SEBERANG TAKIR HARI INI.
SEBERANG TAKIR-18 November 2013, Rakyat di dalan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Seberang Takir telah menerima Dana Perayaan 2013 yang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Wakil Rakyat Barisan Nasional di Dewan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir di Kg Telaga Daing.
Seramai 3412 orang menerima wang tunai RM300 setiap keluarga yang layak. Kategori Warga Miskin, Ibu/bapa Tunggal, Warga Emas dan Orang Kalainan Upaya diagihkan secara tersusun oleh Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif Abd Rahman bersama Pengerusi JKKK mengikut kawasan masing-masing.
Abd Rahim Muda, 65, penerima di bawah kategori Warga Emas berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan janjinya.
Sambil itu, pemimpin kesayangan rakyat DUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif pula berkata bahawa kelewatan pengagihan dana pada tahun ini adalah disebabkan masalah teknikal yang dipengaruhi oleh Pilihan Raya Umum ke 13 pada Mei 2013. Walaubagaimanapun, Pihak Kerajaan sentiasa komited untuk kebajikan rakyat dan cakna kepada masalah rakyat.
No comments:
Post a Comment