Saturday, November 13, 2010

MAJLIS ANUGERAH KELUARGA MITHALI


PULAU DUYONG, 13 NOVEMBER - Majlis Anugerah Keluarga Mithali “ 1 Keluarga, 1 Kegemilangan” telah diadakan bertempat di Dewan Cindai Riyaz Heritage Bay, Pulau Duyong yang dianjurkan oleh Parlimen Kuala Nerus dan YPK.

Antara tetamu yang turur hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu Y.B Dato Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Turut mengiringi beliau ialah isteri, To’ Puan Hajah Ruby Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri beliau iaitu Puan Hajah Salbi binti Haji Abdul Aziz dan Y.B Ustaz Haji Ramli bin Mohamad Noh ADUN Tepoh.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.30 malam dimulakan dengan acara makan malam sambil dihidangkan persembahan marhaban.

Acara disusuli dengan ucapan perasmian oleh Y.B Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Beliau menegaskan ibu bapa memainkan peranan penting memberi sokongan padu dalam proses mendidik anak mereka agar dapat mewujudkan generasi yang baik dan berkualiti. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan negeri Terengganu dapat mengekalkan rekod kedudukan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. Saranan YB Dato’kepada kerajaan adalah memperkasakan bahasa jawi sebagai subjek efektif agar subjek ini dapat diikuti generasi muda dan tidak dilupakan oleh dek perarusan zaman.

Program ini melibatkan 3 buah DUN iaitu Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepoh. Anugerah yang diraih oleh peserta dari DUN Bukit Tunggal iaitu 3 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Manakala DUN Teluk Pasu memenangi 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. DUN Tepoh terdiri dari 5 keluarga cemerlang, 3 keluarga gemilang dan 1 keluarga terbilang. Kategori cemerlang mendapat sijil bersama wang tunai RM 300.00, keluarga gemilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 500.00 dan keluarga terbilang mendapat sijil bersama wang tunai RM 1000.00.

Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Bukit Tunggal turut tidak ketinggalan menghargai atas kemenangan peserta dengan menghadiahkan 7 hamper kepada keluarga yang terpilih yang datangnya dari kawasan DUN Bukit Tunggal.

Bagi kategori keluarga terbilang DUN Bukit Tunggal dimenangi oleh Tuan Haji Harun bin Abd Ghani yang mempunyai anak seramai 14 orang, DUN Teluk Pasu dimenangi oleh Encik Mohamad bin Omar mempunyai 4 orang anak berkelulusan master di luar Negara dan DUN Tepoh dimenangi oleh Encik Yusof bin Ali dengan bilangan anak seramai 10 orang.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...