Saturday, October 2, 2010

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN, CERAMAH DAN JAMUAN HARI RAYA





GONG KIJANG, 3 Oktober – Satu Majlis Bacaan Surah Yaasin, Ceramah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran APMT bersama JKKK Gong Kijang telah diadakan bertempat di Balai Khairat Kampung Gong Kijang bermula jam 9.00 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal yang juga merupakan isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik iaitu YBhg. Puan Hajah Salbi Binti Abd Aziz, penceramah jemputan Ustaz Haji Sulong bin Salleh, Pengerusi JKKK Kampung Gong Kijang merangkap Ketua Penerangan DUN, Ustaz Haji Abd Rahman Bin Salleh, Ketua Penyelia APMT DUN Bukit Tunggal, Cik Rahayu Bt Che Ayob dan juga kakitangan-kakitangan APMT DUN Bukit Tunggal.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abd
Rahman Bin Salleh, beliau telah menyatakan bahawa
pada hari ini, ramai golongan alim ulama telah
meninggal dunia. Justeru, beliau menyarankan
agar masyarakat pada hari ini rajin meluangkan masa
menuntut ilmu agama demi mencapai kejayaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Beliau juga
mengingatkan agar setiap lapisan masyarakat
kerap menghadiri kelas-kelas ilmu seperti program
bacaan Surah Yasin dan kelas pengajian Al-Quran
yang dianjurkan oleh setiap kampung.


Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar bertanyakan anak-anak dan saudara mara samaada sudah membuat pendaftaran pemilih baru bagi mereka yang masih belum mendaftarkan diri. Hal ini memandangkan masih ramai lagi masyarakat Melayu yang masih belum mendaftar. Pada masa yang sama, beliau juga berpesan agar masyarakat kita pada hari ini memberi sokongan kepada pemimpin demi mencapai kesejahteraan rakyat.


Dalam majlis yang sama, Y.Bhg Ustaz Haji Sulong bin Salleh turut menyampaikan ucapan. Beliau menyeru agar masyarakat memberi sokongan kepada pemimpin yang telah memberi pertolongan kepada rakyat. Beliau juga mengingatkan orang ramai agar menjaga hubungan baik dengan jiran dan juga saudara yang sama-sama beriman. Di samping itu, beliau juga berpesan agar masyarakat tidak sesekali berhasad dengki di antara satu sama lain kerana sifat tersebut amat dilarang di sisi agama. Tambahan pula, beliau juga menyeru orang ramai agar menuntut Ilmu Munafaat seperti ilmu tauhid, Al- Quran dan hadis serta tidak mengamalkan ilmu yang mudarat seperti ilmu sihir.












KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...