Monday, November 7, 2011

LAWATAN SEHARI YAB MENTERI BESAR KE DUN BUKIT TUNGGAL





BUKIT TUNGGAL, 12 NOVEMBER 2011- Kunjungan YAB Menteri Besar ke DUN Bukit Tungggal bersama isteri dan beberapa tetamu VIP telah berlangsung baru-baru ini. Beliau dan isteri telah melawati beberapa kampong dalam DUN Bukit Tunggal seperti Pulau Duyong, Bukit Tumboh, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, Pengkalan Arang, dan Gong Kijang.

Kira- kira jam 8.00pagi, YAB Menteri Besar dan isteri telah tiba di Dataran Duyong dan seterusnya beliau telah menaiki kereta kuda bersama PPD DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu sambil diiringi oleh konvoi motosikal. Beliau seterusnya bersarapan pagi di Lapangan Pangsapuri Mampu Milik Pulau Duyong.





Selepas bersarapan pagi, YAB Menteri Besar bersama-sama Pegawai Daerah, PPD DUN dan Pengerusi –pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal telah menanam pokok di sepanjang benteng sungai Pulau Duyong. Seterusnya, beliau telah melawat umah seorang warga emas di Kampung Duyong Kelab Aya iaitu Puan Fatimah bt Abu Bakar.



Pada jam 10.00 pagi, YAB Menteri Besar telah berkunjung ke Peti Undi Bukit Tumboh untuk Program Cakna Rakyat. Beliau telah melawat Haji Ngah bin Abdullah ( Bekas Ketua Kampung)d Kampung Banggol Pauh dan seterusnya ke rumah Wahab bin Abu Bakar di Kg Gong Sentol dan rumah Haji Mohd bin Mat Amin iaitu di Kampung Dusun/ Banggol Limau.

Kira-kira jam 11.45 pagi, beliau telah ke Masjid Bukit Tumboh untuk Program Ramah Mesra Y.A.B Menteri Besar bersama penerima bantuan JKM. Beliau telah menyampaikan cenderahati kepada 600 orang penerima bantuan JKM dalam DUN Bukit Tunggal iaitu (250 orang lelaki dan 350 orang perempuan).

Pada sebelah petang pula, YAB Menteri Besar telah berkunjung ke Peti Undi Bukit Tunggal untuk merasmikan balairaya Kampung Bukit Tunggal dan Gelanggang futsal DUN Bukit Tunggal. Seterusnya, beliau ke masjid Pengkalan Arang untuk solat asar berjemaah. Selepas solat asar, beliau ke Peti Undi Batu Enam untuk melawat warga emas di Kampung Tuan Mandak. Kira-kira jam 5.30 petang, beliau ke padang Sek. Keb Bukit Tunggal sempena Sukan Rakyat. Beliau telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai acara sukaneka.











Selepas selesai Sukan Rakyat , YAB Menteri Besar dan isteri berehat di rumah Tuan Haji A Rahman bin Salleh iaitu Pengerusi JKKK Gong Kijang. Seterusnya beliau solat maghrib berjemaah di Masjid Gong Kijang. Selepas selesai solat isyak di Masjid Gong Kijang, beliau ke padang Sek Keb Bukit Tunggal untuk Program Ceramah Isu-isu Semasa dan seterusnya pelancaran Geng 13 DUN Bukit Tunggal yang diketuai oleh Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Bukit Tunggal iaitu En Amir Amri bin Mohamad. Majlis selesai kira-kira jam 12.30 tengah malam.




















KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...