Saturday, January 1, 2011

SAMBUTAN TAHUN BARU 2011 BERSAMA MENTERI BESAR

KETELUSAN...Dato' Seri ketika menyampaikan amanat berharga buat warga Terengganu.

SUNTIKAN KATA...Haji Shamsuddin Sulong selaku pengerusi majlis lantang
bersuara mengeluarkan kata-kata semangat kepada hadirin.

TAHNIAH... Banner penghargaan atas perlantikan MB selaku
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu

1 JAN 2011 - Pada tarikh ini, ketibaan Menteri Besar, Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said bersama isteri Y.Bhg Toh Puan Norliza binti Mahmud pulang dari London di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira jam 10.15 pagi disambut dengan gembira oleh rakyat untuk meraikan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang diumumkan pada 27 Disember tahun lalu.

Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan yang dicipta oleh enam wira anak Terengganu yang membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat Malaysia 4 berkesudahan Indonesia 2 pada 29 Disember tahun lalu. Beliau melahirkan rasa bangga pasukan negara sudah membuktikan Malaysia mampu bersaing di persada antarabangsa.

Dalam ucapan, beliau mengumumkan setiap pemain bola sepak Terengganu akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000 dan sebidang tanah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan negeri di atas kesungguhan anak-anak kelahiran Terengganu mengharumkan nama Malaysia. Beliau berharap imbuhan ini dapat menyuntik semangat kesukanan di kalangan bakat muda negeri ini untuk memberi persembahan terbaik sekaligus mewakili negara pada masa akan datang.

Mereka yang menerima penghargaan itu adalah pemain Terengganu Mohamad Ashari Shamsuddin dan Mohd Sarvinee Allawee Ramli, Norshahrul Idlan Talaha ( Kelantan ) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.

Beliau juga meluahkan rasa terharu dan bangga di atas kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

Bersempena itu, beliau mengumumkan warga rakyat Terengganu diberikan cuti pada hari Ahad. Beliau juga mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan berharap tahun 2011 akan lebih baik dari tahun 2010.

KUALA NERUS HARI INI

1 comment:

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...