Tuesday, April 12, 2011

MAJLIS BACA YASIN DAN CERAMAH BERSAMA APMT





BUKIT TUNGGAL- 5 April 2011 - Program Duduk Bersila siri ke empat iaitu Majlis Baca Surah Yasin dan Sambutan Hari Lahir anggota Kelas Agama Bina Ihsan anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Surau Seberang Baruh, Bukit Tunggal pada jam 3 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Penceramah jemputan Ustazah Zainab binti Mohd mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak APMT atas sumbangan yang diberikan. Beliau menyeru semua yang hadir mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama dalam mengekalkan kehidupan yang harmoni.

Dalam ucapan Puan Hajah Khatijah pula, beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau juga menyarankan kepada wanita yang hadir sentiasa memberi suntikan semangat dan galakan kepada belia muda remaja menyertai program yang dianjurkan agar masa yang terluang terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka.

Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 80 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama. Anggota APMT turut hadir ke majlis ini.


Majlis keagamaan sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan amat menggalakkan.KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...