Saturday, January 15, 2011

MAJLIS GEMPUR NKRA - PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH

Gelagat penerima bantuan pakaian sekolah

Ucaptama oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus

PESANAN...PPD ketika berucap


SOKONGAN...Barisan Pengerusi JKKK yang meluangkan masa menghadiri majlis


BUKIT TUNGGAL-14 JAN - Majlis Gempur NKRA PenyampaianBantuan Sekolah diadakan di Dewan SivikBukit Tunggal pada jam 2.30 petang. Jumlah keseluruhan penerima bantuan pakaian sekolah adalah seramai 119 orang iaitu 80 pelajar sekolah menengah dan 39 pelajar sekolah rendah yang mana terdiri daripada 3 buah sekolah dalam DUN Bukit Tunggal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tumbuh.

Pegawai yang turut hadir dalam program ini ialah Hajah Faizah binti Ali, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

Ucapan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik mengatakan penerima bantuan ini adalah bukan terdiri daripada ahli UMNO sahaja malah separuh dari penerima merupakan orang pas. Pelbagai bantuan barisan nasional telah menyalurkan kepada warga miskin yang betul-betul layak. Kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan barisan nasional di atas keprihatinan terhadap rakyat.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Beliau mengatakan program ini merupakan salah satu program barisan nasional yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program seperti ini tidak mengira parti kerana kerajaan dan pemimpin bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada rakyat yang layak menerima. Pemimpin setempat merupakan peranan penting dalam menilai yang mana layak dan tidak layak menerima bantuan.

Semasa pemerintahan kerajaan PAS, bermacam-macam janji telah ditaburkan kepada rakyat contohnya jika sekiranya parti itu dapat menguasai pemerintahan, setiap rakyat yang layak akan diberikan bantuan sebuah motosikal dan menjamin memberi seorang isteri kepada rakyat yang hendak berumahtangga.

YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri menyarankan agar kita sebagai rakyat perlu membuka minda untuk menilai masa kini dan pada masa akan datang. Semenjak tahun 2008, wakil rakyat tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat contohnya dalam membaiki rumah. Akan tetapi Pegawai Pembangunan DUN telah banyak memberi bantuan kepada rakyat dan kita perlu sedar bahawa kerajaan barisan nasional tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...