MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA...... Laungan pemimpin-pemimpin yang memacu kemakmuran rakyat dalam kawasan Kuala Nerus.
KUALA NERUS -30 Ogos - Program Penghayatan Ramadhan di Ambang Merdeka anjuran APMT bersama Parlimen Kuala Nerus pada kali ini telah diadakan di Bangunan UMNO Kuala Nerus, Batu Enam.
Suasana sambutan kemerdekaan dimeriahkan dengan kehadiran YB. Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan isteri, ADUN Seberang Takir YB, YB. Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan isteri, ADUN Tepoh YB. Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, dan PPD DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.
Turut hadir, AJK UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO, Pemuda, Puteri dan Wanita, Pengerusi dan AJK JKKK, Ketua Cawangan dan anggota APMT dari Parlimen Kuala Nerus, DUN Bukit Tunggal, DUN Seberang Takir, DUN Telok Pasu dan DUN Tepoh.
Penolong Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik APMT, Encik Mohd Fauzi bin Muda juga tidak ketinggalan turut serta menyambut detik bersejarah ini.
Sementara menanti saat kemerdekaan, barisan pemimpin dan hadirin menonton tayangan filem Hati Malaya yang membawa ingatan akan nostalgia pengorbanan datuk nenek kita dahulu dalam usaha mencetuskan kejayaan mencapai kemerdekaan.
Sambutan kemerdekaan ini dihangatkan lagi dengan ketibaan penglibatan seramai 400 konvoi bermotosikal sambil dari 4 DUN, Bukit Tunggal, Telok Pasu, Seberang Takir dan Tepoh sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Seterusnya, ucapan berharga dari Ahli Parlimen Kuala Nerus menyeru generasi muda harus bersatu dalam usaha mengekalkan kemerdekaan demi kemakmuran negara yang dicintai dari dijajah oleh kuasa asing.
Detik 31 Ogos disambut istimewa penuh meriah dengan laungan merdeka berkali-kali semasa bendera dinaikkan oleh pemimpin-pemimpin. Sejurus kemudian, lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda penghormatan rakyat terhadap Negara.
Bacaan doa kesyukuran dipimpin oleh Ustaz Haji Abdul Rahman bin Salleh.
KUALA NERUS HARI INI
No comments:
Post a Comment