Monday, June 20, 2011

Program Penggalakkan Sains


SEBERANG TAKIR HARI INI


Selasa, 21 Jun - Sebuah kuiz berbentuk sains telah diadakan di Auditorium Mahyudin, Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) di bawah Program Penggalakkan Sains UMT dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Terengganu.

Turut hadir di Majlis berkenaan adalah Prf Dr Aziz Deraman, Naib Canselor UMT, Profesor Yahya Ibrahim dan Haji Zubir Embong yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri.

YB Ahmad Razif memberikan ucapan Perasmian Program.

Ahmad Razif ( kanan ) menerima cenderahati daripada pihak UMT.


Antara tetamu kehormat yang hadir semasa perasmian program.











No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...