Monday, June 20, 2011

FORUM PERDANA "KELUARGA BAHAGIA TRANSFORMASI UMMAH"

SEBERANG TAKIR HARI INI

Pada 9 Jun yang lalu, Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu telah mengadakan sebuah Forum Perdana di Dataran Permata, Kg Baru Seberang Takir.

Forum yang bertajuk "Keluarga Bahagia Transformasi Ummah" telah dikendalikan lancar oleh Tuan Haji Shamsudin Sulong bersama ahli-ahli panel terkenal iaitu Dato' Dr Fadhilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi Tg Mohamad.

Kehadiran penonton yang dijangka melebihi 1000 orang pada majlis tersebut telah dihidangkan dengan penerangan serta tip-tip yang berguna kepada keluarga masing-masing. Penonton yang tidak berganjak sehingga jam 12 malam pada malam itu kelihatan berpuas hati.

Turut hadir adalah ADUN Seberang Takir ,YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi Abd Rahman dan semua Pengerusi JKKK di dalam DUN Seberang Takir.

Dari kiri, Haji Shamsudin, Dr Tg Asmadi dan Dato' Dr Fadhilah Kamsah.

Antara ribuan penonton dan jemputan yang hadir.

Antara Pengerusi-pengerusi JKKK yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...