Friday, June 25, 2010

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PUSINGAN TO' PUAN HAJAH SABARIAH BINTI DATO' HAJI MUHAMMAD YUSOF KALI KE 4




BUKIT TUNGGAL - 25 JUN - Parlimen Kuala Nerus berjaya menganjurkan Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Piala Pusingan To'Puan Hajah Sabariah Binti Dato' Haji Muhammad Yusof Kali ke 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal pada jam 4.00 petang.


Majlis ini lebih meriah dengan kehadiran Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Kuala Nerus dan isteri To' Puan Hajah Sabariah, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan isteri, Y.B Ustaz Haji Ramli bin Nuh ADUN Tepoh dan isteri, Tuan Haji Apli bin Yusof merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Kuala Nerus, Puan Khatijah binti Awang merangkap Ketua Pergerakkan Wanita Kuala Nerus, Pengerusi JKKK, kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, kakitangan anggota APMT dan penduduk setempat.


Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan bola jaring ini. Keputusan rasmi pertandingan bola jaring ini adalah mengikut 3 peringkat utama iaitu peringkat sekolah rendah, remaja dan terbuka. Sebanyak 4 kategori hadiah dipertandingan iaitu johan, naib johan, tempat ke tiga dan ke empat. Selain itu penghargaan turut diberikan kepada pasukan terbaik, pengurus pasukan terbaik dan pemain terbaik.


Johan bagi peringkat sekolah rendah dengan hadiahnya wang tunai sebanyak RM500, piala dan trofi setiap seorang menjadi milik Sekolah Kebangsaan Gong Badak menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Padang Air dengan menduduki tempat kedua dengan hadiahnya wang tunai sebanyak RM400, berserta piala dan trofi. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh dengan membawa pulang wang RM3oo, trofi berserta piala. Tempat ke empat pula menjadi milik Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah dengan hadiahnya wang sebanyak RM200, trofi dan piala.


Bagi peringkat remaja pula, pasukan Gemuruh NC menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan bola jaring sehingga berjaya menduduki tempat johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM600, piala dan trofi. Pasukan V Club memperolehi kedudukan naib johan dengan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM500, piala dan trofi. Pasukan Star NC mendapat tempat ketiga dan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal mendapat tempat ke empat dengan masing-masing membawa pulang wang RM400 dan RM300 berserta piala dan trofi.


Johan peringkat terbuka petandingan kali ini menjadi milik G Team dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak Rm1000, trofi dan piala. Pasukan Gemuroh akur pada kekalahan perlawanan sengit dengan pasukan G Team dalam merebut kejuaraan berjaya menduduki tempat naib johan dengan mendapat hadiah RM800, trofi dan piala. Pasukan Lady Jazz dan PERKED mendapat tempat ketiga dan keempat dengan membawa pulang hadiah wang RM 600 dan RM400 berserta trofi dan piala.


Hadiah cabutan bertuah turut diberikan kepada 50 nama yang hadir.

Piala Pusingan Bola Jaring To' Puan Sabariah diserahkan kepada DUN Seberang Takir sebagai tuan rumah untuk mengadakan pertandingan kejohanan bola jaring pada masa akan datang memandangkan ianya telah diadakan di DUN Tepoh pada tahun lepas dan DUN Bukit Tunggal pada tarikh ini.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...