Saturday, November 12, 2011

KUALA NERUS HARI INI

11 November 2011 Program Hari Keluarga 1 Malaysia : Utamakan Keluarga diadakan di Dewan Sivik Seberang Takir yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita keluarga Dan Masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan seperti pertandingan gubahan, memasak, explorace, mewarna dan peragaan pakaian.

Program ini dirasmikan oleh
YB Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains Dan Teknologi Dan Sumber Manusia. Tujuan program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim diantara penduduk kampung sekitar dengan agensi-agensi kerajaan. Peserta dari Seberang Takir telah memenangi acara explorace dan membawa pulang hadiah berupa sebuah hamper dan wang tunai.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...