Wednesday, April 18, 2012

PROGRAM CAKNA RAKYAT JASA BERSAMA YB

PRIHATIN.......YB Ustaz Haji Muhammad Ramli bersama dengan salah seorang warga emas yang uzur.

TEPOH, 18 April, Program cakna rakyat daripada pihak JASA telah mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang uzur dan ke rumah warga emas. Turut bersama dengan pihak JASA ialah Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN, iaitu Yb Ustaz Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh. Sebanyak lima buah rumah dari kampung Banggol Binjai, Tepoh telah layak untuk menerima bantuan ini dan program seterusnya akan terus berjalan di setiap JKKK di dalam Dun Tepoh.
Yb bersama dengan salah seorang penerima bantuan yang uzur
Setiap Jawatan Kemajuan Keselamatan Kampung, (JKKK) akan memastikan penduduk uzur yang dan memerlukan bantuan bagi mendapat bantuan dari pihak JASA dan pelbagai badan-badan kerajaan lain. Ini bagi memastikan kebajikan penduduk terus diperolehi dan dapat diagihkan bagi yang layak, Sehubungan dengan itu pelbagai agensi kerajaan lain seperi MAIDAM, JKM dan lain-lain telah menyediakan bantuan bagi yang layak menerima.
CAKNA......YB bersama Ajk JKKK dan Pegawai JASA meluangkan masa dengan salah seorang penerima yang uzur
Ariffin Awang, 4I, Salah seorang penerima bantuan ini bersyukur dan terharu dengan kehadiran pihak JASA dan kunjungan Yb Ustaz Haji Muhammad Ramli ke rumahnya, beliau mengalami penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan lalu dan tidak dapat bekerja. Dalam pada itu, Yb berharap penduduk yang menerima bantuan ini harus bersyukur dengan kerajaan yang ada kerana terus memberi kebajikan pada rakyat khususnya di negeri Terengganu ini. Pihak JASA dengan kerjasama ADUN akan terus melawat ke kampung di dalam Dun Tepoh untuk terus menagihkan bantuan ini.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...