Tuesday, June 1, 2010

MB - HARAP TERENGGANU KEKAL CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN

PULAU DUYONG-1 Jun Berlangsung satu Majlis Penyampaian Ebook Sekolah-sekolah Rendah DUN Bukit Tunggal kepada pelajar sekolah oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato' Haji Ahmad Bin Said, di Dewan Sivik Pulau Duyong bermula jam 3.00 petang. Tiga buah sekolah rendah DUN Bukit Tunggal bertuah mendapat sumbangan ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh dan Sekolah Kebangsaan Duyong. Jumlah pelajar yang menerima sumbangan ebook pada hari tersebut ialah seramai 359 orang.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Tuan Haji Roshali bin Taha, Exco Pelajaran Terengganu, YB Ahmad Razif bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Terengganu, Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, dif-dif jemputan, Unit Komunikasi Negeri Terengganu, JKKK DUN Bukit Tunggal, guru sekolah, Pegawai APMT, pelajar dan ibu bapa pelajar.


HARAPAN...Menteri Besar berharap pelajar Terengganu terus cemerlang dalam peperiksaan penting dalam negara ini.


SALAM...Ketibaan Menteri Besar Terengganu ke Pulau Duyong disambut mesra oleh rakyat.


PENGHARGAAN...Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Bin Said atas kesudian meluangkan masa untuk turun ke DUN Bukit Tunggal untuk menyampaikan sumbangan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Dalam ucapan, beliau menyatakan Negeri Terengganu telah menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain kerana terus unggul dengan pencapaian cemerlang oleh pelajar sekolah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar kerana berjaya menjadikan Terengganu sebagai sebuah Negeri Anjung IImu.

Menteri Besar memaklumkan bahawa sebanyak RM25 Juta telah diperuntukkan untuk pendidikan negeri. Beliau juga turut mengingatkan rakyat agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Selain itu, beliau juga turut menasihati perlu ada usaha dalam memperbetulkan semula pandangan negatif masyarakat tentang sistem pendidikan.

Penggunaan e book kepada pelajar sekolah telah memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak rugi melabur dalam sistem pendidikan. Beliau juga berpesan agar setiap pelajar memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk menjaga e book. Pada masa yang sama, beliau akan turun ke setiap daerah untuk mengadakan roadshow e book bersama guru-guru. Sebanyak RM 2.34 Juta akan diberikan kepada guru-guru sebagai cenderahati kerana telah berjaya mendidik pelajar sehingga berjaya. Di samping itu, beliau juga berpesan agar para pelajar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada masa depan.



SUMBANGAN... Menteri Besar gembira menyampaikan sendiri sumbangan ebook kepada semua pelajar.

Majlis penyampaian e book telah disampaikan oleh YAB Dato’ Ahmad Bin Said dengan diiringi oleh Exco Pelajaran Negeri YB Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Tuan Haji Ariffin Bin Embong, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB. Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri serta Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Y. Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik.

PRIHATIN...Menteri Besar beramah mesra dengan seorang pelajar bertuah.





KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...