Wednesday, November 23, 2011

Sukan APMT 2011






Pada tanggal 18 dan 19 November yang lalu, berpusat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu, UMT telah berlangsung Karnival Sukan APMT 2011. Lebih 900 pegawai APMT seluruh negeri telah berkampung di sini bagi menjayakan acara sukan tahunan tersebut.

Dua kategori sukan telah dipertandingakan iaitu Sukan Teras dan Sukaneka. Sukan Teras yang dimaksudkan adalah Futsal, Badminton, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak takraw, Sepakan Penalti dan Karom. Sukaneka pula adalah seperti Lari Dalam Guni, Tembak Burung, Tarik Tali, Congkak, Belon Celah Peha, Bawa Bola Berpasangan dan Boling kelapa.

Acara karaoke turut dipertandingkan di sebelah malam yang dilangsungkan di Auditorium 1, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu.

Pengarah APMT, Tuan Haji Roshali Taha yang turut hadir di Karnival berkenaan kelihatan suka hati kerana kelancaran program dan penyertaan sehinggakan beliau sanggup mengunjungi ke semua venue pertandingan biarpun cuaca yang panas terik.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...