Wednesday, March 24, 2010

Kursus Bakti Remaja 2010 bermula


SEBERANG TAKIR 22 MAC – Seramai 135 remaja berumur 21 tahun ke atas telah menyertai Kursus Bakti Remaja kumpulan pertama tahun 2010 di Agro Resort, Setiu terdiri daripada 22 cawangan di dalam DUN Seberang Takir yang bermula 22 sehingga 24 Mac 2010.

Para peserta yang terpilih menunggu bas di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir untuk dibawa ke Kem kursus. Menyedari kehadiran peserta yang bercampur dari pelbagai kampung, Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN Seberang Takir (PEMUDA) bersama Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat DUN Seberang Takir (APMT) telah meminta semua peserta yang terlibat mendaftarkan diri di meja urusetia supaya ianya nampak lebih tersusun dan dapat mengesan peserta yang tidak hadir.

Penyertaan peserta kursus ini dipilih sebanyak 30 peratus daripada semua permohonan dari seluruh DUN Seberang Takir. Menurut Pengerusi PEMUDA, Encik Ahmad Nidzam, 34, kursus yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam sebegini akan dilakukan sebanyak 5 kumpulan berlainan pada tahun 2010. Kesan yang baik diharapkan dapat dicapai oleh setiap peserta yang menyertai kursus begini, katanya lagi.

Kursus kali ini akan dirasmikan oleh ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu pada 23 Mac 2010 jam 11.00 pagi di Dewan Agro Resort yang diiringi Pengerusi dan Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Dun Seberang Takir.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...