Anak Angkat... Ahmad Razif (berkaca mata) menyerahkan pelajar kepada keluarga angkat.
Seberang Takir, 25 September - Kemeriahan hari raya diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Peringkat DUN Seberang Takir, yang diadakan di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir. Majlis berlangsung bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Seramai lebih kurang 10 ribu tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut.
Selain hidangan makanan yang banyak disediakan, pada masa yang sama seramai 638 pelajar UMT dan UNISZA diserahkan kepada keluarga yang masih belum mempunyai graduan di dalam isi rumahnya. Melalui moto, " Sebuah Rumah Seorang Graduan ", ADUN Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman berharap penyerahan pelajar-pelajar tersebut akan menjadi perangsang kepada adik-adik angkat mereka supaya maju jaya di dalam pelajaran.
Konsep Anak Angkat Selama-lamanya akan menjayakan University Social Responsibility ( USR ) iaitu Tanggungjawab Sosial Universiti oleh pelajar-pelajarnya kepada masyarakat sekitar. Pelajar yang menjadi Kakak serta Abang Angkat ini akan sentiasa menjengok adik-adik angkat mereka dan sekaligus memberikan motivasi yang baik kepada psikologi agar sukakan ilmu pelajaran. Selain itu, anak-anak angkat berkenaan akan menyedarkan adik-adik mereka berkenaan bahaya dan kesan buruk gejala penyalahgunaan dadah.
Para tetamu juga dihiburkan oleh celoteh DJ Long dari stesen radio TFM yang pandai mengusik hadirin. Selain Cabutan Bertuah, acara karaoke kanak-kanak juga dapat menghidupkan suasana kegembiraan dan keharmonian umat Islam di bumi bertuah Malaysia amnya dan Terengganu khususnya.
Tetamu menyerbu gerai minuman
No comments:
Post a Comment