Saturday, June 12, 2010

Isteri ADUN turut serta Program ' Duduk Bersila ' APMT


SEBERANG TAKIR 10 Jun - Program ' Duduk Bersila ' yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) kawasan DUN Seberang Takir turut disertai oleh Isteri ADUN Seberang Takir, Puan Hajjah Harlina Zakaria di Taman Perumahan Telaga Daing. Program tersebut telah mengumpulkan seramai 56 orang golongan wanita untuk membaca Surah Yaasin dan menghadiahkan bacaan tersebut kepada keluarga Yusof Che Mat yang ditimpa kemalangan jalan raya.

Program anjuran APMT DUN yang sekurang-kurangnya sekali sebulan ini dijalankan tidak terbatas kepada majlis bacaan Yaasin semata-mata. Ianya juga termasuklah membantu di majlis-majlis perkahwinan. Melalui Program ' Duduk Bersila ', pegawai-pegawai APMT DUN akan dapat mendekati penduduk sekitar dan mencatatkan segala permasalahan untuk diajukan kepada ADUN.

Ketua Penyelia APMT DUN biasanya akan berucap dan menerangkan perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri Terengganu. Sambil itu, pegawai-pegawai APMT Pembantu Penyelia akan mengagihkan akhbar Teganukita kepada semua hadirin.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...