Saturday, June 19, 2010

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK) KINI DI FELDA BELARA

Add Image
Perasmian....Y.B. Haji Mohammad Ramli Nuh semasa perasmian

KUALA NERUS 19 JUN, Majlis perasmian penutup hari terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan karnival sukan Felda Belara dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli bin Nuh, Adun Tepoh. Majlis yang diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Belara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) dan pegawai daripada Felda Pantai Timur. Bermula jam 9 pagi pelbagai acara karnival sukan diadakan untuk penduduk dan berakhir pada sebelah petang dengan majlis penyampaian hadiah.


Baru...Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang baru dibuka untuk penduduk


Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan projek Kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Prkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.


Ucapan yang disampaikan oleh Y.B. Haji Mohammad Ramli Nuh

Melalui PJK, penduduk tempatan berpeluang mendapatkan latihan ICT secara percuma terutamanya latihan mengenai penggunaan internet termasuk aplikasi e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang yang telah disediakan. Selain itu, penduduk berpeluang mengunakan perkhidmatan lain seperti internet, computer, mencetak, fotokopi, dan laminate dengan harga berpatutan.

Adun Tepoh, YB Muhammad Ramli bin Nuh berharap, penduduk di Felda Belara dan kawasan sekitar Felda dapat menggunakan perkhidmatan ini sebaik-baiknya kerana pelbagai ilmu bermanfaat akan diperolehi. Selain itu, Beliau menyeru kepada semua golongan agar belajar mengunakan kemudahan yang disediakan supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi terkini. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai karnival sukan tersebut.


Antara acara sukaneka yang berlangsung

Pelbagai acara Karnival Sukan diadakan pada sebelah petang seperti mewarna menggunakan komputer bagi kanak-kanak, Sepak Takraw, Bola Tampar, pertandingan Wau, dan lain-lain. Menariknya, Semua golongan peringkat umur terlibat dalam karnival ini bagi memeriahkan majlis tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, Shadam Lokman, 20 berkata, Dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti ini (PJK), penduduk berpeluang belajar mengunakan perkhidmatan dan latihan yang disediakan. Dengan kemudahan internet, pelbagai urusan boleh dilakukan seperti penbayaran bil-bil, urusniaga, dan belajar mencari maklumat penting.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...