Tuesday, August 31, 2010

APMT bersama UMNO Kuala Nerus menyambut Ambang Merdeka 2010




KUALA NERUS HARI INI


Sempena menyambut Kemerdekaan negara ke 53, APMT dengan kerjasama UMNO Bahagian Kuala Nerus telah mengadakan Program Ambang Merdeka 2010 yang bertempat di perkarangan Bangunan UMNO Kuala Nerus di Pekan Batu Enam pada 30 Ogos yang lalu.

Program yang julung kali diadakan ini dimulakan dengan tayangan video Hati Malaya 1957 yang dipancarkan pada dinding Bangunan UMNO Bahagian. Sementara itu, pasukan Pemuda Bermotorsikal seramai 400 buah motorsikal telah membawa Jalur Gemilang ke seluruh Parlimen oleh pasukan DUN masing-masing sebelum berhenti di depan bangunan UMNO yang disambut oleh pasukan Puteri UMNO Kuala Nerus. Kehadiran konvoi daripada 4 DUN memberi ruang kepada YB Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus memberikan Ucapan Kemerdekaan kepada hadirin.

Turut hadir di majlis itu adalah YB ADUN Seberang Takir bersama isterinya, YB ADUN Tepoh, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Penolong Pengarah APMT dan semua pemimpin pelbagai lapisan di dalam parlimen Kuala Nerus.

Selepas Doa Selamat dibacakan oleh Haji Abd Rahman Salleh, golongan belia terutamanya melahirkan rasa gembira mereka dengan menyanyikan beberapa buah lagu Patriotik secara beramai-ramai.

Monday, August 30, 2010

Gema Laungan Semangat Suara Rakyat Malaysia Raikan Hari Merdeka Ke 53

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri bersama generasi muda pemangkin masa depan negara bersama-sama menyanyikan lagu patriotik.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA...... Laungan pemimpin-pemimpin yang memacu kemakmuran rakyat dalam kawasan Kuala Nerus.


SEPAKAT... Sama-sama meraikan hari bersejarah yang tidak akan luput dari ingatan.
KUALA NERUS -30 Ogos - Program Penghayatan Ramadhan di Ambang Merdeka anjuran APMT bersama Parlimen Kuala Nerus pada kali ini telah diadakan di Bangunan UMNO Kuala Nerus, Batu Enam.
Suasana sambutan kemerdekaan dimeriahkan dengan kehadiran YB. Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan isteri, ADUN Seberang Takir YB, YB. Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan isteri, ADUN Tepoh YB. Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, dan PPD DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.
Turut hadir, AJK UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO, Pemuda, Puteri dan Wanita, Pengerusi dan AJK JKKK, Ketua Cawangan dan anggota APMT dari Parlimen Kuala Nerus, DUN Bukit Tunggal, DUN Seberang Takir, DUN Telok Pasu dan DUN Tepoh.
Penolong Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik APMT, Encik Mohd Fauzi bin Muda juga tidak ketinggalan turut serta menyambut detik bersejarah ini.
Sementara menanti saat kemerdekaan, barisan pemimpin dan hadirin menonton tayangan filem Hati Malaya yang membawa ingatan akan nostalgia pengorbanan datuk nenek kita dahulu dalam usaha mencetuskan kejayaan mencapai kemerdekaan.
Sambutan kemerdekaan ini dihangatkan lagi dengan ketibaan penglibatan seramai 400 konvoi bermotosikal sambil dari 4 DUN, Bukit Tunggal, Telok Pasu, Seberang Takir dan Tepoh sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Seterusnya, ucapan berharga dari Ahli Parlimen Kuala Nerus menyeru generasi muda harus bersatu dalam usaha mengekalkan kemerdekaan demi kemakmuran negara yang dicintai dari dijajah oleh kuasa asing.
Detik 31 Ogos disambut istimewa penuh meriah dengan laungan merdeka berkali-kali semasa bendera dinaikkan oleh pemimpin-pemimpin. Sejurus kemudian, lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda penghormatan rakyat terhadap Negara.
Bacaan doa kesyukuran dipimpin oleh Ustaz Haji Abdul Rahman bin Salleh.

KUALA NERUS HARI INI

Saturday, August 28, 2010

Agihan Dana Raya Berjalan Lancar



SEBERANG TAKIR HARI INI


Kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak pernah mungkir menunaikan janjinya kepada rakyat Negeri Terengganu sejak 2001 dengan mengagihkan Dana Hari Raya pada setiap tahun. Di DUN Seberang Takir sebanyak 3 siri telah dijalankan pengagihan Dana Raya 2010 ang melibatkan lebih 3000 keluarga.

Thursday, August 19, 2010

Perjumpaan Khas YB ADUN dengan Kepimpinan Peringkat Cawangan



SEBERANG TAKIR HARI INI


Sempena kedatangan Ramadhan pada tahun 2010, YB Hj Ahmad Razif, ADUN Seberang Takir telah mengadakan perjumpaan Khas bersama kepimpinan peringkat semua cawangan di dalam DUN Seberang Takir.Tujuan perjumpaan ini hanyalah untuk beliau dan isteri mengucapkan selamat berpuasa kepada pemimpin akar umbi ini.

Sebagai tanda penghargaan, YB Hj Ahmad Razif telah menyampaikan bekalan kurma kepada semua yang hadir di akhir perjumpaan pada hari tersebut. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Setiausaha Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Encik Alang Ali.

Monday, August 16, 2010

MAJLIS IHYA RAMADHAN 1431H


BUKIT TUNGGAL - 15 OGOS -Majlis Ihya' Ramadhan telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal pada jam 10.15 malam.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal menyampaikan sumbangan berbentuk wang daripada Kerajaan Negeri kepada Masjid dan Surau di kawasan DUN Bukit Tunggal.

Sumbangan ini membantu jawatankuasa Masjid dan Surau untuk mengadakan majlis berbuka puasa rakyat dan program kerohanian dalam bulan Ramadhan mulia ini.







KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS BERBUKA PUASA



BATU ENAM- 13 OGOS - Tanggal tarikh ini, Jawatankuasa Surau Tanjung telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal untuk sama-sama meraikan majlis pengisian penuh makna dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

KUALA NERUS HARI INI

Sunday, August 15, 2010

Majlis Tadarus Al Quran dan Ceramah Agama


SEBERANG TAKIR HARI INI


Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Kuala Nerus bersama APMT Dun Seberang Takir telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran dan Ceramah Ugama di Masjid Al Abrar Bukit Tok Beng bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Majlis yang diadakan secara tahunan ini dihadiri seramai 208 orang yang majoritinya adalah kaum perempuan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh YB ADUN Seberang Takir telah mewakilkan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Al Abrar disebabkan YB yang merangkap Ahli Mesyuarat kerajaan Terengganu mempunyai urusan penting dan rasmi kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan-bacaan ayat Al Quran yang diketuai oleh Puan Hajjah Salmah Yusoff, Pegawai APMT DUN Seberang Takir merangkap Pengerusi LKPI Kuala Nerus. Selepas itu hadirin diberikan Ceramah Agama oleh Ustazah Azizah yang dijemput khas dari Yayasan Islam Terengganu. Diakhir majlis, semua hadirin diberikan cenderahati yang disampaikan oleh Pengerusi LKPI, Timbalan Pengerusi Masjid dan Ustazah Azizah.

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...