Sunday, November 27, 2011

CERAMAH ISU SEMASA





BUKIT TUNGGAL, 25 November 2011- Ceramah isu-isu semasa DUN Bukit Tunggal sempena Simulasi Pilihanraya telah berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Cawangan Bukit Kandis. Ceramah tersebut telah bermula jam 9.00 malam dengan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan isteri, serta pengerusi-pengerusi JKKK DUN Bukit Tunggal. Turut hadir ke ceramah tersebut ialah Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tunggal iaitu En Hasnuddin bin Hashim ,YBhg To’Puan Sabariah bt Dato Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rashid bin Sidi Latif dan YBhg Ustaz Wahab bin Mohamad. Antara isu-isu penting yang telah dibahaskan pada malam tersebut ialah isu pembohongan Pas dalam isu hudud dan undang-undang Islam, perpaduan orang melayu dan islam serta kelemahan-kelemahan parti pembangkang. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.
KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...