Saturday, May 29, 2010

PERTANDINGAN WAU NAIK TERTUTUP PETI UNDI BUKIT GUNTUNG ANJURAN PEMUDA UMNO DENGAN KERJASAMA JKKK BANGGOL BINJAI.


BERSEDIA…..Para peserta bersedia untuk melepaskan Wau masing-masing

TEPOH 28 Mei, Pertandingan Wau naik tertutup peti undi Bukit Guntung anjuran Pemuda Umno Cawangan dengan kerjasama JKKK Banggol Binjai mendapat sambutan sangat meriah daripada pelbagai golongan usia. Pertandingan ini diadakan selama 2 hari dan disertai lebih 100 orang peserta dengan bilangan Wau hampir 300 biji.

Pertandingan ini diadakan di padang Kampung Banggol Binjai bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Walaupun cuaca begitu panas, para peserta tetap bersemangat untuk menunjukkan kehebatan Wau masing-masing. Setiap peserta diberi masa selama 5 minit untuk menaikkan Wau pada setiap pusingan. Setiap pusingan Wau akan dinaikkan serentak sebanyak 9 biji dan setiap biji Wau akan dijaga oleh pengadil untuk diambil bacaan mata yang tertinggi.


KREATIF....salah seorang peserta pertandingan wau

Hadiah utama yang ditawarkan oleh penganjur juga sangat menarik seperti televisyen, mesin basuh dan banyak lagi barangan elektrik. Selain itu, cabutan nombor bertuah juga disediakan untuk penonton yang hadir bagi memeriahkan lagi pesta Wau tersebut.


DEBARAN.....menunggu nombor cabutan bertuah

Menurut Pengerusi JawatanKuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK),Ibrahim Man berkata, Pertandingan Wau ini akan menjadi salah satu acara tahunan bagi penduduk kampung tersebut. Ini kerana beliau melihat penduduk kampung memberikan kerjasama dan sambutan yang begitu baik daripada semua golongan usia. Dengan adanya Ahli JawatanKuasa Kampung (AJK) dan Pemuda, Segala perjalanan pertandingan tersebut dapat berjalan dengan lancar serta menbantu mejayakan program-program yang akan diadakan pada masa hadapan.


BEREHAT....gelagat peserta menunggu pusingan yang seterusnya

Mohd Firdaus, 23, salah seorang peserta pertandingan Wau, beliau berharap program ini akan diadakan lagi kerana melihat sambutan dan penyertaan daripada penduduk kampung sangat mengalakkan, tambahan pula Wau adalah permainan tradisional masyarakat orang melayu yang harus dipelihara oleh generasi hari ini.

1 comment:

  1. acara yang sangat menarik...aku sangat sangat yang amat suka..

    ReplyDelete

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...