MESRA... Ahmad Razif menyalami peserta kursus.

Kursus Biro Tata Negara kepada Ketua, Timbalan dan Setiausaha UMNO Cawangan di dalam DUN Seberang Takir telah diadakan pada 8 hingga 10 April 2010 di Pantai Cenang, Langkawi.

Kursus ini mengumpulkan seramai 114 orang peserta telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Dato Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus hadir pada hari ke dua bagi merasmikan penutupan kursus tersebut.








KUALA NERUS HARI INI

Sunday, April 11, 2010



SEBERANG TAKIR - 7 April, 6 keluarga golongan PPRT dari Kampung Baru menerima kunci rumah masing-masing dan 12 pemohon tanah kerajaan telah melakukan pengundian tanah lot yang disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurut Ahmad Razif, rumah dan tanah ini adalah satu langkah pihak kerajaan membantu rakyat susah yang selama ini tidak mempunyai hartanah dan menumpang di tanah orang. Usaha ini juga membuktikan bahawa rakyat sentiasa dicakna oleh pihak kerajaan dan berharap agar penganugerahan ini membantu rakyat hidup lebih selesa daripada sebelumnya. Semua peserta yang terlibat diingatkan supaya tidak menjualkan anugerah yang diterima kepada pihak lain.

Kechik Yunus,82, berkata, beliau sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana menganugerahkan rumah tersebut setelah berpuluh tahun menumpang di tanah milik orang.

Sementara itu, tuan tanah yang ditumpangi oleh beberapa keluarga susah berkenaan menarik nafas lega kerana selepas ini beliau akan dapat menguruskan hartanah miliknya dengan lebih bebas.




KUALA NERUS HARI INI

Saturday, April 10, 2010

Wau Tetap di Hati Masyarakat







KUALA NERUS HARI INI


BUKIT TUNGGAL, 9 April – Pertandingan wau bulan naik tertutup peringkat Cawangan Bukit Kandis dengan kerjasama JKKK Bukit Tunggal dan Bukit Kandis telah diadakan di padang Kampung Seberang Baroh, Bukit Tunggal.

Pertandingan yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri, Puan Hajah Salbi bt Abd Aziz.

Pertandingan wau bulan naik telah mengambil masa pertandingan selama dua hari. Sebanyak 220 orang peserta telah memasuki dalam pertandingan tersebut. Seramai 12 orang pengadil telah bertugas pada hari tersebut.

Johan telah dimenangi oleh Encik Shabirun Bin Din dari Kampung Bukit Tunggal. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00. Manakala hadiah tempat kedua dan tempat ketiga pula berjumlah RM100.00 dan RM80.00.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Penulisan dan Bahasa





KUALA NERUS HARI INI

Makan Malam Bersama Pemain Bola Sepak Muhibbah


MESRA... Haji Ismail bersalaman sambil berbual dengan pemain bola sepak










KUALA NERUS HARI INI

Thursday, April 8, 2010

UMNO Dimantapkan Dengan Kursus Biro Tata Negara


UMNO CAWANGAN DIMANTAPKAN DENGAN KURSUS BIRO TATA NEGARA

9 April - Seramai 114 peserta yang tergolong daripada pentadbiran teratas setiap cawangan UMNO di dalam Dewan Undangan Negeri ( DUN ) kawasan Seberang Takir telah melaporkan diri berkursus selama 3 hari 2 malam di Kem Biro Tata Negara, Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Para peserta diseliakan oleh Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat DUN Seberang Takir yang diketuai sendiri oleh Ketua penyelia DUN tersebut.

ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah merasmikan kursus tersebut semalam berkata, kursus ini adalah sebahagian daripada usaha memperkemaskan jentera UMNO agar sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat mukim masing-masing. Beliau yang baru sahaja selesai bersidang di Dewan Undangan Negeri terus bergegas ke Langkawi semata-mata ingin bersama kepimpinan akar umbi seterusnya bermesra dan mendalami masalah yang dihadapi mereka.

Peserta yang terdiri oleh Ketua, Timbalan dan Setiausaha UMNO Cawangan masing-masing merasakan usaha ini merupakan langkah yang terbaik oleh Penyelaras UMNO DUN bagi memantapkan pentadbiran UMNO Cawangan mereka.


KUALA NERUS HARI INI

Wednesday, April 7, 2010

LKPI PRIHATIN KEBAJIKAN





KUALA NERUS HARI INI


KUALA NERUS, 7 April- Mesyuarat Agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Cawangan Kuala Nerus kali ke-17 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bertempat di Dewan LKPI Cawangan Kuala Nerus, Kampung Teluk Ketapang.

Beliau hadir bersama isteri, Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz, tiba di perkarangan majlis kira-kira jam 3.15 minit petang.

Turut hadir ialah Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah, Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof dan Naib Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Wok. Majlis dihadiri juga oleh ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam yang merupakan peserta-peserta dari Kampung Teluk Ketapang, Kampung Banggol Pauh, Kampung Bukit Tunggal dan kawasan sekitar di Kuala Nerus.

Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah mengucapkan tahniah kepada Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof di atas kejayaan mengadakan program-program seperti Majlis Bacaan Yasin, Qiamullail, Sambutan Hari Raya, Kursus Perkahwinan, Majlis Bertindik dan Berkhatan Peringkat Cawangan Kuala Nerus sepanjang tahun 2009.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail Bin Nik menyatakan LKPI adalah sebuah badan sukarela (NGO) yang banyak memberi sumbangan besar dalam program-program kebajikan dan kesukarelaan.

Menurut beliau, empat kategori pesakit kronik yang perlu diberi perhatian khusus oleh badan-badan kebajikan iaitu pesakit jantung berlubang, pesakit terlantar yang tidak dapat membuat sebarang aktiviti kerja, pesakit kanser dan pesakit kronik.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 Juta kepada pesakit-pesakit kronik di bawah peruntukan Tabung Darul Iman.

Beliau yang berjiwa prihatin turut mengingatkan para peserta LKPI agar berkunjung ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN di setiap kawasan masing-masing untuk memohon bantuan kebajikan.

Sunday, April 4, 2010

Juara Rakyat UMNO Kuala Nerus di Felda Belara 2-3 April 2010





KUALA NERUS HARI INI

mesyuarat agong Persatuan Bot Penambang Seberang Takir





KUALA NERUS HARI INI

Kebiasaan YB Razif, ADUN Seberang Takir yang juga merupakan Ahli Exco Terengganu "Masuk Kampung", beliau selalu membawa Isterinya, Puan Hajjah Hanina Zakaria untuk bersama kepimpinan kawasan dan juga Misi ( Jururawat ), melawat sambil memastikan kesihatan rakyat berada di dalam keadaan baik.




KUALA NERUS HARI INI

melawat kandang lembu ternakan




YB Ahmad Razif bersama YAB Dato MB melawat ternakan lembu di Felda Belara.
KUALA NERUS HARI INI

PENGARAH APMT SERU IBU BAPA UTAMAKAN PENDIDIKAN


KHUSYUK...Kelihatan hadirin memberi perhatian mendengar ucapan Pengarah APMT


REAKSI...Kesungguhan Pengarah APMT semasa menyatakan hasrat kerajaan dalam pendidikan



KUALA NERUS HARI INI



BUKIT TUNGGAL-1 April, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Tuan Haji Roshali Bin Taha menasihatkan para ibu bapa agar bersikap positif dalam mendidik anak-anak agar mereka maju dalam pelajaran.

Beliau berucap ketika menghadiri majlis Program Jalinan Mesra Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu,PIBG Bersama Komuniti Dan Cakna Waris OTI 1 2010 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru sekolah tersebut atas kejayaan pencapaian pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 kerana berjaya mencatat kecemerlangan dalam UPSR. Seramai 25 orang pelajar telah berjaya memperolehi 5A.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Sabri dan Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Afillah Bin Mohd, Penolong Kanan sekolah, Puan Hajah Azha Rohana telah mengumumkan bahawa Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah tersebut adalah sebanyak 2.80%.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah mensasarkan 40 orang pelajar UPSR yang akan memperolehi 5A dalam peperiksaan.

Pengarah APMT menyeru para pelajar dan ibu bapa selalu menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kemajuan pelajar dalam pelajaran.

Pada masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan para ibu bapa perlu mengatur strategi pendidikan dan perancangan pembelajaran mengikut tahap kemampuan anak-anak memandangkan setiap anak-anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza.

Selain penglibatan ibu bapa dalam menentukan kejayaan pembelajaran anak-anak, beliau juga berharap agar pihak sekolah meneruskan setiap program yang telah dijalankan demi memastikan kejayaan pelajar terus membangun seiringan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung IImu.

Beliau menyatakan Negeri Terengganu telah menjadi juara keseluruhan dalam pencapaian kecemerlangan UPSR selama sembilan tahun berturut-turut.

Keprihatinan pihak kerajaan dalam memperkenalkan penggunaan e-book di kalangan pelajar tahun 5 dan 6 telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM 50juta dalam pemberian e-book di kalangan pelajar sekolah tahun 5 di negeri ini.

Saturday, April 3, 2010

Program Duduk Bersila Menambat Hati Masyarakat









KUALA NERUS HARI INI


BUKIT TUNGGAL - 30 Mac - Program duduk bersila iaitu membaca surah Yasin dan tahlil anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Kampung Bukit Kandis pada jam 3 petang.

Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang masyarakat sekampung.

Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik iaitu Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz, Pengerusi JKKK Bukit Kandis Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad dan penceramah iaitu Ustaz Abdul Rahman bin Salleh yang juga merupakan Pengerusi JKKK Gong Kijang.

Tuan rumah, Puan Jara binti Chik meluahkan rasa terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan mengadakan majlis untuk suaminya Wan Yahya b Ngah,67, yang sedang sakit.

Thursday, April 1, 2010

Kem Bakti Remaja Mantapkan Jati Diri





KUALA NERUS HARI INI


BUKIT TUNGGAL 22 Mac - Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN bertempat di Kem Tropikal Sekayu pada jam 5 petang.Seramai 144 peserta yang hadir menyertai kem ini.

Dalam ucapan, beliau menekankan matlamat kursus, menyatakan sejarah melayu, tanggungjawab kita pada agama, bangsa dan negara, menekankan perpaduan dan jangan berpecah belang sesama kita.

Beliau berharap agar Pemuda dan puteri dapat memahami semangat cintakan bangsa dan menyarankan penglibatan Pemuda dan puteri dalam Program Kemasyarakatan.

Di akhir ucapan, beliau amat mengalukan kedatangan Pemuda ke Pusat Khidmat Masyarakat bagi menyelesaikan masalah di setiap cawangan.

Program ini mengambil masa selama 3 hari sehingga 24 Mac 2010.




IMAM, BILAL DAN WHISLE BLOWER MELAWAT PUTRAJAYA



SEBERANG TAKIR - 30 Mac, seramai 38 orang peserta dikalangan Imam, Bilal dan Whisle Blower merasa teruja kerana telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) pada 28 hingga 30 Mac 2010. Program ini turut disertai bersama wakil dari DUN Tepoh, Alor Limbat dan Pengkalan Berangan yang menghantar setiap dun sebuah bas.


Para peserta rombongan ini menginap di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur dengan agihan 2 orang peserta menghuni sebuah bilik. Pengagihan seperti ini memberikan keselesaan kepada peserta yang diseliakan oleh pihak Syarikat Pelancongan Hedaco.


Sepanjang tempoh lawatan, peserta dibawa ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Masjid Sultan Zainal Abidin ( Masjid Besi ), Pusat Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) dan Muzium Kesenian Islam. Disamping itu, peserta lawatan juga dibawa menaiki Monorel, Makan Malam di Restoran Nelayan Titiwangsa dan menikmati suasana malam di Bandaraya Kuala Lumpur.


Taklimat pengenalan dan peranan APMT juga disampaikan oleh Penolong Pengarah APMT, Encik Fauzi Muda pada malam pertama. Manakala penerangan berkenaan isu-isu semasa pula disampaikan oleh Biro Tata Negara ( BTN ) dan Yayasan Dakwah Islamiah ( YADIM ) kepada para peserta.


Jadual lawatan yang disusun padat telah menjadikan program ini cukup berkesan tanpa mensiakan masa yang terhad. Pihak APMT dimaklumkan bahawa semua peserta berpuashati sepanjang mengikuti rombongan tersebut.

perasmian balai raya tok jembal dan dialog rakyat




PERASMIAN BALAI RAYA DAN DIALOG RAKYAT


SEBERANG TAKIR – 26 MAC, penduduk di Kampung Tok Jembal memperolehi sebuah Balai Raya baru yang berharga RM200 ribu yang dibuka secara rasmi oleh ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu pada jam 3.30 petang.


Berucap di hadapan 1000 orang yang hadir, Ahmad Razif berharap Balai Raya yang siap dibina ini dapat dijadikan sebagai pusat aktiviti dan digunakan secara optimum oleh penduduk kampung samada JKKK, golongan wanita dan golongan belia. Beliau juga merancang untuk membina gelanggang serba guna bersebelahan bangunan balai raya tersebut.


Sebelum Majlis Perasmian, Jamuan Rakyat turut diadakan kepada penduduk kampung terutama pengundi di Peti Undi Tok Jembal yang melibatkan lapan cawangan UMNO. Kerja-kerja persiapan masakan diserahkan sepenuhnya kepada pihak JKKK Tok Jembal selaku tuan rumah.


Selepas balai raya dirasmikan, disusuli acara dialog diantara penduduk kampung dengan ADUN, Pihak Jabatan Kerja Raya ( JKR ), Jabatan Parit dan Saliran ( JPS ) dan Syarikat Inai Kiara Sdn Bhd. Sessi dialog yang banyak berkisarkan tentang hakisan pantai telah diambil peluang sebaik mungkin oleh penduduk kampung untuk bertanyakan soalan dan mengetahui perancangan pihak jabatan yang terlibat.


Wakil penduduk, Mohd Lazin Abd Wahab, 35, berharap pihak yang bertanggungjawab menyegerakan kerja-kerja membaiki pantai supaya sumber pendapatan penduduk kampung sebagai nelayan tidak berterusan terjejas. Kegagalan pihak terbabit memulihkan pantai akan memberi kesan yang besar kepada pihak kerajaan Terengganu khususnya di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang, katanya lagi.


Segala permasalahan yang timbul sepanjang sesi dialog tersebut dapat diselesaikan secara baik oleh pihak ADUN, JKR, JPS dan INAI KIARA Sdn Bhd sebelum majlis berakhir pada jam 5 petang.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...