Sunday, October 30, 2011

Perkhemahan Membina Sahsiah Diri

BUKIT TUNGGAL - 13 OKTOBER - Satu Majlis Perasmian Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SKBT telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal yang juga merupakan YDP PIBG Sek Keb Bukit Tunggal.

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform yang diadakan di Padanga Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober 2011. Program ini melibatkan anggota Pengkap, Puteri Islam, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Bomba Sekolah (KRS).

Aktiviti perkhemahan yang diadakan adalah merupakan aktiviti tahunan Unit-Unit Beruniform Sek Keb Bukit Tunggal yang disertai oleh murid-murid tahun 6 dan sebahagian murid tahun 5. Perkhemahan ini merupakan satu pendedahan pembentukan sahsiah diri dalam diri murid-murid terutamanhya murid-murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah.

Program perkhemahan ini diharapkan juga dapat memupuk minat serta sifat ingin tahu di kalangan murid-murid terhadap alam sekitar, semangat berdikari, rasa tanggungjawab ke atas keselamatan diri sendiri, rakan, alam sekeliling. Selain itu, dapat menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih, sihat serta dapat meningkatkan motivasi diri di samping bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah swt.


Objektif perkhemahan ini diadakan adalah bagi merangsang murid-murid dengan aktiviti yang boleh membina ketahanan fizikal, mempunyai keyakinan diri, berfikiran kreatif dan inovatif serta berakhlak mulia. Selain itu, dapat melahirkan murid-murid yang dapat berdikari, mampu bersaing dan berdaya maju di samping menyuburkan rohani murid-murid dengan amalan-amalan mulia selaras dengan tuntutan islam.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...