Wednesday, April 27, 2011

MAJLIS BACA YASIN BERSAMA APMT


PENGKALAN ARANG - 23 APRIL - Program duduk bersila iaitu dengan Majlis Baca Surah Yasin dan Tahlil anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah diadakan di Kampung Pak Katak, Peti Undi Pengkalan Arang pada 23 April 2011 jam 9 pagi.

Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 60 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama mendoakan ke atas arwah Azizah binti Awang yang merupakan Ketua Wanita Cawangan Pak Katak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Dalam ucapan, beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau meluahkan rasa terima kasih dan gembira melihat kehadiran ramai yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada program ini.

Suami arwah, Rashid bin Awang meluahkan rasa terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan mengadakan majlis baca yasin dan tahlil untuk arwah isterinya yang meninggal dunia ketika tidur. Beliau juga menyatakan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan untuk mengadakan majlis ini memandangkan beliau mempunyai pendapatan yang rendah.

Majlis keagamaan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan sangat baik.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...