Thursday, January 20, 2011

MAJLIS MESRA PEMIMPIN BERSAMA VETERAN








20 JAN 2011-Majlis Pemimpin Bersama Veteran telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.

Jumlah keseluruhan peserta veteran dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus ialah 436 orang yang terdiri daripada 33 cawangan DUN Tepoh, 23 cawangan DUN Bukit Tunggal, 31 cawangan DUN Teluk Pasu dan 22 cawangan DUN Seberang Takir.

Seramai 20 veteran dari 4 DUN menerima anugerah Jasamu Dikenang dan penganugerahan mereka disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Penerima anugerah menerima hadiah berupa wang ,barangan dan bunga beserta sijil. Manakala penerima bantuan khas kerusi roda adalah seramai 8 orang dari 4 DUN.

Kehadiran Y.B Dato' Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit TunggalY.B Ahmad Razif bin Abdul Rahman ADUN Seberang Takir , Y.B Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, ADUN Tepoh dan ADUN Telok Pasu, Y.B Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato' Mohd Said, Pengerusi Veteran UMNO Kuala Nerus, YM Haji Syed Muhammad bin Syed Idrus, Pengerusi Veteran UMNO Perhubungan Negeri Terengganu iaitu Dato’ Haji Yahya bin Hashim dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Tuan Haji Roshali bin Taha telah memeriahkan lagi majlis yang berprestij ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Veteran Kuala Nerus iaitu YM Haji Syed Muhammad bin Syed Idrus. Dalam ucapan, beliau memohon pihak APMT negeri seorang anggota APMT yang mahir dalam ICT untuk membantu dalam program veteran akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana memberi bantuan khas kerusi roda kepada 8 orang veteran dalam Parlimen Kuala Nerus. Semangat kecintaan UMNO, Dato’ Nasir menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus bermula tahun 1989. Tanpa sokongan APMT dan kerjasama sayap-sayap parti, program ini tidak mungkin akan dilaksanakan dengan jayanya. Turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Naib Censelor UMT kerana memberi peluang kepada penganjur bagi menjalankan program ini. Veteran UMNO adalah kelompak yang tidak pernah diabaikan oleh UMNO Kuala Nerus kerana tanpa mereka siapalah kita yang sekarang ini. Adalah wajar veteran UMNO mendekati parti kerana terlalu banyak pengalaman mereka dalam perjuangan UMNO. Dato’ Nasir merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur APMT Negeri karana berjaya meletakan acara ini sebagai sesuatu yang penting dalam lipatan sejarah parti dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan APMT kerana dapat menganjurkan program pemimpin bersama veteran dapat dijalankan. Terima kasih di atas sokongan ini kerana dapat mengembalikan nostalgia perjuangan UMNO. Tujuan program ini adalah satu majlis keraian dan pengiktirafan kepada warga veteran yang banyak memberi jasa kepada parti UMNO. Warga veteran UMNO tidak mudah dilupakan dan pihak kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjaga kebajikan warga veteran di Negeri Terengganu sebaik mungkin kerana tanpa mereka siapa kami. Harapan saya kepada generasi muda, hormatilah dan kenangilah jasa-jasa mereka. YAB Menteri Besar mengucapkan ucapakan terima kasih kepada APMT Negeri, Majlis Veteran Negeri Terengganu dan Majlis Veteran UMNO Kuala Nerus serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, YB-YB ADUN, PPDUN Bukit Tunggal dan juga sayap-sayap parti dalam menjayakan program ini.

Majlis berakhir pada jam 12.30 dan anggaran kehadiran hampir 1000 orang.




KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...