Wednesday, November 24, 2010

PROGRAM GERAK SEPADU CAKNA KOMUNITI





BUKIT TUNGGAL, 20 NOVEMBER 2010 – Program Gerak Sepadu Cakna Komuniti telah diadakan bertempat di Balairaya Kampung Bukit Tok Ris dianjurkan oleh JKKK Kampung Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal, Bukit Kandis, Bukit Datu, Taman Perumahan Bukit Tunggal dan Taman Perumahan Bukit Datu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Program ini dihadiri tetamu khas iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan 300 orang penduduk kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, masyarakat yang hadir dapat membuat pemeriksaan secara percuma dan melihat pameran berkenaan dadah sebagai menambah pengetahun dan pendedahan tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah.

Ceramah dimulakan oleh Ashaari bin Khatib Ali iaitu. Beliau banyak menyentuh isu gegala sosial yang kerap berlaku sekarang seperti dadah, buang anak dan rempit. Dan juga berkongsi pengalaman kaedah dalam memberi didikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin Nik. Dalam ucapan, beliau menasihati ibubapa memberi didikan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak sejak kecil lagi agar dapat menangani masalah gejala sosial yang kian berleluasa bak kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Program bermakna ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pihak APMT turut memberi sumbangan dan menyampaikan cenderahati berupa gula dan susu kepada setiap peserta yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir gembira dengan program yang diadakan.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat dan mewujudkan amalan ramah mesra diantara satu sama lain.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...